Tuesday, April 12

Telur palsu lebih sedap


keluar sudah isu telur palsu.. benar atau tidak tapastila..
sampai tesebarnye gambarajah di atas ni ha..
melilau2 dia dekat pesbuk kene tag saner sini....
tapi hati tu risau jugak kot betul ader telur palsu
lalu termakan plak kan...?? kan ker bahaya untuk kesihatan
kerna mengandungi bahan kimia yang berbahaya.. kate orang le...


tapi hari ni keluar plak berita dari utusan..
yang tiada telur palsu di pasaran..
pulokk dahhh!!!


maner satu nak cayer nih...
caye ke takcaye ke meh layan berita ni ha..
tapi mesti ramai yang dah tau kot..
kalo tak tau lagi meh layan berita beikut....



Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus, Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannya telur tiruan.


Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri telur tiruan.


Beliau menjelaskan, telur itu adalah tulen tetapi berdasarkan ‘keganjilan’ pada fizikalnya yang besar, ia tidak sepatutnya dijual di negara ini.


“Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.


“Bagaimanapun, ujian kita mendapati kulit dan isi kandungannya tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia memang tulen dan isu mengenai kewujudan telur tiruan adalah tidak benar.


“Rakyat tidak perlu bimbang kerana situasi terkawal dan dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu, di sini hari ini.

sambung lagi di utusan

2 comments:

eMMe said...

pelik tapi benar,
yg tulin bisa dipalsu kan
gawat nih...hehehehe....

BERT said...

tah,, telo pon leh palsu kan.. pelik sunggoh ehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...