Thursday, June 12

KHAS BUAT WANITA : SENARAI PERSEDIAAN UNTUK BULAN RAMADHAN

Dah nak masuk bulan Ramadhan kita...
amacam? sudah bersedia dari segala hal?
meh saya share kan list untuk perancangan sebelum
Ramadhan ni... info ni dapat dari wasap grup..tenkiu!

Perancangan pra-ramadhan

a) Sediakan pakaian hari raya dan pemberian hari raya mulai sekarang. 
Lakukannya sebelum ramadhan tiba. Jangan lengah walaupun seminit 
bagi membuat persiapan pakaian yg akan dipakai pada hari raya. 
Membeli belah hadiah2 hari raya anda mulai sekarang dan 
bungkus serta labelkannya utk hari raya anda

b) Rancang menu ramadhan anda sekarang. Beli semua 
keperluan dan simpan bahan kering yg diperlukan utk memasak. 
ini akan menjimatkan masa, tenaga, dan wang anda. Sediakan dan
 bekukan daging dan doh roti 15 hari sebelum ramadhan. 
Masak dan bekukan kari daging utk kegunaan hari2 awal ramadhan.

c) Fahami rutin harian anda, terutama waktu di mana tenaga anda 
paling tinggi dan paling rendah dan juga waktu sibuk anda 
seperti membantu suami dan melayani anak-anak. Optimakan waktu
 di mana tenaga anda paling tinggi (selalunya selepas subuh) dengan 
membaca alquran. Latihlah diri untuk tidak tidur selepas subuh 
supaya ia telah terbiasa apabila ramadhan tiba. Fikirkan apa aktiviti
 yang boleh dilakukan ketika tenaga anda mula menurun

d) Susunkan doa2 anda. Kumpul dan tandakan doa2 yang ingin anda
 mohon ketika ramadhan. Kumpulkan kesemua doa tersebut dan 
cetaknya pada sehelai kertas. Tandakan doa2 yang ingin anda baca
 selepas selesainya solat, sebelum berbuka puasa, selepas taraweh 
dan dalam tahajjud. Asingkan dan labelkan setiap salinan doa2 
tersebut mengikut waktu yang anda telah tetapkan tadi. Mulalah 
menghafal beberapa doa sekarang. Senaraikan nama mereka yang
 ingin anda doakan spt kawan2 lama, suadara mara dan sbgainya.
 Sentiasa letakkan senarai doa anda di sebelah sejadah supaya anda
 tidak malas membacanya apabila anda berasa sangat letih.

e) Tingkatkan stamina anda. Makanlah dengan sedikit mulai 
sekarang. Latihlah diri untuk sedikit lapar setiap hari. Bersenamlah 
untuk tingkatkan stamina. Dengan panjangnya waktu berpuasa, 
kerenah anak2 dan menguruskan rumahtangga seorang diri,
 darah akan mudah naik apabila perut kosong. Maka, latihlah agar
 kemarahan anda dapat dikawal dalam keadaan perut kosong.

f) Senaraikan target ramadhan anda. Buat satu target yang realistik
 mengenai berapa banyak bacaan alquran anda. Contohnya, jika anda
 target untuk khatam sejuz sehari, maka bahagikan bacaan tersebut
 kepada 4 waktu. Mulalah dgn membacanya sebelum subuh dan berakhir
 pada waktu asar atau sebelum solat maghrib. Berzikirlah ketika waktu
 anda "melakuan apa sahaja kerja" seperti ketika bersiap utk bekerja, 
memandu, memasak, membersih dan mengemas. Makanlah menu yang 
ringan ketika berbuka supaya dapat mendirikan taraweh dgn sempurna.

Latih tubi 1 bulan yang sangat istimewa dan penuh barakah..
...mudah2an jd amalan sepanjang tahun... Insyallah...


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...