KOTA BAHARU, 23 Dis (Bernama) -- Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, Khamis.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa, 42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, telah dilanggar sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa.
Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga, lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di lampu isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik.
"Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah telah diseret oleh lori berkenaan dan tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
................................................................................................................................
bersambung di BERNAMA
4 comments:
sedihnyaaa..al-fatihah...
memang sadis.. alfatihah...
innalillahiwainnailaihirojiun..
da ajal nk bwt mcm mane.
kematian kte nt plak mcm mane la.
Ya Allah kau matikanlah kami dalam iman.
Insyallah... memang menyadiskan...
Post a Comment