Bukan Blog Kamu: Tips dapat follower blog yang ramai

Wednesday, June 11

Tips dapat follower blog yang ramai



Follower blog ni bukan lah satu kemestian yang harus
dipentingkan dalam dunia blogging ni ya.. bagi saya
follower ni adalah satu bonus untuk sesebuah blog...
blogger baru mesti teruja nak tambah follower
supaya nampak gah dan rasa popular bila follower ramai..

Pendapat saya dari pengalaman yang sudah 6 tahun dalam
dunia blog ni rasanya blog popular tak semestinya ramai
follower, dan tak semestinya blog yang kurang follower tu
blognya tak bagus.. bagusnya blog tu apabila tuan punya 
blog yang rajin update, tahu hot spot  pembaca dan trafik
yang tinggi dan yang penting pembaca setia..

dapat soalan cenggini? tiba2 rasa nak 
buat entry untuk jawabkan hehe

memang ada kaedah nak tambahkan follower blog ni sebenarnya..
ok saya share apa yang saya tau dan tambah sikit info dari 
sumber lain.. boleh jugak saya pratikkan juga nanti kalau rajin hihi..

TIPS PERTAMA
Langkah pertama senang je.. follow je blogger2 lain yang aktif
terutamanya ya.. jangan follow blog yang update setahun sekali
haha.. kalau anda follow mesti beliau follow balik tahun depan..
ok gurau2 haha.. itu tandanya orang tu dah tak aktif dalam blog..
follow lah dengan ikhlas tanpa harapkan balasan,, kalau blogger tu
tak follow balik jangan la unfollow pulak.. alaaa tak best la gitu..

TIPS KEDUA
Terjah la blogger2 popular... nak tau siapa goggle aje ramai 
yang bagitau nanti siapa... blogger popular ni ramai orang komen
kan? ha follow la mereka yang suka komen2 tu.. sebab biasanya
mereka ni blogger tegar yang aktif dalam dunia blog..

TIPS KETIGA
Jangan amalkan "HI PLEASE FOLLOW ME BACK"
sebab biasanya kalau anda buat gitu anda jarang difollow balik
haha tak caya cube buat.. anda buat gitu pada 100 blogger
mungkin yang follow balik ada la 5 orang kot?

TIPS KEEMPAT
Cuba cari blog yang follower nya sikit.. anda follow je
dan kebanyakkannya akan follow anda balik.. kalau anda
follow blog yang dah ramai follower ni mungkin agak lambat
atau tak follow terus anda sebab biasanya tak berapa nak 
heran sangat kot dengan follower yang penting update blog!

TIPS KELIMA
Kalau ada masa, join la segmen ke, contest ke GA ke
sebab blogger2 yang rajin join program gini biasanya 
blogger yang aktif.. berkenalan lah dengan mereka
dan dari situ anda akan dapat kawan blogger yang baru..
bukan semata2 nak follower aje ya.. berkawan biar 1000
orang kata.. banyak kawan banyak lah pengalaman...

Ok sekian tips blogging untuk harini.. harap dapat membantu
kepada yang bertanya tu.. yang penting sekali blog ni musti
sentiasa update.. lagi2 blogger baru.. blogger tua2 ni takpe..
hehe tak update pun blog sentiasa ada pembaca masuk.
trafik maintain gitu. blog aktif nuffnang pun sayang woo!

selamat mencobaaa.... tata... 






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

2 2 ORANG KATA:

Hafizin Jamil said...

biasanya yang point last tu dapat efek banyak. hihi

farhanafarid14 said...

Thumbs up for the tips ! Thanks 😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...