Wednesday, April 4

Perbezaan Daging Lembu dan Daging Babi

6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Babi

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu.


Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi

Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar,

terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi

dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak,

aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan

mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat

dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah

seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan

pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan

disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini

boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian

tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan

daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.


2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging.

Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan

garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi,

serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini

semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.


3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi

mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu

lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi

sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara

lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian

tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan

hampir serupa dengan lemak lembu.


4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat

berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah

diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya

ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata

antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih

kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa

solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan


5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi

mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu

adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah

sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara

kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan

dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini

masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan

melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang

kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.


6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan

sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai

perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika

kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi

setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya

(daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.


Hati-hati ya... jangan sampai tersalah beli....


9 comments:

dwatyKNY said...

yang pasti daging babi banyak penyakit...

mujurlah aku tak suka sangat beli daging... hehehe

BERT said...

baik makan ikan.. ehee

LiNda said...

thankz for sharing...sekarang ni memang kene bjage2..

Unknown said...

babi betul....hehehe

byk penyakit tu

LubLy said...

kene bjaga-jaga skit..

Dayang Deno said...

erk.. kena berhati-hati

Miss N™ said...

lepas ni kena bhati2.. bila dah tahu mcm ni, kena lebih tliti.. :)

terima kaseh sudi berkongsi.. :)

Hazri Zakaria said...

huh! dunia sekarang macam2 boleh jadi. ada yang sanggup tukar daging babi dengan lembu. nice artikel. SHARE! thanks.

salam kenal =)

Abang Karu said...

daging babi ni bau dia mmg len macam sket....huhuhuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...