Thursday, July 2

Ada klinik baru.. Doktor perempuan di Batu Kikir...




Baru ingat nak cerita kisah bulan lepas sebelum beranak ni..
Saya pegi melawat tapak projek.. ok ulang balik tapak projek
haha bukan2... saya pergi melawat klinik baru dipindahkan
dari Juasseh dulunya ke lokasi baru yang lebih strategik..

Klinik Dr Norman ni milik abang saya.. ni cawangan beliau
di batu kikir.. ada bangunan baru lokasi pun cantik...
Cawangan ni di jaga oleh kakak saya Dr Noraida..
haa nak cari doktor perempuan kat kawasan ni
meh datang sini.. kat sini tak ramai doktor perempuan..

Gambar ni masa dalam renovation ni dan belum 
beroperasi lagi masa ni.. tapi sekarang dah mula dah...
Sape2 sakit boleh la jengah klinik ni buat rawatan..
oh ya.. kat sini tak de rawatan laser ya.. ramai betul
tanya nak datang buat rawatan laser.. kalau nak
buat rawatan laser cuma ada kat kota damansara je ye..


Besar klinik ni.. luas dan selesa.. ha tu akak saya
Tengah jenjalan cari makan kot.. tisstisstiss..
barang pun tak kemas lagi masa tu.. yang sebelah tu
kaunter ya.. nak daftar dan amik ubat kat situla..
bukan nak order makan pulak.. bukan cafe derrr..


Ha nampakkk tuu.. bukti gambar sebelum beranak.. haha..
Kosong lagi rak ubat tu sebab belum pindahkan lagi
dari klnik lama ke situ.. masa ni saya memang tunggu
waktu je nak bersalin.. tu tak silap dah 37minggu kot.
Ok nak kata perut besar la tu.. memang le ada baby
besar dalam perut nak belum keluar lagi hihi..


Bilik tuan doktor.. nak dirawat sila masuk sini ye
setelah dipanggil.. jangan main terjah plak masuk..
hehee.. nak terjah pun tak boleh sebab selalu
dikunci untuk keselamatan gitu kan..

Ada ultrasound jugak.. ibu2 peknen nak datang scan
boleh la datang ziarah baby anda tu hehe.. saya pun 
masa ni tgh discan dengan scan baru ni.. canggih
sikit dari ultrasound biasa.. gambar atas tu baby
dalam perut saya.. ade nampak? Haaa nampakkk..


Ok lokasi klinik ni tepi jalan besar.. simpang nak ke bahau tu..
dekat dengan speedmart yang agak dikenali sebagai
kedai jimat gak dan ramai orang datang beli barang
kat sini termasuk la saya suke beli kat sini jugak..
bangunan ni betul2 sebelah rumah anak yatim tu..
sape duk kawasan ni memang taula rumah anak yatim
tu kan.. sebelum sampai ke teratak zaaba..
belakang bangunan kedai ni ada taman perumahan
tapi saya tak pasan lah nama taman tu ape...

kalau ada rasa sakit2 pergi la klinik tu..
sebut je nama saya nanti dapat diskaun haha..
eh takde2.. kang marah boss pulak sukati
nak bagi diskaun.. service ok harga murah2 je..

ada anak nak bersunat lelaki atau perempuan 
pon boleh buat kat sini.. kalau anak lelaki
abang saya la buat biasanya masa cuti sekolah..
Cuti sekolah haritu dah start dah bersunat..
guna clamp lagi tu.. kalau baby perempuan
akak saya pon boleh buat.. senang maaa...

nak tanya pape wasap no saya ni..
jangan call pulak memang tak kan 
angkat la yeh.. 0168880684 atiah..





1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

batu kikir jambatan bosi... lama dah tak menyinggah balik batu kikir nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...