Friday, January 31

BILA ANAK JATUH KATIL......


si anak bujang ku yang pernah gak bape kali jatuh katil...

Kemalangan memang tidak boleh dijangka. Sehebat mana kita mengawal 
pergerakan anak kadang kala ada juga kemalangan yang berlaku.

Bayi terutamanya yang sudah boleh meniarap memerlukan perhatian 
kerana mereka berisiko untuk terjatuh jika dibiarkan bersendirian 
di atas katil. Kisah anak terjatuh tanpa sengaja dari katil adalah perkara biasa.

Siapa yang tidak terkejut apabila anak tiba-tiba terjatuh
 dari katil mama. Panik dibuatnya.

Pastinya bayi akan menangis kuat dan kelihatan terkejut. 
Jika bernasib baik, tiada benjol berlaku di badan atau kepalanya. Bagaimanapun 
pastinya papa dan mama tetap bimbang ada kesan gegaran pada otak bayi.

Sebenarnya, menurut pakar pediatrik, kecederaan yang akan dialami oleh 
bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala 
dan bagaimana cara mereka terjatuh.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda tidak
 sepatutnya meninggalkan bayi keseorangan di atas katil tidak kira berapa
 umur mereka. Ini kerana, jika bayi terjatuh dan mengalami perdarahan di dalam otak,
 ia mungkin agak susah dirawat dan mungkin akan menyebabkan komplikasi 
yang serius dan berpanjangan.

Jika bayi terjatuh, kita harus memastikan tiada pendarahan berlaku. 
Mereka harus diperhatikan selama lebih kurang 48 jam dan jika 
terdapat tanda-tanda seperti muntah-muntah, tidak aktif dan lemah atau sawan, 
segera dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.



Thursday, January 30

TANGANI MORNING SICKNESS





Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali 
sebagai morning sickness. Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini 
hanya datang pada waktu pagi sahaja.

Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam 
bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk 
mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.

Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa 
menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih 
belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.

Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan 
hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus
menimbulkan rasa mual dan loya.

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut
 yang mungkin sedikti sebanyak membantu anda.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, 
jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian
 bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur 
kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.

Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi
 keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil
 makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.

Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, 
berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.

Langkah 4
Peppermintatau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh
 peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu.
 Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.

Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat
 terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.

Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan
 paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.

Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman
 yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa 
loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.

Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan
 oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus 
untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom
 morning sickness daripada lebih teruk.

Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa
 memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik
 bagi mengelakkan rasa loya dan mual.



Wednesday, January 29

11 IDEA PERNIAGAAN DARI RUMAH



Dengan keadaan ekonomi sekarang ni yang meruncing
 membuatkan ramai yang tertekan.. gaji 4-10k angka pun rasa
 tak cukup ni kan pulak yang berpendapatan bawah RM3k
hidup pulak di bandar2 besar. waduh2..  boleh kahh??

Harini nak share apa perniagaan sampingan
 yang boleh anda buat untuk menjana
pendapatan khas buat pekerja fulltime,
suri rumah, penganggur atau pelajar..

1. JUAL BARANGAN JAHITAN SENDIRI
Bagi anda yang berbakat dan ada kebolehan menjahit apa kata
anda menjahit pakaian, menjahit manik, menjahit set tilam baby
dan segala macam jenis jahitan boleh dibuat untuk menjual hasil
daripada jahitan anda sendiri... tokey tukang jahit memang kaya2 woo.
sebab orang kita ni memang suka menempah dari buat sendiri..
so ambil peluang ni... saya tak pandai menjahit wuwuwuw... *malu*

2. JUAL MAKANAN
Makanan memang paling mudahhhhh sangat nak menjual sebab 
orang kita kat Malaysia ni memang mudah dapat makanan dan senang
nak beli makanan di mana-mana sekalipun.. dari internet pun boleh beli..
contohnya jual kuih muih kat kawasan rumah, jual makanan bakeri 
seperti roti, kek, muffin, cheeesetart, coklat, dan lelain lagi..

3. JUAL PAKAIAN ATAU TUDUNG
Bisnes ni paling ramaiiii orang buat kan.. anda kene bersaing dengan betul..
design mesti yang terkini, cantik dengan harga yang berpatutan dan mampu 
menarik ramai pelanggan membeli dengan kita.. marketing juga kene mantopp..
perlukan modal untuk membeli secara borong untuk dapatkan harga murah..
sekarang ni lagi mudah.. modal takde pun boleh berniaga dengan dropship..
tapi nak buat dropship kene pilih peniaga yang betul2 buat ya.. jangan tertipu..
selidik dulu latar belakang peniaga yang nak buat dropship..
Contoh : BUAT DUIT DENGAN DROPSHIP LUMAYAN
contoh : IDEA BISNES BAJU KURUNG

4.JUAL BARANG KOSMETIK ATAU SABUN
Bisnes ni pun mudah nak jual sebenarnya... terutamanya wanita yang
 sukakan kecantikan dan kesihatan.. jika produk bagus dengan jenama 
yang sudah terkenal memang mudah nak jual.. sebab dah ada branding..
tak susah sangat nak iklan kan.. share aje anda wakil pengedar
untuk jenama sekian2... ramai yang akan datang beli.. 

5. PERNIAGAAN PRINTING
Kalau ada modal  sikit dan anda kreatif bab design boleh buat bisnes ni..
anda boleh buat jual bisnes kad, sticker, edible image, flyers dan lain2 lagi...
jika anda kekurangan modal, cari kedai2 printing yang boleh anda berurusan
untuk jadi ejen mereka.. anda boleh buat marketing dari internet... mudah kan?
contoh : IDEA BISNES KAD KAHWIN

6. JADI JURUMEKAP/ JURUGAMBAR
Jika anda berbakat dan ada skill dengan 2 bidang ni pun boleh buat
freelance.. masuk kursus untuk mantapkan skill dan buat secara
partime.. memang boleh menjana pendapatan lumayan...

7. GUBAH HANTARAN
anda kreatif bab2 menggubah hantaran? haa buat bisnes ni...
ramai suka menempah dari buat sendiri... pelanggan bayar
deposit, anda dah boleh beli barang untuk menggubah.. senang!

8. MELUKIS
Pandai melukis? jangan sia2kan bakat melukis anda..
saya ada kawan buat perniagaan melukis karikatur.. 
memang best dan mampu menaja pendapatan lumayan..

9. MENJUAL CENDERAHATI
Takde bakat ape2 langsung? ha jual la cenderahati..
cari supplier yang boleh anda borong dan jual...
takde modal pun boleh buat dropship maaa...

10. JUAL  KEPERLUAN BAYI DAN KANAK2
bisnes ni pun memang ramai pelanggannya...
tapi marketing kene betul.. jika friendlist FB anda ramai pelajar
atau ramai yang masih bujang mungkin susah nak jual...
cari supplier jika bermodal tinggi sebab barang kanak2 ni 
memang agak mahal sikit kan? kalau takde modal buat dropship..

11. JUAL PRODUK DIGITAL
Selain dari produk fizikal, anda boleh menjual produk
digital seperti ebook, video, audio dan lain-lain lagi..
yang ni bagusnya komisennya agak tinggi.. bisnes ni
tanpa modal pun dah boleh buat.. cuma kene ada ilmu..
belajar dari sifu2 yang otai tentang produk digital ni ya..
Ok cukuplah 11 tips ni... rasanya banyak lagi tu..
semoga tips ni dapat bantu cari idea untuk berniaga 
secara sambilan atau sepenuh masa.. cuba jangan tak cuba..
Sabda Rasullullah : "9/10 rezeki datangnya dari perniagaan"
(Riwayat Tarmizi)


Tuesday, January 28

Bagaimana Saya Dapat Masuk Harian Metro?



Ok tajuk kau begitu skema... semata2 untuk keyword tersayang haha..
cuba tengok berita metro ni bertarikh 25 Januari 2014 Jumaat lepas...
ok gambar ni tersama pulak dengan gambar header kat blog ni hii hii hii..

Post gambar ni di facebook... ok berlambak inbox masuk tanya...
"eh cemana boleh masuk paper ni.. bagila tau. nak join jugak"
"kene bayar ke masuk paper ni?"
"wahh bestnya... masuk paper tak ajak aku weh"

Ok 3 cukup.. segala macam ayat lagi... ramai kawan2 pm tanya saya...
ok meh saya kisahkan.. ape sejarah terawal saya jadi begitu hehe..

Bertarikhkan 15 Januari 2 minggu lepas la.. waktu tu tengah bizi buat coklat..
saya bukak sekejap FB rehat sebentar orang kata... tengok inbox ada 
orang mesej.. dah boleh agak.. mesti nak tanya pasal coklat.. eh tapi bukan..!

"salam.. saya wartawan harian metro nak interview akak pasal blog"

aik.. betul ke ? saya pun tengok profile wartawan ni.. memang beliau kerja
di bahagian NSTP.. untuk akhbar metro harian... ok fine..saya terima..
saya pun reply... tak lama lepas tu dia call.. saya tak angkat sebab 
bizi buat coklat.. tengok ada misscall dari no KL.. tak lama lepas tu 
beliau call lagi.. ok dah ready nak angkat hehe.. maka berlakulah interview
sesi dalam telefon.. potpetpotpet.. beliau mintak gambar untuk artikel beliau..

ok sekian cerita di interview dalam telefon.. katanya artikel tu keluar Jumaat
25 Januari haritu.. ya betul keluar.. maka tu lah hasilnya.. tapi jangan gelak..
kalau ada sesapa paper tu.. nama tertukar.. mungkin ada kesilapan sikit..
takpelah dimaafkan hehe.. nama sebenar Umu Atiah jadi Nurul Atiah plak..
adik ai yang glamer pasal nama dia Nurul Syuhada hehehe..

kalau ada yang tak baca atau ketinggalan, artikel ini berkisahkan 
tentang blog ini yang banyak berkongsi tentang info kehamilan dan
keibubapaan hasil dari bacaan dan pengalaman sendiri.. 

buat entry tu untuk simpanan dan rujukan sendiri tapi tak sangka 
info tu menjadik hits ratus ribu viewers untuk sesetengah topik hangat..
manfaat untuk diri.. manfaat juga untuk semua... hehe..
dan blog ni jugak jadi medium untuk berniaga seperti yang dikata dalam
artikel tu untuk bantu suami dan dapat jaga anak sendiri di rumah..

itulah kisah sejarahnya.. harap semua mengerti.. sebagai upah dia interview 
saya dek teruja punya pasal.. saya hadiahkan beliau coklat tanda terima kasih..
48 biji coklat saya bagi kateko... best beliau makan coklat puas2.. hehe..





Monday, January 27

Apa hasil dapat rondaan ke sana?




Cerita ringkas hari ni... baru balik dari berkampung 3 hari di Subang,
singgah ke Puchong beli kek cheese leleh.. teruje betul nak beli
sebab pernah beli kat perak sini tak sedap.. cepat muak pulak tu..
dapat beli.. ha beli banyak2 makan puas heehe... sedappp sangat kateko..!!
meleleh air liur tengok.. nak merasa? boleh order tengok bawah ni..

dah ke Puchong pergi ke Bangi beli stok barang2 coklat yang hampir
pupus... suka beli kat sana.. murah sikit.. dah alang2 ada area sana
wajib singgah la kan... lepas tu ke Putrajaya.. jumpa adik ipar..
dah selesai baru balik ke perak.. jam 2 pagi baru sampai.. letih!!

tapi hari ni kene bertugas la buat coklat untuk tempahan raya cina ni..
esok semuanya nak dihantar.. kerja keras la harini walaupun badan letih..
ahaa.. performance dan ESP kan ada sumber tenaga.. wajib amik nih!!

lagi tambah teruja barang yang diorder dari china dah sampai harini
setelah 3 minggu menanti... seronok order barang sana.. murah2 hehe
beli untuk pakai sendiri aje..  ada la 2,3 barang untuk niaga jugak..
ok tu je nak bebel harini... nak buat tempahan coklat harini
penutup tmpahan untuk Januari.. dah siap nanti nak publish kat sini 
semua tempahan Januari... tempahan Februari sedang menunggu....
ok tata dari saya yang keletihan..... 

**sok rasanya nak buat entry cemana saya boleh masuk berita
harian metro ruangan blog... kasik kejutan ramai orang kihkih..**



Sunday, January 26

Teknik Bernafas Waktu Kelahiran





Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula
 merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai
 jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian 
dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. 
Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. 
Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan
tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara 
bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, 
pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. 
Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi
 pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.
Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung.
 Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.

INFO TAMBAHAN

Pernafasan Lamaze
Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. 
Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. 
Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. 
Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba 
masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat 
melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula 
ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik 
pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut 
serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika
 anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu 
dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. 
Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan 
anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan
 jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. 

Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua 
hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung 
dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh 
menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu 
sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. 
Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk. 

(Sumber: Majalah Pa&Ma Mac 2012)

Saturday, January 25

PETUA ATASI BENGKAK SUSU





Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada 
waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, 
walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi 
menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. 
Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum
 memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, 
mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola,
 iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan 
bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar
 sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan
 tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. 
Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar d
engan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan 
memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya
 perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar
 dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala 
untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan
 keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu
 mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu
 sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada 
payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti 
untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan 
tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu 
susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali 
sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. 
Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai 
terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan 
hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara 
bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu,
 ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat 
seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

11. Boleh mengambil supplement Lecithin Shaklee kerana ia dapat membantu
mengurangkan risiko susu  tersumbat dan membakar lemak yang berlebihan.

Dapatkan rawatan pakar jika ia berlarutan - sumber

Friday, January 24

Tips Makin Cemerlang Dalam Pelajaran


Vitamin shaklee bukan sahaja untuk ibu-ibu, atau orang dewasa
semata-mata malah ada juga untuk pelajar supaya kekal cerdas,
cergas, bertenaga dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran...

Nutrisionist Shaklee mencadangkan kombinasi set ini untuk
memaksimumkan potensi minda dan meningkatkan fokus...

Ada masalah macam ni?
- Kurang fokus
- Kurang daya saing
- Kurang stamina
- Selalu lesu dan mengantuk
- Lemah ingatan

Dan inilah jawapannya.....!!!

Briliiant Set 
Omega Guard + Lecithin + B-comp
- Menyelesaikan masalah pembelajaran contohnya dapat menghilangkan
tekanan, lesu, kurang tidur, kurang fokus, migraine, pelupa atau lembab
- Mencegah masalah murung dan tekanan
- Meningkatkan tenaga mental dan fizikal
- Memperbaiki pola dan kualiti tidur
- Meningkatkan ingatan dan ketajaman minda
- Meningkatkan fokus dalam pembelajaran dan prestasi

OMEGA GUARD UNTUK KESIHATAN OTAK
- supaya otak dapat berfungsi dengan sihat
- DHA penting untuk penghantaran isyarat-isyarat otak 
dan meningkatkan komunikasi antara sel2 otak

LECITHIN UNTUK TAJAMKAN MINDA
- Perangsang kepada daya ingatan
- Dapat mengeluarkan lemak berlebihan
- Memberi kesan positif terhadap daya-tangkap
atau ingatan dalam mempelajari sesuatu

B-COMP UNTUK PERKEMBANGAN KOGNITIF
- Membantu metabolisme dalam perkembangan kognitif
dan pembentukan sel dalam badan
- anti stress, memberi ketenangan dan lebih fokus

Boleh cuba untuk mengatasi masalah2 di atas dengan
menggunakan set yang selamat dan sihat..
Lagi cepat bertindak.. lagi cepat nampak kesannya!

Hubungi saya untuk harga yang istimewa
FB : Viniyamey Store
Email : bertshaklee@gmail.com
HP : 0168880684

Thursday, January 23

Tokey nak meronda sekejap


Harini kami bertiga akan bergerak ke kl untuk program KESUJA
bertempat di UM macam sebelum ni masa saya pergi dulu tengah
mengandungkan Nawfal temankan cik asben dalam game bola dia..

kali ni pergi dah bawak anak pulak hehe.. tak tau la larat ke tak duk
tepi padang macam dulu.. kalau tak larat duduk rumah ajelah berehat2..
maka kalau dah berjalan dah saya siapkan entry autopublish sampai ahad..
yeayy siap dah semuanya. senang suka hati hari2 dapat update blog..

cik asben dapat tawaran masuk badminton tapi beliau tolak..
beliau pilih bola sebab bola game kegemaran dia sejak sekolah lagi..
dia mewakili JAIP untuk bertanding dengan jabatan agama yang lain..
oklah nak bersiap2... moga selamat pergi dan balik... balik dari kl
nanti nak ngadap coklat pulak tempahan terakhir untuk Januari...
sambung lagi nanti tempahan di bulan Februari... ok tata...

CARA MENDAPATKAN ZURIAT

Setiap pasangan yang berkahwin pasti nak kan zuriatnya sendiri..
bila diduga masih belum dikurniakan zuriat mesti ada hikmahnya..
dan set kesuburan shaklee adalah salah satu ikhtiar yang boleh dicuba..
mana tau setelah berusaha dapat hasilnya? ramai juga yang sudah 
berjaya hamil dengan set kesuburan dengan izinNya. Alhamdulillah...

KENAPA SET NI MESTI DICUBA?
- Boleh memperbaiki kebolehan seksual lelaki
- Dapat meningkatkan nafsu seks pada lelaki
- Menyeimbangkan hormon pada wanita
- Meningkatkan kuantiti sperma
- Memanjangkan hayat sperma setelah dilepaskan
- Meningkatkan motiliti sperma dan halang sperma bergumpal
- Tambahkan hormom estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami


VITAMIN UNTUK ISTERI 
GLA COMPLEX
Membantu kitar haid yang tidak teratur dan masalah senggugut
 yang dialami sewaktu pre-menstrual. 
-GLA membantu meningkatkan sistem kesuburan isteri, 
sekaligus meningkatkan potensi persenyawaan untuk berlaku 
-Membantu sperma untuk terus hidup lebih lama dalam 
Tiub Fallopio sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan. 

ESP
-Memastikan sel ovum dalam keadaan sihat bagi memudahkan persenyawaan 
-Merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat da sempurna. 

VITAMIN UNTUK SUAMI
VITA E -COMPLEX
-Meningkatkan keinginan seksual dan lebih tenaga 
-Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
-Vitamin E juga bagus diambil oleh isteri bagi meningkatkan 
kesuburan dan keinginan seksual 

ZINC COMPLEX
-Kandungan zink dalam protat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain.
 Jesteru itu, ia adalah mineral yang penting untuk kesuburan lelaki. 
-Sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki dan menguatkan sperma suami.

ANTARA TESTIMONI PENGGUNA SET KESUBURAN

klik untuk besarkan

klik untuk besarkan


Banyakkan istigfar dan bersedekah. Kerana ini yang diajar Rasulullah 
ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri 
mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki.
 Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. 
Percaya pada Allah. Insyaallah..pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian. 

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi khas set yang bersesuaian.
 Juga harga yang mampu milik ditawarkan...

FB : Viniyamey Store [SID 1074830]
Email : bertshaklee@gmail.com
HP: 0168880684




Wednesday, January 22

SET BERPANTANG MODEN PALING LARIS!!


Tercari-cari set berpantang yang terbaik untuk anda?
Ya Shaklee pilihan yang paling tepat dan pilihan no 1 ibu2 kita..
Saya dulu pengguna set berpantang Shaklee... lepas guna terus 
jatuh cinta dengan produk ni.. dijamin selamat dan berkesan!!

Saya tak pilih jamu2 sebab biasanya jamu ni panas...
kesannya juga akan terkena pada bayi sebab kita susukan...
jadi saya pilih vitamin semulajadi untuk lebih selamat dan mujarab
 sebab tu set berpantang Shaklee menjadi pilihan ramai..

SET ASAS BERPANTANG SHAKLEE
Vita C + Vitalea + B-comp + Zinc
- Boleh makan terus lepas bersalin
- Sesuai untuk bersalin normal atau pembedahan
- Membantu cepat pulih luka bersalin
- Tambah darah dan memberi tenaga ibu yang menyusu
- Membantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
- Selamat untuk ibu menyusu dan bayi G6PD
- Bayi tidak kuning dan lebih sihat

SET BERSALIN EXTRA UNTUK MENYUSU
Vita C + Vitalea + B-comp + Zinc + ESP + Ostematrix
- Set asas tadi ditambah dengan ESP dan ostematrix
- Menyokong penyusuan ibu
- Membantu cepat pulih luka bersalin
- Dapat menghasilkan susu yang banyak

SET BERSALIN PREMIUM
(Set bersalin untuk penyusan dan kuruskan badan lepas bersalin)
Vita C + Vitalea + B-comp + Zinc + ESP + Oste + Alfafa + Lecithin
- Set extra lecithin (bakar lemak) + alfafa (fiber/detox)
- Dapat turun berat badan sambil sokong penyusuan ibu
- Memejalkan otot ibu yang lembik dan gelebeh
- Merapatkan semula miss V lepas bersalin

TESTIMONI PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE

klik untuk besarkan
klik untuk besarkan
klik untuk besarkan




Harga Set Bersalin Shaklee Set Asas : 
RM275 untuk kegunaan sehingga 4 bulan. 
Termasuk postage serta konsultasi penyusuan. 

Harga Set Bersalin Shaklee Set Extra
RM475 untuk kegunaan sehingga 4 bulan. 
Termasuk postage serta konsultasi penyusuan.

Harga Set Bersalin Shaklee Set Premium : 
RM590 untuk kegunaan sehingga 4 bulan. 
Termasuk postage serta konsultasi penyusuan.

Untuk diskaun hubungi saya :
FB : Viniyamey Store
Email :bertshaklee@gmail.com 
HP : 0168880684

Untuk dapatkan harga set bersalin lebih menjimatkan,
ada sesuatu yang lebih istimewa sebenarnya ya..
Daftar sebagai ahli sama macam kita jadi ahli Jcad ke.. 
ahli Tesco ke.. atau bonuslink ke.. beli barang dapat point..
Bila point mencecah 150 je confirm dapat cash rebate.. best kan?
hubungi saya cepat2 untuk peluang yang sangat istimewa ni..
FB : Viniyamey Store
Email :bertshaklee@gmail.com 
HP : 0168880684

Tuesday, January 21

Bukan Blog Kamu Berwajah Baru....



Tadaaaaa.... siap sudah tempahan template blog
untuk blog ni yang amik masa dekat setahun haha..

Kenapa setahun? sebab dari tahun lepas saya
nak ubah template blog tapi asyikk lupeeeee je manjang...
sebab template sebelum ni rasanya dah guna dekat 3 tahun jugak...
bosan dah rasa nak berwajah baru la pulak hihi...
dah bagitau dengan che ros designer blog yang hebat ni..
lepas tu lupa.. asyik bagitau nak tukar baru.. tapi tak hantar detail..
sampaila minggu lepas baru hantar detail nak ubah suai blog... 
baru la che ros ni buatkan... kejap je dah siap.. 
cantik la kak ros... puas hati dengan design akak.. mekaseh2...

Tema hijau pink ni saya amik sempena warna coklat
yang pernah saya buat... suka pulak tengok kombinasi
hijau dan pink walau hakikatnya warna kegemaran saya
ialah warna merah, hitam, putih dan coklat... 
tapi warna tu macam tak sesuai je dengan blog maka saya
pilih warna yang lembut2 ajelah untuk pembaca... hihi boleh?

Barangsiapa berminat nak ubah template blog yang cun 
boleh tempah dengan che ros kite.. ramai blogger2 tempah 
kat dia termasuk saya dah masuk ni kali ketiga tempah..
harga pon berbaloi sangat.. tak mahal pun kate ko..
boleh tengok design2 dia yang pernah buat sebelum ni
memang cantik2.. kreatif sungguh che ros ni... ai loikeee!!


Monday, January 20

KURUSKAN BADAN DENGAN BAJET MURAH

Teringin sangat nak kurus bila dah lama mengembem kan?
dah cuba macam2 produk.. tapi takde hasil pun..
Shaklee ada set slimming bawah RM100 aje tau...

Apa yang ada set bajet kurus ni...??
LECITHIN
- memecahkan lemak berlebihan dalam badan
- menegekalkan kandungan air dalam kulit

HERB-LAX
- membuang lemak berlebihan 
- membersihkan najis yang tersekat
- Membantu masalah sembelit


TIPS KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT!!
-Minum 2,3 liter air setiap hari.
- Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
- Kurangkan makanan berminyak
- Buat senaman paling kurang 3x seminggu seperti
berjalan, berlari, jogging, turun naik tangga dan lain2..
- Banyakkan makan buah dan sayur

Jika anda patuhi syarat mudah sangat ni kan, maka
automatiknya set kurus murah gile lagi cepat berkesan..

MEREKA YANG BERJAYA MENGURUSKAN BADAN


Hubungi saya segera.. dapatkan segera....

BERT [SID : 1074830]
016-8880684
bertshaklee@gmail.com






Sunday, January 19

Selamat Ulangtahun Bert Amey



Lepas makan tengahari... tiba-tiba dapat bisikan..
"happy anniversary".. gue sengih2 aje...
ingat jugak beliau.. yang pelik anibesri kawen tak 
ingat pulakk.. grrr... bila ditanya yang keberapa
memang kantoi la tak ingat kihkih.. dah agak dah..

11 tahun berlalu dengan pantas...sehingga terberanak
sorang anak bujang selepas membina mahligai 3 tahun lalu..
moga hubungan kami kekal selamanya hingga ke sorga...
cerita ringkas aje harini... tata...





Saturday, January 18

AWAS : KESAN BURUK ALFAFA SHAKLEE


SILA BACA DENGAN PENUH EMOSI.... grrr..

Haaa…you all sapa yang dok prasan bagus Alfalfa Shaklee tu…
meh baca ni!! Jangan beli kalau you all rasa tak ready
 nak menghadapi kesan kesan buruk ni tau…

1) haaa…untuk bini bini orang tu…kena sedia ni tau…
habis tak laku segala krim pelincir apa jenis brand pon..
sbb miss V tak kering bila dengan suami. Sedia ke you all?

2) tokey kedai 7 E bankrup sebab takder orang beli panty liner 
/ disposable panties sbb bye bye keputihan

3) peniaga online yang orang dok berebut beli
 segala fiber drink tutup kedai…huhuhu

4) farmasi byk stok tak jalan ubat high cholestrol

5) krim krim kurap semua expired kat kedai…

6) tokey baju saiz XXL @ big size garu kepala..
bisnes slow…tak dak dah pelanggan setia…waaaaaa

7) pompuan pompuan kaki goda tak jumpa
 laki orang nak jadik sugar daddy….hihihi

8 ) suami asyik nak berkepit ja dengan bini..

Thanks mama syafi kongsi kesan buruk ni hiii hiii hiii
saya pun dah rasa kebagusan alfafa shakle... stok wajib ada
kat rumah... kami lakibini pakai alfafa.. hebat alfafa!!!

KLIK UNTUK KASIK GEMOKK

bulan ni promo kate ko... murah gile dari harga biasa..
cepat order sebelum kehabissaaannn stokk...

BERT [SID 1074830]
016-8880684
bertshaklee@gmail.com




Friday, January 17

Rawatan resdung paling mudah dan berkesan


Anda penghidap resdung tegar ya?
pagi-pagi bersin... hidung berair.. sendawa... eh tu 
kalau anda kenyang baru ada sendawa maa...

rimas kan? macam2 cara dah berubat..
kalau hilang pun sekejap je.. lepas tu datang balik...
dah  cuba set resdung shaklee? kalau belum cuba baik cuba...


ALFAFA
- Mengurangkan keradangan penyakit resdung
- Kaya dengan klorofil dalam membantu mengurangkan 
resdung, alahan dan gatal-gatal..
- Mereka yang menghidap penyakit SLE tidak digalakkan
makan alfafa sebagai supplement mereka...

VITA C
- Sebagai antioksida yang dasyat dalam meningkatkan antibodi
- Mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh

B-COMP
- Pemuliharaan selaput lendir yang sihat 
- Membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam membina protein tubuh
- Membantu hati dalam menghasilkan glikogen 
yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati

TESTIMONI PESAKIT RESDUNG BERJAYA DIRAWAT




Atasi masalah resdung anda dengan shaklee...
belum cuba belum tahu... dah cuba baru tau..
hubungi saya untuk dapatkan produk ni secepat mungkin
kebetulan bulan ni ada promosi alfafa... lambat habissss...

BERT [SID : 1074830]
016-8880684
bertshaklee@gmail.com


Thursday, January 16

ASYIK DAPAT DUIT JE....




amboi poyo nya tajuk begitu... banyak atau sikit tak kisah...
janji duit sentiasa ada... best kan camtu? saya dah rasa best hikhik..

Alhamdulillah semenjak saya berniaga, duit poket sentiasa ada..
sedia maklum saya penjual coklat.. ditambah lagi dengan shaklee..
kalau ikut sejarah, saya nak buat shaklee dulu sebelum jumpa coklat..
tapi  masa tu blurr2 lagi pasal shaklee walaupun penggunanya...
maka saya abaikan.. guna aje tak minat nak jual.. saya jual la coklat..
*rugi ko bert kat situ hihi.. lambat tersedar..*

tapi makin lama makin jatuh cinta... tiba2 saya nak jadi ahli shaklee..
dapat beli guna nama sendiri... dapat point lalu jadi duit..
share pulak dengan sedara mara dan kawan2.. ada yang beli..
dapat point lagi... maka jadi lagi duit... excited..!! 
mudah betul jual shaklee... dalam pada saya bizi dengan bisnes coklat,
boleh jugak buat sambilan bisnes shaklee.. dapat jugak duit poket tepi2

saya dah buat bisnes coklat sibuk je nak buat shaklee jugak kan?
tamak betul budak ni.. takpe.. tamak yang ni bagus... banyak kebaikannya.
kenapa saya menyibuk buat bisnes shaklee... kenapa???

1. Saya suka kan produknya yang sangat berkualiti dan dah rasa
keberkesanan produknya pada diri sendiri.. memang hebat shaklee!

2. Semuanya di hujung jari... nak beli barang online... nak daftar 
pun online... nak belajar online.. nak berurusniaga pun online...
penghantaran barang pun shaklee je yang buatkan. best betoll..

3. Nak meniaga shaklee bukan satu kewajipan pun nak simpan stok..
customer bayar.. baru kita buat order... mudah kan?

4. Sebab saya duduk di bawah kumpulan ahli2 shaklee yang dah 
berjaya meraih pendapatan 4,5,6 angka sudah... mereka tak jemu2
membantu anak cucu cicit mereka supaya berjaya macam mereka..
terlalu banyak tips dan panduan untuk berjaya... 

4. Dan yang paling besnya shaklee ni tang bonus2nya lah..
lagipun pendaftaran RM65 tu sekali je seumur hidup..
usaha lebih... maka lebih la bonus2 anda...

5. Shaklee bukan sistem piramid.. orang atas dikayakan oleh
orang bawah.. oh no no no... shaklee tak macam tu.. sebab dah 
ada sejarah bila 'nenek' , 'mak' dan 'cucu' naik pangkat jadi
Master serentak.. so takde yang mustahil.. anda gigih maka
gigih la pendapatan anda masyukkk...

Jadikanlah business Shaklee sebagai medium untuk tempah tiket
 ke SYURGA. Jadikan Shaklee sebagai 'motivasi' untuk jadi hamba 
Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. Ingat tiada apa yang mustahil. 
Setiap mimpi boleh menjadi realiti.


Tak perlu fikir panjang. JUST DO IT! Realisasikan mimpi.


Hubungi saya untuk ketahui bagaimana kumpulan kami beroperasi 
menjana jutaan jualan setahun. Yang pasti semuanya online! 

BERT [SID : 1074830]
016-8880684
bershaklee@gmail.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...