Bukan Blog Kamu: Kanser membunuh!! beliau sudah meninggal dunia.. (T_T)

Wednesday, April 6

Kanser membunuh!! beliau sudah meninggal dunia.. (T_T)




Masih dalam mood berkabung..
masih sedih atas kehilangan insan yang tetap dalam ingatan...
bagaikan tak percaya dia sudah pergi ke alam sane buat selamanya...
terasa yang dia masih hidup lagi.....
tetap tak percaya... saya masih sedihhhhhhhhhh!!!



Kisahnya.....


Di saat masyarakat malaysia bergelak ketawa menyaksikan ABPBH
malam ahad lalu... ader insan yang sedang berdukacita
menerima berita kematian seorang ibu yang amat dikasihi oleh anak2nya....
ader yang pengsan.. ader yang lemah segala sendi..
menangis tanpa henti meratapi seorang ibu telah pergi buat selamanya...


Apakah punca kematiannya...??





Seminggu yang lalu.. ibu ini mengalami penyakit demam berpanjangan..
setelah kebah dari demam.. timbul pula penyakit lain... sakit2 dalam badan..
buat pemeriksaan di klinik kakak saya lalu dibuatnya suraat rujukan
ke hospital besar kuala pilah untuk pemeriksaan darah....


badan semakin lemah.. nafas tersekat-sekat...
apabila pemeriksaan darah dibuat ternyata beliau mengalami
tekanan darah yang sangat rendah...
pemeriksaan terus dijalankan.. dan ditahan di ICU...
sakitnya dapat dikesan.. jangkitan kuman sudah merebakk!!


setelah dikesan punca penyakit.. nyatalah ia berpunca
daripada penyakit kanser ovari yang dihidapinya 6 tahun lalu tanpa sedar!!
selama ini kami seluruh keluarga memandangnya insan yang sihat
seperti orang lain kerna beliau tidak ada tanda2 berpenyakit kronik....


pemeriksaan akhir dibuat.. beliau sakit sudah tahap 4..
tiada rawatan lagi boleh dibuat.. badan semakin lemah...
kerna seluruh sistem badannya sudah rosak akibat serangan kanser itu..
doktor bilang beliau hanya menunggu hari sahaja lagi..
beliau sudah kritikal dan bernafas menggunakan oksigen..


hanya 3 malam sahaja beliau berada di hospital..
malam ketiga.. beliau sudah meninggal dunia disisi anaknya
serta anak buahnya... Alhamdulillah beliau sempat mengucap
di kala beliau nazak di ajar oleh kakak sulung saya.....



3 hari di hospital.. penuh dengan sanak saudara kaum kerabat
yang datang menziarah tak putus2 sehingga lewat pagi...
saya juga turut menziarah beliau dan memeluk beliau
sambil menitiskan airmata melihat keadaan beliau pada petang ahad itu..



sekembalinya saya ke subang jaya pada sebelah malam...
2 jam lepas saya tiba di rumah.. saya dapat panggilan
beliau sudah meninggal dunia.. Ya Allah...
baru jer jumpe petang malam sudah meninggal...



memandangkan sudah lewat malam maka saya dan adik saya dari cheras
telah memutuskan untuk pulang pagi isninnya ke kampung semula...
seluruh isi rumah sedang berdukacita..membaca yassin dengan berlinangan
air mata.. saya duduk termenung dan masih dalam keadaan tidak percaya...
teringat dialog terkahir antara saya dengan beliau....




saya : umu (nama panggilan keluarga) mintak mahap yer.. umu kene pulang... nanti kita jumpa lagi... umu balik lagi nanti ader rezeki kita jumpa...
beliau : amok (nama gelaran) mintak mahap tak dapat buatkan kuih untuk kenduri umu... amok mintak mahap sebab tak dapat datang kenduri umu...
saya : (sambil menangis) jangan cakap camtu mok.. amok mesti sehat.. amok mesti datang punyee!! amok rehat banyak2 yer.. jangan fikir pasal kuih tu..nanti boleh datang kenduri umu...



saya memeluknya dan salam sambil kata...
"umu sayanggggggggggg amokkk"



sememangnya.. beliau seorang yang amat ceria..
setiap kali kenduri... pasti tak sunyi dengan adanya dia..
beliau ialah ibu saudara saya merangkap adik kepada mak saya...
saya membesar bersama keluarganya...
cukup rapat dengan anak2nye bergonjeng bersama sejak kcik lagi...
kini mereka kehilangan ibunya secara mengejut...



buat pengetahuan sesape yang baca citer ni..
beliau memang pakar dalam membuat kuih muih..
sangat sedap yang memang susah nak jumpa kat tempat lain...
dia pernah cakap tahun lepas..
"sape anak buah amok nak kenduri mesti amok buatkan kuih"
tapi sayang.. tidak sempat lagi.. hanya beberapa minggu lagi
saya akan melangsungkan kenduri tanpa insan penting!!
bukanlah sebab tiada kuihnya.. tapi sebab beliau tak ader!!!
seluruh keluarga turut rase kehilanggannya...



bulan lepas saya serta emak saya ader jumpa beliau yang masih sihat..
untuk pembukingan khemah dengan jirannya...
dia bersyukur kerana tarikh kenduri saya ditukar dari bulan 6 ke bulan 4..
kerna bulan 6 beliau mempunyai kenduri lain pada tarikh itu..
setelah perbincangan dibuat maka bertukarla tarikh pada bulan 4 ini...
tapi sayanggg.. beliau tetap juge tadapat hadir... saya sangat sedihhhh!!



beliau meninggalkan 11 orang anak dan seorang suami...
saya mendoakan kesejahteraan rohnya dan dicucuri rahmat Allah..
moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...
moga ditabahkan hati mereka untuk menerima kehilangan
seorang insan bergelar ibu yang amat disayangi pada umur 48 tahun..
beliau dilahirkan pada 30 april dan meninggal pada 3 april..
Innalillahiwainnailaihirojiun...


bayangkan jika anda kehilangan ibu anda yang amat dikasihi...
pasti anda akan turut berdukacita kehilangan insan tersayang...
saya turut terasa kehilangannye meskipun beliau ibu saudaraku..


buat Allahyarhammah Rahmah.. umu amat merinduimu...
moga aman disana dan berbahagia disana....
apa yang pasti semua orang akan merasai mati...
sama ada cepat atau lambat sahajja..
sama ada bersedia atau tidak sahaja..
dunia hanya sementara akhirat kekal abadi.....


sekian luahan hati seoranga anak buah kehilangan ibu saudaranya
yang amat dikasihi...saya rinduuuuuuuuuuuuuuuu diaaaa!!!!!



sedikif info untuk wahai wanita di luar sana...
besarkan sendiri saya tak mampu nak tolong besarkan..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

0 2 ORANG KATA:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...