frust betul sekarang ni bila beli telur ayam...
tak kira la yang ada brand sikit ke atau brand cap ayam..
eh ade ke brand cap ayam? maksudnya yang kita beli
satu tray tula.. ada 30 biji semuanya kan?
siap ada cebisan bulu ayam ataupun selaput taik ayam
lagi yang masih bersisa di kulit telur itu.. haha...
sila basuh telur jika nak makan telur ye anda-anda sekelian..
takut nanti tak basuh maka segala hama atau bulu mahupun
taik akan termasuk sekali dalam masakan apabila dipecahkan...
rasanya mungkin lebih enak barangkali.. haha
berbalik pada cerita tajuk di atas... dah macam syarahan plak..
telur ni bagus untuk kesihatan jugak lah kan..
maka telur jugak haruslah disimpan dirumah untuk dibuat stok
makanan sebagai makanan tambahan ataupun menu utama
seperti telur dadar, bistik, bungkus mahupun telur mata
selain itu jugak boleh juga dicampur ke dalam magee atau juga
dibuat roti telur atau roti berintikan telur yang dikacau dengan majerin..
dan banyak lagilah kegunaan telur ni dan anda pun tau kan...
apa yang mengecewakan hati nurani ini apabila telur2 zaman
sekarang ni kenapa cair sangat ha?? apa dah jadi dengan telur2 ni?
bila dipecahkan dah takde sangat dah likat2 atau cecair yang
melekit tu lagi dah.. sebaliknya apabila dipecahkan kulitnya
maka telur itu keluar dengan cair macam air paip lagaknya..
bila dibau aroma telur itu masih pulih dan belum basi lagi...
dan apabila digoreng contohnya kan.. dah tak mengembang
dan juga rasanya juga turut lain serta pelik sekali..
adakah saya terbeli telur tiruan??? mungkin juga telur suntikan..
hmm tahla.. rasa nak merajuk je makan telur ayam ni..
pasni makan telur asin jela.. takpun telur ayam kampung.. hmm :(
5 comments:
betul tu....! tgk putih telur tu dah mcm kena cmpur dgn air je kan..
betul tu... putih telur tu tak pekat macam dulu... ;'(
btol la bert, tapi akak tak selera nak makan skrg ni, lapar2, tapi, takde nafsu makan... camner tu, heehee..
betul tue.. kalao boleh dapat ayam kg nye telur lagi bagus..
saya goreng terur mata pun dah tak secantik dulu... ker saya yg c reti goreng??? hehehe
Post a Comment