Amaran.. ini hanya untuk pengguna facebook..
Bukan untuk pengguna mface, myspace mahupun friendster...
Apa benda biasanya dibuat oleh pengguna pesbuk
Terhadap akaun pesbuk beliau sama ada satu, dua atau lapan..
1) Tengok notification yang bepuluh-puluh mana mungkin tade kene ngene
ngan hidup kita seperti invitation game, application serta
event yang mengarut..
2) Mereply semula jika mungkin komen-komen kita dibalas semula atau
paling tidak pun tekan LIKE sahaja tanda amik hati atau memang suke....
3) Tengok fren request sama ada berminat nak approve atau biarkan
mereka yang merikues itu hilang tanpa bayangan lagi kerana merajuk..
4) Mengusha sape punya birthday dan mengucapkan HB pun jadilah kat wall
yang sedang gembira mengira berapa post yang beliau dapat ucapan..
5) Mengusha HOME untuk menengok apekemenda yang sudah terapdet
oleh frenlist mahupun page yang telah dijoin dalam hidupnya...
6) Mengomen dan mengelaik jika berminat.. tak kurang jugak yang
bergosip pasal kerjaya, keluarga, artis mahupun negara...
kadang2 komentar itu penuh emosi atau berunsur nasihat
ataupun cuba buat lawak bajet ahli-ahli raja lawak 6..
7) Mengusha gambar2 untuk dipuji atau dikutuk ataupun mencuci mata
sebab banyak gambar gadis-gadis cun dan seksi yang rela menayang..
8) Buat status mengikut citarasa masing-masing.. ada orang suke buat status
tentang hidup beliau samada dengan keluarga, kerjaya mahupun kekasih...
ada juga yang status baik berunsur nasihat, dalil, ataupun ceramah agama..
tak kurang juga status lokasi.. suka bagitau beliau dimana sahaja... supaya
kawan2 atau musuh tau beliau dimana supaya senang nak cari...
9) Mengusha profile frenlist yang disukai untuk ditontoni seperti kekasih,
kawan baik, orang yang diminati, keluarga, bekas kekasih dan tak
kurang jugak orang yang paling dibenci untuk mengetahui ape citer
terbaru daripada mereka sama ada ingin memuji, mengeji
mahupun menggelakkan mereka..
10) Bukak pesbuk hanya untuk bermain game, ajak orang lain jugak
main game, chatting sane sini, ngorat sane sini, add tah sesape
asalkan ada mutual fren, menyamar menjadi makhluk asing
atau menjadi stalker ..
Biar ape pun yang anda buat pada facebook itu terpulanglah..
Jangan salahkan ibu mengandung jika anda diremove oleh sesiapa
Akibat perbuatan anda mengepost benda2 lucah, mengepost status selang
dua minit ataupun menghantar spam ke dalam inbox atau berniaga
Secara tipu-tipuan untuk mengaut keuntungan....
entry ini hanya untuk suka2.. ape yang dicoret tu kebanyakkannya
saya gak yang buat... hehe.. selain daripada menjadi pemerhati kepada
pengguna lainnya.. hehe ampun mahap dipinta jika terasa...
moralopdestori : saya nyesal pakai timeline.. tersangat lah serabut
dah macam blog pun ader hehehehe....
2 comments:
hehehe... ada yang buat ada y tak...skodeng selalu...
nasib tak pernah guna timeline.kalau tak habis laa..jenuh kank..heee, okayy..agak sentap dgn entri ni ;p
jemput singgah ;)
LATEST ENTRY: Updated : Jalan-Jalan Cari Pasal
Post a Comment