Bukan Blog Kamu: Tiga Pesawat TUDM Akan Berlepas Ke Mesir 12 Tengah Hari Ini

Wednesday, February 2

Tiga Pesawat TUDM Akan Berlepas Ke Mesir 12 Tengah Hari Ini



KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.



Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.



"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.



Katanya kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.



"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.


sambung lagi di BERNAMA



Alahai sian nengok kakak saya ader sorang anak kat sane..

mak sedara saya ader 2 org anak kat sane...

dan seluruh keluarga yang ader anak2 tengah belajar kat sane...

dah lost contact.. saper tak risau...

moga korang semua selamat... harap dapat pulang segera!!!!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

2 2 ORANG KATA:

SYAFIQAH / S said...

alhamdullilah :)

andy said...

semoga mereka tak apa,. hopefully mereka baik2 saje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...