Tuesday, June 24

KISAH SEBENAR DI SEBALIK PENDERITAAN PUAN LOLA DAN ADIK OKU




Artikel yang menarik untuk dibaca dan ada mesej 
yang baik cuba disampaikan walaupun........
sila baca sampai habis.. ada rahsia di sebalik rahsia




Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa 
diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus 
Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat 
bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap 
dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar
 mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia 
"dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat 
fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada 
kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda 
dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar,
 TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior
 dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan 
menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu
 adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam 
dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain
 hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita,
 generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan 
Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang 
merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik 
Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus
 walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...

Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat
 tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus,
 dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...
Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. 
Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor
 berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela 
Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan
 Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung
 belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun
 ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana 
Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive".
 Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..
Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan 
motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah 
dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang 
kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. 
Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual
 tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput
 kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 
sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin 
hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola,
 kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang
 lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan 
Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 
6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang
 masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. 
Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime"
 untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad
 kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta
 sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga
 adik Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali 
memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang
 masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus
 yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan....
 Moga Allah pertemukan mereka semula dengan
 secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu 
sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang 
digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga 
keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat
 permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik 
Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun 
calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih
 sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun 
ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas
 Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu 
adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk 
mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas 
perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu 
kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau 
membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu 
dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci 
terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. 
Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu 
NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan 
berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... 
Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan 
pahala diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan 
dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu.
 Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke,
 kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. 
Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan 
agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada 

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad,
 but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang 
bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran
 diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,

PENDAPAT SAYA SENDIRI................. :

saya berjaya habiskan cerita ni... ya memang tak dinafikan
sumpah seranah maki hamun kepada yang bersalah memang
lah tidak wajar takut apa yang dikutuk dan dimaki berbalik 
semula kepada kita... oh hai takutnya! Nauzubillah...
tetapi... walau apa pun alasannya itu ini begitu begini
macam tak boleh diterima dek akal je anak itu dibiarkan
terkurung, kebuluran, kekotoran, comot dan tak terurus...

macam anak yang tak terbela.. walhal dari segi fizikal dan
luaran ibunya dan anak sorang lagi nampak lebih bagus
rapi, bersih dan berisi lagi... kalau tak mampu sangat nak
pakaikan baju si anak.. takkan mandikan anak pun tak mampu...
takkan dibiarkan di dalam bilik yang kotor dan tak terurus...
amat beza dan ketara sekali keadaan sebelum ni adik firdaus tu..
hmm... susah la nak terima alasan ni... memang susah..
tahlah... moga dengan tersebarnya berita ni akan merubah hidup
ibu dan anaknya sekeluarga.. Insyallah sekiannnn......

5 comments:

Unknown said...

Thanks...sy juga ade ikuti berita adik firdaus ni..dan nilah blog yg sy baca pertama skali mengatakan hal di sebalik dr apa yg digembar gemburkan. Tidak dinafikan semua menyalahkan si ibu dan sy terpikir mana si ayah.sama2 kn bertanggungjawab.. mohon share ye

shamyheart said...

Moga dapat pembelaan sewajarnya

lupekanje said...

Alhamdulillah. Cakap banyak tak guna kalu kita sendiripun tak buat apa untuk membantu. Dalam setiap yang berlaku di sekeliling kita ada hikmah di sebaliknya. Tidakkah ianya mengetuk hati kita utk lebih prihatin kepada masyarakat sekeliling, selain dari hanya mengetuk hati untuk mengutuk sipesalah? Biarlah Allah yg menilai salah siibu..atau siapa pun yg salah itu. Kita jgn msukkan nama kita sebagai pesalah juga di akherat kelak. Astaghfirullahal A'zim.

Mimie said...

Entahlah tak tahu mana betul.mana yg salah...sy lbih ambik pendekatan tengok dan lihat..xbrni nak slhkan mana mana pihak sbb tkut jtuh fitnah..apa yg sy mampu doakan yg terbaik buat adik firdaus..

Cikgu Abah said...

saya berjaya baca artikel tu sampai habis..

namun perasaan dan persepsi saya tidak berubah tetap sama..

saya tidak mengutuk ibu tersebut tetapi kekal merasakan perbuatan itu tidak berperikemanusiaan..

jika kita miskin..kita tetap akn utamakn anak2..bila lapar sam-sama lapar..dan sepatutnya..jika ada makanan..anak dulu makan..tak berbaju sama-sama tak berbaju..tak mandi sama-sama tak mandi..bergelumang dengan kekotoran sama-sama..

namun adakah keadaan ibu sama seperti anaknya sekarang...sy tak nak komen...cuma lihat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...