Tuesday, July 10

Tips mudah masak buat anda yang suka masak



Tips ni untuk ibu-ibu yang rajin memasak (dan takde maid untuk bantu),
tak kisahlah tak sedap pun, janji berkhasiat dan bersih!
Tambahan kita nak berpuasa tak lama lagi kan? tips ini sangat berguna
ketika nak menyediakan makanan ketika berbuka dan sahur 
dengan sungguh pantas dan mudah sekali terutama wanita bekerjaya..
yang tak gemor masak, anda dilarang membaca ayat-ayat seterusnya.. :))

1. Kupas bawang merah, putih, besar, halia, lengkuas, kunyit, ubi kentang
(rendam dalam air, kalau tak jadi itam), atau segalanya yang hendak dikupas.
Simpan dalam Tupperware (tak kisah tak ori pun) dan masuk dalam peti ais.

2. Tumbuk siap2 bahan yang nak ditumis. Kalau buat banyak-banyak,
simpan dalam peti ais kat Chill compartment. Tumbuk lagi enak,
daripada blend kecuali kalau anda dah malas! hehehehe

3. Untuk masakan yang lazat dan bebas dari pengawet, buat sendiri cili boh!
Rebus cili, sejukkan dan kisar dengan sedikit air masak, sedikit garam
(untuk kasi tahan lama) dan minyak masak (untuk hancurkan biji cili).

4. Tumbuk banyak-banyak kunyit dan garam. Simpan dalam Tupperware.
Bila-bila aje nak menggoreng, calit dan lumurkan jer. Tak payahlah nak
beli yang ready made kat kedai - masin sangat dan siap tumbuk
dengan kulit kunyit sama!

5. Suka makan sambal belacan?? Ha.. buat banyak2 dan simpan.

6. Rendang, kerutuk dan apa-apa yang sama waktu dengannya yang
boleh tahan lama - weekend nanti, masak banyak-banyak dan bungkus
kecil-kecil untuk satu hindangan setiap satu dan masukkan dalam freezer.
Nak makan jer, panaskan. sangat mudah dan cepat kan?

7. Untuk frozen food, sebelum pergi kerja pagi tu, keluarkan dari freezer dan
simpankan di bahagian bawah peti ais. Jangan keluarkan dari peti ais,
nanti basi lak! Nanti balik, dia dah lembut, so senang nak panaskan.

8. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili kisar, belacan, air asam jawa
dan taruk garam dan gula sikit (kalau mahu, sebagai ganti ajinomoto).
Tumis biar lama atas dapur biar kasi gelap warnanye, tapi jangan lak
segelap dayang senandung - itu hangit namanye! Simpan dalam Tupperware
kat Chill Compartment. Nak masak ikan tumis pedas ke, ayam pedas ke,
ape-ape aje cekup aje, masuk kuali dan mesra-mesrakanlah....
Untuk masak kicap, tambah aje kicap manis atau kicap masin...

9. Gorengkan ikan bilis banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara
(tak payah masuk dalam peti ais). Begitu jugak dengan keropok, popedum, dll.

10. Untuk sayur-sayuran, kalau nak masak untuk sahur, sebelum tidur tu
siapkan segala bahan-bahan. Bangun awal sikit, terus goreng. Sama lah
caranye untuk goreng menggoreng yang lain termasuk nasi goreng!
Kut-kut nak tukar menu... Kecuali telur goreng, pecahkan telur hanya
sewaktu nak menggoreng! Bukan sebelum tidur.... kehkehkeh

Semua bahan-bahan masakan ini perlu disimpan dalam peti sejuk.
Pastikan peti sejuk anda sentiasa bersih dan masih berfungsi
dengan baik..... Selamat mencoba…


15 comments:

PERMATABIRU said...

tips yang berguna dan ringkas...hehe

LiNda said...

bagusnye..kalo linda goreng awal2 ikan bilis or keropok ke mesti cepat gile abis sebab ratah..haha

eMMe said...

Pas ni penuh la peti ais kite ye Bert, semua dah siap sedia utk dimasak..rajin n tak rajin je kite nak sediakan tu semua... tgh larat boleh lagi masak kan bert..

TiranaAduka said...

memang mudah dan ringkas....cepat ...
nanti cuba praktik kan....
Thanks sis

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

muda, cepat, ringkas dan berkesan...bagus tips ni hihi

Unknown said...

semua jenis boleh simpan lama... time mood rajin boleh lah buat bnyk2... kalau malas guna cara yg ringkasnya..


http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/daftar-pemilih-pilihan-raya.html

Kira Kekuri said...

info yg sangat berguna :D

nadiah eshak said...

whoaa . bagus2 . :D
nice tips .

Sheila Adziz said...

cam gini kena beli peti ais besau ni.... hehehe.... akak pun slu bt byk n simpan, tapi malangnya kesudah simpan tak makan2... huhu

nini said...

Wah kak sangat membantu.....=D tq ya

nini said...

Wah kak sangat membantu.....=D tq ya

Miss N™ said...

mmg bagus tips ni.. :)

cili boh yg di buat sendiri sentiasa ada dalam umah nur.. :)

are_lin@yu said...

info sangat baik ni..bagus untuk orang pregnant kan..nti dah kwin dh prgnant ayu kna tgk blk ni..hehe

Kakzakie Purvit said...

Banyak yg tersenarai di atas itu adalah cara yg kakak dah buat dari dulu hingga kini. Sebab itu balik kerja kakak boleh siap masak tak sampai satu jam hatta buat gulai kari daging. Kakak guna steamer dan pressure cooker masuk boleh tinggal utk mandi dan tengok cartoon dgn anak...

Cik Asma BLuppy said...

macam ala korean aje.. semua masuk dalam peti ais... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...