"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid"
kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.
Maksudnya emak mahu aku ikut
Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung
tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh,
aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia
dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah.
Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatulqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak hang. Berapa lama hang tak pi masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Depa tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor..
pasal tu kubah tu depa angkat letak kat tanah!"
sambung Abah berleter lagi dengan penuh rasa geram dengan anaknya.
Moral opdestori– Rajin2 lah ke masjid atau surau untuk solat berjemaah….
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...
sesamelah kita 'menjumpai' malam lailatulqadar pada bulan puasa ni..
aminnnn.. Selamat Berpuasa...!!
15 comments:
hahahahahahahahahha sumpah nk ketawa je bc entry ni..:)
hehehe kan dah terkono..amik kaw..;-)
kesian si anak tu....rajin2 lah bawa diri ke masjid..kt situ kita leh dpt kwn2 yg baik2...yg x baik pun ada tp jgn diikut..amik apa yg baik ajer
hahahahaha..sabaq je lah..!
muahahaha.. kelakar la entry ni Bert, ingatkan pengalaman Bert mase kecil2, hahahhaa...
hahahahah.. lawak tu.. tapi kalu dapat pengalaman Lailatu Qadar.. alangkah bertuahnya.. rasa cam pernah alami cuma tak berani nak confirmkan .. anyway selamat berpuasa BERT.. :D
kekekekeke...penuh khusyuk baca...selamat menyambut Ramadahan utk bert sekeluarga
hahaha...lawak la Bert, tergelak gelak linda bace. sabor je la
hahaha lawak ahh kak, ingtkan tadi memang kisah lailatulqadar XD
Hahaha kan dh kena...mari la kita ke masjid :)
hehe... mmg patut kena marah kat abah....
hahahaha kelakar pulak baca entry ni ahaks
haha..boleh pulak mcm 2..bdak2..isyk3
hehehe..kelakar la bert...
sabar aje kan..:)
heheee. kan dah terkena. :D
Post a Comment