Thursday, August 30

Gigih cari nama boleh tak?


Sekarang dah masuk 32 minggu pulak maknanya dah 8 bulan la kan?
ohoyyyy tinggal sebulan je lagi nak beranak pinak nih...
mula la saya gigih nak mencari nama untuk baby pulak.. hehe..
cik suami dah dapat nama belakang untuk lelaki dan perempuan..
maka tugas yang mencabar untuk saya mencari nama depan hoho..

tengok kawan2 baru2 ni bersalin terus jadi semangat nak bersalin..
tiap2 bulan ada je perkhabaran kawan2 dah bersalin..
bulan ogos ni 2 kawan saya dah selamat.. bulan 9 ni ada lagi..
bulan 10 turn saya dengan beberapa orang kawan lagi...
memang ramai betul nanti anak2 kami nanti sebaya.. syokk pulakk!

dah sarat camni berjalan pun kuat jugak.. petang ni nak ke Putrajaya
berkumpul semua 1 family cik suami di sana sebelum kami berangkat
ke Terengganu malam nanti untuk menghantar rombongan 
adik perempuan cik suami merangkap adik ipar saya laa untuk program
sambut menantu di sana.. kami dari rombongan pengantin perempuan
yang sudah selesai kenduri kendaranya sabtu lepas..

moga perjalanan kami yang jauh ni selamat tiba dan selamat kembali..
tinggal lah blog ni untuk beberapa hari.. jumpa nanti senin depan ya!
Selamat bercuti!! Hepi merdeka day!! Selamat hari raya!!





Wednesday, August 29

Kiranya kalau suka mengira kuat berkira?



Suatu hari ketika penulis di Restoren Wak Martopo;

Mari mengira satu persatu duit RM 1 billion
 kalau ditukarkan kepada syiling 20 sen baru....

Kalau nak dikirakan, mesin kira-kira pun tak dapat nak kira..
 Pengiraan yang melibatkan Rumus Algebra pun
belum tentu dapat selesaikan.

Tak terkira banyaknya syiling berkenaan.
Sekiranya anda mampu dan tabah untuk menyelesaikannya
 anda memang bukan jenis manusia yang berkira.
Mengirakan hal di atas memang tak ada sudahnya...

.............................................................................................

review entry lagi dari blogger baru hehe... sambungannya DISINI








Wordless Wednesday # Tujuh bulan di raya kedua



Takde keje petang2 di hari raya kedua lepas beraya rumah sedara
meh bergambar  mengade dengan cik asven di petang hari
buat kenangan di usia 7 bulan kandungan.. hewhewhew










dengar ape??







Tuesday, August 28

Set bersalin mana yang bagus?



Sebulan lebih lagi rasanya saya nak bersalin..
Segala kelengkapan harus dilengkapkan supaya terlengkap..
Salah satu benda yang saya nak cari ialah set bersalin..

Terlalu banyak produk set bersalin ni di pasaran..
kalau di gugel disurvey dan dikaji semuanya akan kata
produk mereka antara yang terbagus dan terbaik di Malaysia..

Tapi mana satu pilihan hati? mana satu yang baik di kalangan terbaik?
Nak produk bagus dah tentunya harganya pun bagus kan.. hehe..
kalau ada yang tau, pernah pakai dan cuba apa2 produk bagus
boleh lah share dengan saya ya.. ataupun ada peniaga ke atau kawan2
 yang nak jual set bersalin kat saya ke pun boleh kasiktau.. mana tau
boleh tergoda pulak lalu terbeli set bersalin itu heh heh heh..








Monday, August 27

Syawal Dua Ribu Dua Belas




 Ramai orang cerita pasal raya... nak jugak cerita pasal raya..
tahun ni beraya di negeri sembilan rumah mak saya..
4 beradik sahaja yang beraya di rumah mak saya..
4 lagi beradik beraya di rumah mentua diorang..

lepas sembahyang raya mula la aksi merakam gambar..
salam2.. kasik duit raya.. bergambar sakan pasainye
ada 2 orang beradik saya tu baru beli dslr baru.. lagut sampai ke 
tengahari bergambar itu dan ini.. pertama kali rasanya lewat ke kubur
dan beraya di rumah sedara mara.. dah tengahari baru nak pegi kubur..
tahun ni takde pulak bergambar kat kubur.. kalau tak sebelum ni
kalau pegi kubur pun sempat lagi nak snap2 hohoho..

sudahnya sampai ke petang la beraya arakian lagi mak saya gigih
menjemput sanak saudara sekali untuk kenduri adik saya
yang nak kawen minggu depan ni.. tak lama dah...!!

bergambar dengan bakal peranten yang akan dinikahkan
minggu depan.. sabtu lepas kenduri adik ipar saya kawen..
minggu ni ke terengganu pulak nak ngantar...
minggu depan balik semula ke N9 untuk kenduri kawen adik..
harap mahap pada kengkawan yang menjemput kenduri kawen
mereka.. tak dapat pulak nak berkunjung sebab 2 adik nak kawen
berderet-deret ni haaaa.... harap mahap dipinta yaaa :))


 hanya ini sahaja yang ada di pagi raya.. kalau 8 beradik saya ada
tak muat nak bergambar dalam rumah.. kompom amik kat luar rumah..


 salam raya dengan omma serta duit raya sekali heh heh heh
yang diberi bukan diterima heh heh heh

 di pagi raya... 5 per 28 anak buah yang menerima duit raya dari 
kami lakimini... lagi 23 anak buah belum balik lagi...hoho


 yang bujang pon kasik jugak.. saje nak memain di pagi raya..
haha jumlah duit tu jangan marah yaaa....




bercenta, bersalaman dan beraya di samping cik somi
satu kemestian.. meskipun tak berapa nak sedondon ahha..
ade tragedi baju raya di malam hari (maleh nak citer heh heh)
janji kita beraya sakan.. buat abey.. selamat hari raya dari minimu..
mahap jahey baten.. halal makan dan minom..lapyubebeh.. 
insyallah tahun depan raya bertiga pulak yeahh..

kalau rajin nanti nak sambung lagi entry raya...





Friday, August 17

Mari berseloka di hari raya!!!



Pisang emas dibawa beraya, 

masak sebiji di Puduraya, 
Hutang emas sebelum raya, 
Masa nak bayar selepas raya.



Pisang emas dibawa beraya, 
Masak sebiji di balairaya, 
Semua hutang nak sambut raya, 
Tauke kedai juga yang kaya raya.



Tinggi-tinggi si hantu raya, 
Anak kerbau mati tak sempat raya, 
Main mercun ditepi jalanraya, 

Terbakar rumah beraya di balairaya.



Tinggi-tinggi si bunga raya, 
Anak kerbau mati di lebuhraya, 
Pagi-pagi lagi dah keluar beraya, 
Langsung tak ingat nak sembahyang raya.



Dua tiga kucing beraya, 
Mana nak sama si badak raya, 
Empat lima hari lagi nak raya, 
Banyaklah berita kemalangan jalanraya.



Dua tiga kucing pendakwaraya, 
Manakan sama kucing rimba raya, 
Dodol,lemang,rendang dan kuih raya, 
Budak-budak tetap nak duit raya.



Gendang gendut tali rapia, 
Kenyang perut makan kuih raya.



Kura-kura dalam paya, 
SELAMAT HARI RAYA.



Thursday, August 16

Akibat main mercun buatan sendiri


AMARAN KERAS MACAM BATU KIKIR!!


BUAT-BUAT TAKUT DENGAN GAMBARAJAH DI BAWAH..
JIKA TAKUT JANGAN TENGOK SAMPAI BAWAH...
KALAU TIDAK TAKUT IKUT HATI SKROL SAMPAI BAWAH..


YANG PENTING.. JANGAN TENGOK SAMPAI MUNTAH!






sumber dari kedah2u.com

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v







kalo camni pun tak menginsapkan kaki mercun
terutama mercun buatan sendiri tak tau la kan...
tak pasal mati katak je.. bayangkan cemana
orang2 nak mandikan jenazah yang dah hancur kepala camni..
ngeriiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!.....


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...


Posing di kala raya tahun lepas... jangan marah over sudah heh heh

Tahun lepas berbaju kebaya.. 
Tahun ini berjubah pula..
Mari kita bermaaf-maafan sesama kita..
Agar tiada sengketa di antara kita...

wahh pantun tak menahan...!

Takde nak cakap panjang.. cuma nak ucapkan selamat hari raya
aidilfitri buat iencheq somi yang merupakan silent reader blog ni,
keluarga, sedara mara, kawan2 facebook yang rajin klik
 link entry saya, special juga untuk semua kawan2 blogger yang 
baru dan yang lama... tak lupa pada silent reader saya juga..
kepada musuh2 saya (kalau ada la haha)  tak dilupakan juga...

Harap maaf dipinta, terlanjur bicara, terngumpat kata, 
terguris rasa, terluka jiwa jika ada maaf bebanyak ye..

Selamat balik ke kampung.. Selamat makan ketuat ketupat lemang..
Selamat bercuti raya.. Selamat sedekah dan kutip duit raya...
Berhati-hati di jalan raya.. Selamat hari raya maaf zahir batin.. 







Wednesday, August 15

Wordless Wednesday # Mari Beratur!!!







Kalau dah musim perayaan tak sah kalau tak macam ni kan?
Buatlah aktiviti yang berfaedah di kala ini seperti berlari 
setempat ataupun menganyam ketupat di dalam kereta :))

Ramai yang dah mula cuti besok.. Ramai yang akan bergerak pulang 
ke kampung hari ni.. Sila pandu laju-laju mengikut had yang
ditetapkan.. sebab Satu Malaysia dah pasang kamera perangkap
had laju.. jangan sampai surat cinta di tangan anda.. buruk padahnya..

Selamat pulang ke kampung.. Selamat menyambut hari raya aidilfitri..
Saya nak memohon mahap sekiranya ada salah dan silap sama ada
sesaje buat salah atau tak perasan buat salah harap dimaafkan.. hehe..




Tuesday, August 14

Tak puasa sebab makan ubat?


Entry semalam saya ada bagitau yang saya tak sihat
dan harus ke hospital untuk mendapatkan rawatan...
kisahnya.. ahad malam isnin, lepas berbuka saya teringin sangat nak
ke hospital besar di Teluk Intan, Perak untuk mendapatkan 
rawatan akibat dah tak tahan dengan penyakit baru dapat ni.. :))

Mulanya ke bahagian emergency, diorang tolak suruh saya ke 
bahagian dewan bersalin untuk di periksa.. bila dah kesana dan dicek
oleh doktor yang bertugas pada malam tu, saya di arahkan ke bahagian
 kecemasan semula sebab penyakit saya takde kene mengena 
untuk beranak pun.. pegi semula dan akhirnya dapat diperiksa..

sampaikan 2 doktor yang memeriksa sebab special case kot haha..
doktor yang bertugas tu pun tepon doktor pakar untuk
mengkompomkan apa rawatan yang sesuai buat saya nih..

tapi sayangnya.. hanya satu ubat yang diterima malam itu
sebagai ubat penahan sakit.. doktor tu bilang datang la isnin esoknya
sebab ubat special tu hanya doktor pakar yang boleh kasik...
maka semalam datang lah semula ke hospital itu untuk 
mengambik ubat berkenaan.. ha.. amek kaw.. tu macam gambar 
kat atas tula ubatnya... ada 8 kotak yang mengandungi 200 biji..
untuk cepat sembuh maka saya diarahkan tidak boleh berpuasa
 kerana wajib menghabiskan ubat itu dalam tenpoh 10 hari camtu.. :((

baru aje bercita2 nak berpuasa penuh ini tahun... hmm...
apakan daya.. ada dugaan yang tiba.. kene kuatlah..
tak makan ubat kang tak sihat pulak.. nak raya dah ni... hihi
semoga penyakit ini cepat sembuh dan takde kesan pada bayi..
juta2 timekaseh banyak2 pada iencheq somi yang sangat2
menjaga minimu ini.. hanya DIA dapat membalas jasa beliau..


Tuan Blog : harini baru nak pegi shopping baju raya.. 
suka shopping last menet sebab harga banyak dah turun wooo..



Monday, August 13

Eh dah bulan Ogos sekarang kan?


Dah nak masuk pertengahan Ogos dah kan...
tak pernah nak sambut.. tapi ingat tahun ni try sambut hehe...

Ogos 2008 ialah tahun saya mula main dengan blog secara serius..
sebelumnya saya telah mencipta blog saya pada tahun 2007..
akibat daripada minat saya blogging dari Friendster...
tapi pada ketika itu saya masih tak reti cemana nak bikin ini blog..
lalu saya padam akaun itu.. dan pada Ogos 2008 saya mula 
berblog balik akibat sudah terima pendedahan yang meluas
dan kelebihan tentang blogspot..

mula lah mengugel turorial untuk membikin ini blog..
2 tahun pertama saya berblogging secara sembunyi..
hanya syok sorang2 aje buat blog sebab hanya saya sorang 
je yang boleh baca dan bukak blog ini...

Bila dah tau pasal nuffnang pada tahun 2010 barula saya
 dedahkan blog ini pada umum dan belajar dan terus belajar..
daripada blog yang berserabut dengan segala gadget dan bunyian
sampai berat blog ni sehinggalah tinggal apa yang ada sekarang..
semuanya saya buang untuk keselesaan pendatang..
setahun jugalah layout ni tak bertukar.. hmm nanti2 lah tukar...

selamat enibeseri yang keempat untuk blog ini...
belum pernah buat segmen.. GA dan sebarang contest..
macam tak reti je nak buat.. haha.. Insyallah kalau ada rezeki
dan ada idea yang lain dari yang lain teringin jugak nak buat..




Tuan Blog : Saya tak berapa sihat 2,3 hari ni.. harini (isnin) 
nak pergi spital besar ada emergency.. 
sakit apa takleh bagitau haha *kedekut*.. 
entry semua autopublish aje..

nanti dah ok saya BW dan terjah balik okeh.. 
doakan saya sihat ye.. mak buyung tak sihat
risau pulak kat baby.. :(( 
selamat menyambut hari raya.. 
mahap jahey baten......... :))


Budaya membazir.. budaya menyeronokkan





Post terbaru lagi di blog beliau tentang isu pembaziran
di bulan puasa yang mulia ini... mari saya sedut sikit hehe
selanjutnya sila terjah la ye... (blog cik asven saya la hewhew)




Mungkin anda tidak menyangka dan tidak menduga, 
kadang-kadang rezeki ini bukan dirancang untuk anda....
Maka tidak perlulah anda berasa sangat sedih sekiranya ia bukan milik anda.
 Tetapi  janganlah pula kita mendapatkan rezeki dengan cara yang tak betul,
 sehingga yang batil disangka hak dan hak pula disangka batil. 

Dah ramai sangat orang macam ni wujud kat dalam dunia ni. 
Dan yang paling mustahak sekali adalah andai kata rezeki itu memang
 milik anda jangan lah pula anda mensia-siakannya sehingga...............

bersambung lagi di BLOG INI ............


Friday, August 10

Benda atas katil............. uussshhhh....








Jangan tengok kalau anda bawah umur 18 tahun!!
sungguh mengghairahkan.... wow wow wow!!!
saya  pun tak pernah merase mcm tu.. arghh..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
vv
perghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
macam  atas toto je gayanya ni..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



fuhhhh duit raye nih!!! walammmakkkk...... nakkk nak nakk!!

besssnye kalau dapat cenggini punye banyak duit raye...

tetibe boleh jadi mata duitan pulak.. apetah lagi jutawan....


eh tapi sekarang dah ada duit baru la chorrrr!! ishh tak kisah laa...

Jangan lupa bayar zakat fitrah.. jangan membazir ikotkan hawa nafsu ye!




Syoknyaaa dapat korek hidunggg!!!!



terbaca satu status pelik di Facebook.. haiyya...
biasanya lepas berbuke banyak la status kat wall tu
pasal kenyang la.. makan ape la.. perot memboncet la..
dan macam2 lagi gelagat dari pelbagai manusia...

bila cerita pasal nikmatnya korek hidung ni...
teringat pada satu luahan rasa dari seseorang di FB jugala...
beginilah bunyinya luahan rasa beliau tentang korek hidung itu...

"Mengorek hidung dengan sengaja tidak membatalkan puasa.
Dengan syarat hidung yang anda korek tu bukan hidung anda
atau kawan baik anda tapi sebaliknya hidung kucing anda.
Ia tidak membatalkan puasa anda, tapi kalau kucing 
anda puasa, ia boleh menyebabkan puasa beliau terbatal."


selamat berpuasa selamat beramal di 10 malam yang terakhir ini ya :))


Thursday, August 9

Aku dan Status Facebook


saya malas buat status di facebook...
saya gunakan facebook untuk mengomen, mengepoke
mengeshare link terutamanya dari entry dalam blog ini, dan 
mengusha wall serta menyekodeng profile kawan2 saya...

saya tak pandai buat status di facebook...
saya takut kalau saya buat nampak 'kemongokkan' saya...
kalau saya nak buat tak pandai pulak nak tunjuk 'kebagusannya'..

tapi saya kagum dengan manusia yang pandai buat status..
berbunga-bunga.. indah tutur kata.. punya mesej yang bagus..
tapi saya selalu pandang enteng dengan status manusia yang 
menunjukkan kelemahan dirinya sendiri atau kadang2 status yang
 menunjukkan dirinya selalu beribadat pada yang Maha Esa...

ada yang taksub pada status di facebook..
setiap saat hendak di warwarkan di wallnya..
berita gembira.. berita lapar.. berita nak tidur.. berita nak solat..
berita nak makan.. berita nak berak.. dan macam2 lagi...
terserah.. asalkan anda bahagia... janji saya dah hide kan newsfeed
manusia yang suka update status selang 2,3 minit dengan hanya 
merepek meraban sorang2 sampai takde orang layan 
lalu terlike status sendiri.. janji besstt hahaha! 

pada yang berkenaan jangan tanya kenapa saya sepi tanpa
status macam dolu-dolu.. dulu zaman saya main game FB rajinla 
nak update itu ini.. tapi setelah aktif dalam blog babai la ye..
baik saya huru-harakan serta potpetpotpet dalam blog aje..

sekian terima kasih daun keladi ada masa singgah la baca lagi hihi





Tuesday, August 7

Secara ringkasnya.......................................


semalam cirit birit.. sakit perut macam kene tembak dan senak
sampai nak jalan pun susah.. bila berjalan nak ke bilik air siap pegang perut..
konon2 macam nak jatuh je perut tu.. ntah ape kene ntah.. tahan kan aje..
nak pegi cek kat spital malas pulak sebab dah pukul 1 pagi..
lagipun nak pegi klinik arini bolehlah cek sekali.. skang dah ok dah..

semalam perak cuti... takde plak nak online...
nanti saya BW okeh... arini ada checkup kat klinik
untuk mengecek usia kandungan kini mencecah 7 bulan sudah....
entry hari ni pun buat autopublish je macam biasala hehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...