Artikel yang menarik untuk dibaca dan ada mesej
yang baik cuba disampaikan walaupun........
sila baca sampai habis.. ada rahsia di sebalik rahsia
Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa
diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus
Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat
bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap
dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar
mahupun Facebook friends list anda..
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia
"dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat
fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,
saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada
kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda
dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar,
TV mahupun post di Facebook....
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior
dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan
menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu
adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam
dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain
hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita,
generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan
Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang
merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik
Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus
walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...
Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat
tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus,
dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...
Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi.
Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor
berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela
Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan
Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung
belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun
( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana
Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive".
Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..
Masya Allah besar ujian keluarga ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan
motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah
dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang
kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong.
Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual
tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput
kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5
sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin
hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola,
kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang
lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan
Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama
6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang
masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali.
Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime"
untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad
kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta
sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga
adik Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali
memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang
masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus
yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan....
Moga Allah pertemukan mereka semula dengan
secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu
sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang
digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga
keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat
permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik
Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun
calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih
sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun
ibunya sakit dan tidak mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas
Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu
adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk
mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas
perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu
kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau
membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu
dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci
terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah.
Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu
NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan
berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai...
Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan
pahala diakhirat berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan
dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu.
Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke,
kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu.
Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan
agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad,
but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang
bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran
diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
PENDAPAT SAYA SENDIRI................. :
saya berjaya habiskan cerita ni... ya memang tak dinafikan
sumpah seranah maki hamun kepada yang bersalah memang
lah tidak wajar takut apa yang dikutuk dan dimaki berbalik
semula kepada kita... oh hai takutnya! Nauzubillah...
tetapi... walau apa pun alasannya itu ini begitu begini
macam tak boleh diterima dek akal je anak itu dibiarkan
terkurung, kebuluran, kekotoran, comot dan tak terurus...
macam anak yang tak terbela.. walhal dari segi fizikal dan
luaran ibunya dan anak sorang lagi nampak lebih bagus
rapi, bersih dan berisi lagi... kalau tak mampu sangat nak
pakaikan baju si anak.. takkan mandikan anak pun tak mampu...
takkan dibiarkan di dalam bilik yang kotor dan tak terurus...
amat beza dan ketara sekali keadaan sebelum ni adik firdaus tu..
hmm... susah la nak terima alasan ni... memang susah..
tahlah... moga dengan tersebarnya berita ni akan merubah hidup
ibu dan anaknya sekeluarga.. Insyallah sekiannnn......