Friday, August 17

Mari berseloka di hari raya!!!



Pisang emas dibawa beraya, 

masak sebiji di Puduraya, 
Hutang emas sebelum raya, 
Masa nak bayar selepas raya.



Pisang emas dibawa beraya, 
Masak sebiji di balairaya, 
Semua hutang nak sambut raya, 
Tauke kedai juga yang kaya raya.



Tinggi-tinggi si hantu raya, 
Anak kerbau mati tak sempat raya, 
Main mercun ditepi jalanraya, 

Terbakar rumah beraya di balairaya.



Tinggi-tinggi si bunga raya, 
Anak kerbau mati di lebuhraya, 
Pagi-pagi lagi dah keluar beraya, 
Langsung tak ingat nak sembahyang raya.



Dua tiga kucing beraya, 
Mana nak sama si badak raya, 
Empat lima hari lagi nak raya, 
Banyaklah berita kemalangan jalanraya.



Dua tiga kucing pendakwaraya, 
Manakan sama kucing rimba raya, 
Dodol,lemang,rendang dan kuih raya, 
Budak-budak tetap nak duit raya.



Gendang gendut tali rapia, 
Kenyang perut makan kuih raya.



Kura-kura dalam paya, 
SELAMAT HARI RAYA.



11 comments:

LiNda said...

selamat hari raya bert dan suami..;)

Izwa Kamaruddin said...

selamat haru raya :)

MizzTina said...

comel je pantun.. selamat hari raya.. :)

☀ Izzaty Hedry☀ said...

selamat hari raya dear !..:)

putryteya said...

teya suka pantun LAST sekali . comel sangat ;)

selamat Hari Raya , akak

Abang Karu said...

Slmt hari raya maaf zahir batin :)

Miss N™ said...

selamat hari raya buat bert sekeluarga

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

selamat hari raya bert sekeluarga

Cik Rose said...

Selamat hari raya buat Bert sekeluarga :)

Momo said...

hebat berpantun ye...haha...

Reena Sidek said...

selamat hari raya kak bert...

seloka tu semua hujung raya-raya... hehehe ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...