Monday, January 30
Pengorbanan seorang isteri... HEBAT!!!!
Friday, January 20
bercuti seminggu di cuti raya cina
BAHAYA : Jangan sanjung manusia terlebih sudah
Thursday, January 19
selamat ulangtahun bert amey yang ke.......
Budak kecil memang senang nampak hantu - siri 2
ingat lagi tak saya pernah reka cerita dulu
di mana kisah budak kecik iaitu anak buah saya la
nampak sesuatu di depan kereta kami...
kalo belom pernah baca cerita tu sila baca SINI
saya nak reka cerita lagi ni korang-korang sume.. hehee
seram neh nak cerita pasal budak yang sama nampak lagi..
tapi lebih tragik lagi dari cerita yang sebelum ni woooo...
kalo takot sila baca sampai habeh.. kalau berani sangat
tengok la sampai bawah ape cerita pasal budak tu lagi hi hi hi
kisah ini dicerita semula oleh adik ipar saya
kerana beliau ada di tempat kejadian...
waktu itu jam 5 pagi.. budak kecil itu merengek2
dan meminta ibu saudaranya kebetulan tidur sebelah beliau
untuk membuatkan susu.. budak itu berusia 2 tahun
dan sangat pandai bercakap walopon kadang2 ada yang tak paham..
dengan mengantuknya ibu saudara itu merangkap adik ipar saya
pun membuatkan susu untuk budak kecik itu di dapur..
budak kecik itu tidak lah baring di pembaringan..
malah mengikut makciknya itu juga ke dapur..
suasana agak suram dan malap lagi kerna tak semua
lampu di buka.. subuh pun belum masuk lagi nampaknya..
sedang enak makciknya itu membuatkan susu..
tiba2 budak kecik itu memanggil makciknya dan bersuara...
"makda.. makda.. ANTUUU ANTUUU"
sambil menunjukkan ke arah bumbung dapur di bahagian
yang agak gelap disitu.. tapi dia tak nanges plak.. slumberrrr jer...
ape lagiiiiiii.......menjeritlah makciknya!!!
dengan pantas membuat susu itu dan terus dibawanya ke bilik...
perghh... makcik itu memang cuak gileee laaaa...
kalo saya pun mesti cuakkk gilaaa hehehehe...
nak tau kenapa...?? budak kecik ni memang dah kenal hantu..
sebabnya ape? terlampau banyak sangat cite hantu kat tivi kan?
setiap kali kalo ade hantu yang muncul.. mesti budak ni akan cakap...
"eeeeeee... ANTUUUUU ANTUUUUUU"
maka termaktublah budak ni memang dah kenal rupa hantu ni cemana..
hmm boleh jadi jugalah beliau memang nampak hantu di bumbung itu,.
perghh.. saya yang cerita ni pon naik bulu ghomeeee wooo....
rase ade hantu tengah bace entry saya ni jugak ahahhahahhaha...
Wednesday, January 18
Hasil lukisan encik amey
Wordless Wednesday #Family day@melaka2011
Tuesday, January 17
Steramyx kini di rumah.. PERCUMA!!!
kalau nak saun pun agak2 la woih..
Monday, January 16
Shahrol dalam kumpulan SHIRO @Raja Lawak 6
10 perangai pengguna facebook tegar
Amaran.. ini hanya untuk pengguna facebook..
Bukan untuk pengguna mface, myspace mahupun friendster...
Apa benda biasanya dibuat oleh pengguna pesbuk
Terhadap akaun pesbuk beliau sama ada satu, dua atau lapan..
1) Tengok notification yang bepuluh-puluh mana mungkin tade kene ngene
ngan hidup kita seperti invitation game, application serta
event yang mengarut..
2) Mereply semula jika mungkin komen-komen kita dibalas semula atau
paling tidak pun tekan LIKE sahaja tanda amik hati atau memang suke....
3) Tengok fren request sama ada berminat nak approve atau biarkan
mereka yang merikues itu hilang tanpa bayangan lagi kerana merajuk..
4) Mengusha sape punya birthday dan mengucapkan HB pun jadilah kat wall
yang sedang gembira mengira berapa post yang beliau dapat ucapan..
5) Mengusha HOME untuk menengok apekemenda yang sudah terapdet
oleh frenlist mahupun page yang telah dijoin dalam hidupnya...
6) Mengomen dan mengelaik jika berminat.. tak kurang jugak yang
bergosip pasal kerjaya, keluarga, artis mahupun negara...
kadang2 komentar itu penuh emosi atau berunsur nasihat
ataupun cuba buat lawak bajet ahli-ahli raja lawak 6..
7) Mengusha gambar2 untuk dipuji atau dikutuk ataupun mencuci mata
sebab banyak gambar gadis-gadis cun dan seksi yang rela menayang..
8) Buat status mengikut citarasa masing-masing.. ada orang suke buat status
tentang hidup beliau samada dengan keluarga, kerjaya mahupun kekasih...
ada juga yang status baik berunsur nasihat, dalil, ataupun ceramah agama..
tak kurang juga status lokasi.. suka bagitau beliau dimana sahaja... supaya
kawan2 atau musuh tau beliau dimana supaya senang nak cari...
9) Mengusha profile frenlist yang disukai untuk ditontoni seperti kekasih,
kawan baik, orang yang diminati, keluarga, bekas kekasih dan tak
kurang jugak orang yang paling dibenci untuk mengetahui ape citer
terbaru daripada mereka sama ada ingin memuji, mengeji
mahupun menggelakkan mereka..
10) Bukak pesbuk hanya untuk bermain game, ajak orang lain jugak
main game, chatting sane sini, ngorat sane sini, add tah sesape
asalkan ada mutual fren, menyamar menjadi makhluk asing
atau menjadi stalker ..
Biar ape pun yang anda buat pada facebook itu terpulanglah..
Jangan salahkan ibu mengandung jika anda diremove oleh sesiapa
Akibat perbuatan anda mengepost benda2 lucah, mengepost status selang
dua minit ataupun menghantar spam ke dalam inbox atau berniaga
Secara tipu-tipuan untuk mengaut keuntungan....
entry ini hanya untuk suka2.. ape yang dicoret tu kebanyakkannya
saya gak yang buat... hehe.. selain daripada menjadi pemerhati kepada
pengguna lainnya.. hehe ampun mahap dipinta jika terasa...
moralopdestori : saya nyesal pakai timeline.. tersangat lah serabut
dah macam blog pun ader hehehehe....