Sekarang dah masuk 32 minggu pulak maknanya dah 8 bulan la kan?
ohoyyyy tinggal sebulan je lagi nak beranak pinak nih...
mula la saya gigih nak mencari nama untuk baby pulak.. hehe..
cik suami dah dapat nama belakang untuk lelaki dan perempuan..
maka tugas yang mencabar untuk saya mencari nama depan hoho..
tengok kawan2 baru2 ni bersalin terus jadi semangat nak bersalin..
tiap2 bulan ada je perkhabaran kawan2 dah bersalin..
bulan ogos ni 2 kawan saya dah selamat.. bulan 9 ni ada lagi..
bulan 10 turn saya dengan beberapa orang kawan lagi...
memang ramai betul nanti anak2 kami nanti sebaya.. syokk pulakk!
dah sarat camni berjalan pun kuat jugak.. petang ni nak ke Putrajaya
berkumpul semua 1 family cik suami di sana sebelum kami berangkat
ke Terengganu malam nanti untuk menghantar rombongan
adik perempuan cik suami merangkap adik ipar saya laa untuk program
sambut menantu di sana.. kami dari rombongan pengantin perempuan
yang sudah selesai kenduri kendaranya sabtu lepas..
moga perjalanan kami yang jauh ni selamat tiba dan selamat kembali..
tinggal lah blog ni untuk beberapa hari.. jumpa nanti senin depan ya!
Selamat bercuti!! Hepi merdeka day!! Selamat hari raya!!