Friday, November 9

"Tuhan ada tak??.... Tak adaa! "




Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir
 bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya
 tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi
kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada
 seorang budak yang pintar bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Ha amek kau.. ajar lagi benda bukan2.. kan dah kene balik!
kopipes dari FB

19 comments:

Unknown said...

patut dia bagi penampak kat cikgu dia pastu tanya..sakit tak? sakit.. nampak tak sakit tu? tak kan.. so sakit tu tak ada..

lepas tu tampar sampai keluar buih kat mulut cikgu tu..

hahaha...

- AZIE - said...

pandai murid tue...cikgu kena tukr sekolah pas nie

MizzTina said...

hahaha..tak de wotak punya org..

Ena's Stories said...

Haaa...mmg patut dia kn balik!

are_lin@yu said...

hehehe padan muka..haha

Semut Senyum said...

itu lah cikgu... pandai sangat, dah kene sekolah dgn anak murid kasi lebih pandai. heheheh..

nice story

Qhaifa Nur said...

dlm ramai2 ada yang tersangat bijak...bahaya cikgu ni bleh terpengaruh dgn kata-katanya....

Unknown said...

hahahahaha... gelak guling2.. tu laa... matlamat memang tak menghalalkan cara.. :D

eMMe said...

amin leh jadi cikgu pas ni..suh cikgu tu resign, hehehe...

Miss N™ said...

fadan muke dengan cikgu tu..hahahaha..

Anonymous said...

he he bagus2

puan.mila said...

haha..lawak! Pdn muka cikgu!

Cikrosecute said...

memang elok cikgu tue kena dengan murid yg pintar tue...

Arina Shamsul said...

hahahaha..kita tengok sapa yang kena~

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hahahaha padan muka cegu tu

lelamaisara said...

hamik ko...terkena balik.....

dya nasir said...

kan dh kene sebijik..haha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

haha..dia dah kene balik.. :-)
Jom join segmen saya..

RIZZNA said...

Sengal btul cikgu tu. Tkde pegangan kot.
Ajarlah ank2 kita mengenal Allah agr tk sesat nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...