Thursday, March 31

Hikayat Merong Mahawangsa Kutip RM6 Juta


selamat pagi khamis...
terbaca pagi ni di berita BERNAMA...
filem ni dah dapat 6 juta.. wow!! banyak tuhh!!


ramai sudah yang pegi menonton..
ramai sudah yang sudah kasik feedback itu begini..
persolannya adakah saya sudah menonton??



heyy!! sudah semestinya belommm!!!


belum berkesempatan lagi nak menonton..
masih lagi mencari ruang2 masa untuk menonton..
adakah masih sempat lagi???
sedapkah cerita ni?? mesti sedap yer??
kalo tak takkan ramai2 pegi terjah panggong
memunggong di kerusi panggong berejam bersila panggung...




jum layan sket sedutan berita dari bernama....


KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- KRU Studios berjaya melepasi sasaran awal RM6 juta selepas memungut RM6.3 juta untuk filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan sejak 10 Mac lepas.


Penerbit filem berkenaan Norman Abdul Halim berkata pencapaian itu menunjukkan masyarakat di negara ini boleh menerima genre filem berbentuk kenegaraan yang dipaparkan filem tersebut.


"Ini satu petanda baik kerana kebiasaannya, filem tempatan yang mendapat sambutan baik adalah bercorak komedi atau seram," katanya kepada pemberita selepas tayangan filem itu yang dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, mewakili Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Norman berkata selain Singapura dan Brunei, kira-kira 69 negara lain dijangka menayangkan filem itu secara berperingkat mulai Mei hingga Ogos ini.


Beliau berkata kejayaan filem itu, yang menelan kos sebanyak RM8 juta dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan, mampu menjadi batu loncatan kepada produksi tempatan lain menghasilkan karya bermutu serta bertaraf antarabangsa.

5 comments:

eMMe said...

kira filem ni berjaya menarik penonton yg ramai utk menonton, saya sudah memunggong ke panggong....heeee~

BERT said...

bess ker... tak sempat betul nak jalan2 nih hehe

khairiyah said...

2 thumbs up utk cite ni. mmg best! ^^

BERT said...

ohh bess ker.. kene tgk nih hehe

Imran nyambek said...

tak tengok lagi.haiya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...