Monday, July 23

TIPS BERSELERA KETIKA BERSAHUR!!!

Tips ini diciptakan dan dikaji oleh saya sendiri..
dimana saya akan jadi penuh berselera ketika bersahur
sehinggakan saya akan menambah nasik 2,3 kali sepinggan
sehingga habis waktu imsak.. percayalahhhhhhh.... :))

Kebanyakkannya umat yang sedang bersahur tidak lalu makan
 dan kelihatan lemah tidak bermaya... Saya boleh kasik tips 
cemana nak makan dengan berselera kerana saya akan berselera
 ketika bersahur jika saya lakukan perkara-perkara seperti berikut....

GIGI
Pastikan gigi anda dicuci terlebih dahulu sehingga tiada lagi sisa 
kotoran degil yang melekat di gigi anda.. Pastikan tengok muka di cermin
bagi memastikan tiada sisa sabun ubat gigi yang meleleh di pipi anda.. haha
Bagi yang bergigi palsu mudahlah anda memberusnya sebab anda nampak
 jelas kelihatan dimana kekotorannye.. Gunakan polident lepas tu.. hehe

PERUT
Pastikan perot anda 'clear' dulu dengan membuang najis kecik dan
 najis besar supaya mereka tidak menggangu anda makan dalam
 program bersahur dengan penuh berselera.. lepas tu baru selesa :)

MUKA
Cuci muka menggunakan air bukan cuka agar wajah anda tampak
berseri dan segar sepanjang program bersahur di pagi hari berlangsung..
Jika tidak, muka anda tidak bermaya dan kelihatan mengantuk
dan takut pula termakan bangkai lipas di tepi pinggan...

TANGAN
Cuci tangan anda sebelum menjamu selera dengan penuh berselera
supaya tangan anda bersih suci murni ketika memegang makanan..
Ini bertujuan anda tidak sakit perut kerana memegang makanan
yang kotor tanggannya sebab baru keluar dari bilik air kan tadi??

PANAS
Sebelum memulakan program ini.. haruslah memanaskan
lauk pauk jika ada lebihan semasa berbuka puasa malam tadi..
Jika tidak haruslah anda memasak lauk baru tanda syarat
penting dalam bersahur dengan penuh berselera...

Nak lebih sedap lagi menyelerakan, anda perlu masak nasik baru..
jangan pakai nasik rolling atau ulang tayang kerana nasik yang diguna
 semula dan dipanaskan tidak berapa menyelerakan dan agak kan?

Membazir?? tak perlu risau.. Jika anda tidak mahu nasik anda keras
kematu.. sewaktu memanaskan nasik itu.. bubuh sikit air mengikut
kadar masing2.. kalo nasik banyak bubuhla separuh cawan atau penuh..
kalo nasiknye sikit je.. bubuh la 2,3,4,5 sudu air masak atau ditapis...
Dan hasilnya?? nasik akan kembali kembang semangkuk dan panas
sejibik macam kita baru masak nasik tu.. tak caya cecube cecube...

LAUK
Lauk adalah asset penting dalam pemakanan sahur yang efektif..
Kenapa?? sebab kalau lauk tak best dah tentu kita takde selera nak makan..
Yang paling penting, lauk itu mestilah hasil tangan sendiri atau mak kita..
Jika anda tidak pandai masak.. anda belila lauk kegemaran anda contohnye
siakap 3 rasa.. tomyam campur.. kailan ikan masin.. ayam masak merah
 pedas gile tak hingat.. udang sambal.. dan sebagainya.. ikut sukalah!

AIR
Air juga mesti panas.. ikotla tekak masing2.. nak teh o ke.. teh tarik ke..
kopi.. milo.. ho ho ho horlicks.. air panas puteh.. dan sebagainya..
Jangan minum sejuk di kala pagi akibatnye nanti anda boleh lembik
 sepanjang hari meskipun anda minum 8 botol air sejuk.. 
Lepas anda minum air panas itu haruslah minum air putih biasa
secukup rasa.. kalau suka sampai kembung pon takpe haha..

KURMA
Yang ni paling penting.. makanlah kurma sekurang2nya 3 bijik
selepas makan.. (saya makan 7,8 bijik) kenapa banyak??.. saje..
bila saya makan kurma.. memang badan kita akan bertenaga
sepanjang masa... saya tak rasa lapar mahupun haus..

Cuma jika kita melakukan perbuatan yang sangat agresif seperti
memanjat gunung.. memburu binatang atau berolahraga 100 meter
mungkin jugalah akan cepat dahaga atau lapar...

Jika saya lewat bangun.. cukup hanya kurma dan air mineral
sahaja yang jadi peneman setia di kala sahur...tak caya cubala!
siyess tak berapa lapar.. berbanding saya tak bersahur..
sepanjang hari perot saya akan mencarut2 mahu mintak makanan...


Tips ini saya biasa buat setiap kali bersahur.. dan Alhamdulillah..
sepanjang berpuasa tidak lembik dan haus.. tapi tahun ni saya 
dah mengandung pulak... kene ikut tips yang share sebelum ni..
Selamat bersahur dengan penuh berselera dengan beriya-iya..!!







15 comments:

LiNda said...

selamat berpuasa bert..hehe, thankz for sharing tips. nice..:)

SoLy SoLicious said...

selamat berpuasa..salam ramadhan...

putryteya said...

waaa . tips sangat berguna ni . teya sangat tak lalu makan sahur . hhihi


selamat berpuasa kak .. :)

Suhana Shuib said...

bagusnya tip ni..nak share ngan anak2...

lelamaisara said...

bagusnye tips ni...selamat berpuasa...

saya selalu selera aje..hehehe

BeloG MTT said...

Semua di atas ternyata betol. Hihihi Selamat berpuasa sis~ :)

Miss N™ said...

setuju sgt2 dgn kurma tu..nur pun kalau sahur mmg mkn kurma byk2.. :)

Salina Mat Isa said...

bagus tips ni..memang betul,kena buat camtu baru berselera..best puasa time pregnant, dpt puasa penuh..:)

ct kektus said...

lauk sedap memang laju je lah kak. mata tertutup rapat pon komfem terbukak. hehe :D

- AZIE - said...

kurma kan, memg suka..tp bab nak makan tue memg xbest kalo kena kurma yg manis...tq share nie, byk yg boleh diperbaiki

Kakzakie Purvit said...

Kakak nie jenis suka makan, bersahur pun selera sentiasa ada. Syukur nikmat masih diberikah olehNya. Tapi betul segala makanan mestilah fresh dan panas walaupun sekadar sayur bening kobis dan ikan goreng..

are_lin@yu said...

hehe kalau tak da selera nanti lh guna tips ni..pg tadi first sahur nasi 2 pinggan ayu tambah..haha..nth la mai mana selera tu ;-)

Unknown said...

i like..hihihihi... pokok pangkalnyer kena rajin ler tu... hihihihi ;)

Unknown said...

singgah lagi sini.. pada hari yang sama (^___^)

p/s: is selera ja makan sahur.. cuma sebelum nak boleh bangun betui tu ja yang seksa sikit... hehe


cabaran.. cabaran (^___^)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tips yg bagus ni wani pun kalau sahur mmg xbeselera jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...