Bukan Blog Kamu: Lipan di Bilik Air

Saturday, December 4

Lipan di Bilik Air

mintak mahap la aku nak letak gamba lipan betol2...
nak menyenep gamba lipan aku jumpe tadi pon TANAK!!!!
*geli*
huh!!
giler tensen aku sedang enak
bermandi mande bersuke ria dengan beriyer-riyer kan!



tengah syok2 aku mengkaroke
lagu amelina "di dadaku ada kamu"
dlam bilik air tanpa mic



tetibe
aku nampak kelibat lipan kale etam kehijau2an lalu lalang
bersuke ria seorang diri
kat lantai mozek bilik air aku nih...



aku sangat benci dengan lipan..
meskipun aku suke nombo lapan
aku tak plak berminat nak bele lipan sebagai my pet aku!



katekan TIDAK pada lipan!!!!!!!!!!!!!
arghhhhhhhhhh



aku geli sebab kaki dia banyak sangat...
aku geli dia jalan-jalan pun bengkang bengkok..
ketika aku taip cerita lipan ni pun aku
dah meremang bulu idung aku ni tande seram dengan lipan!



sambung balik..
aku pun teruskan mandi sambil mata ku merenung tajam ke arah lipan tu..
dengan harapan lipan tu takut dengan renungan tajam aku!
aku pandang beliau dengan penuh geli+benci+marah+geram+bosan..



aku harap ade suparman datang menolong aku membunuh lipan
sesaiz 20cm barangkali... dimana masa kejadian tidak pule
aku bawak kayu baris mahupun tali tape...



aku mandi macam biasa.. habiskan cepat2 mandi...
mintak2 la lipan tu tak nampak aku tercegat berdiri depan dia...
kalolah ade seltok ataupun ridsek mau aku sembor
beliau dengan rakus sekali agar dia mati lemas dengan efisen...



memandangkan tiada senjata untuk aku pertahan kan diri...
maka aku ternampak sejenis botol kale putih
dikenali sebagai clorox...



dengan rase bersalah serta mintak mahap banyak2 pada lipan itu,
aku pun menyiram ke atas badan lipan itu agar dia pening2 lalat
serta jatuh pengsan!!!!!!!!!!!



maka lipan itu menggelupur kelemasan...
dia terbalik kan diri dia menampakkan bahagian perutnye..
sebbaek tak boroi...kalo dia boroi maknenye dia mengandung...
aku nak pijak tak sampai hati sebab mesti dia sakitkan..



apabila aku rase selamat maka dengan eksennye
aku pun keluar bilik air sambil mengarahkan rumet aku
membunuh lipan itu dengan efisennye...



rumet ku agak berani lalu memijak lipan itu menggunakan kakinya!!!
wow!! hebat beliau!! sebbaek dia gunakan selipar jepun saiz 4...
kalo tak mesti kene patuk dengan lipan tu..
yela dia kan berbisa,. boleh patuk manusia untuk pertahankan diri...



maka tamatlah riwayat lipan yang sangat digelikan oleh saya....
oleh itu saya nak bagi serangkap pantun
pada seluruh persatuan lipan2 semelesiya....



antara cipan dengan lipan,
aku geli dengan lipan,
aku suke dengan cipan,
sebab cipan tak macam lipan.



sekiyan rungutan aku untuk arini..
bersambung lagi di lain rungutan2...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

2 2 ORANG KATA:

Amirah Su'aidah said...

saya pun geli sangat sangat dengan lipan..lipan pun selalu ada dalam bilik air mira. TAK SUKA!.

tapi kan..pantun tu memang best.. =)

TWEETY BERT said...

hehehe betul kan.. ni kes malam tadi la ni.. lipan tu jahat.. kaco jer org mandi kikikiki...

btw thnx for reading..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...