Monday, May 23

Gambar sebelum kejadian tanah runtuh



salam takziah buat semua mangsa dan keluarga mangsa
kejadian tanah runtuh...sangat2 menyayat hati...


kejadian sabtu lepas...
(baru terhegeh2 nak apdet)
folo dan terus folo berita ni...
nak on9 tadapat plak...


lagi sedih bila tengok gambar kat bawah ni..
gambar sebelum kejadian..
alahai yang kecik2 tu.. comel!...


kredit gambar ni amik kat pesbuk



kisah dah tau...
mangsa pun dah tau...
buat semua mangsa yang sudah kembali...
ALFATIHAH buat semua mangsa..
semoga roh kalian dicucuri rahmat...
aminn....


sumber berita dari BERNAMA

Semua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat semalam, yang sedang dirawat di hospital, berada dalam keadaan stabil, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Beliau berkata enam mangsa kejadian di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas (bencana) manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak diselamatkan semalam.


"Tiga di ICU kini stabil, dua lagi yang berumur 13 dan 33 tahun terpaksa dipotong kaki kerana kecederaan teruk manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala," katanya.


Bercakap kepada pemberita selepas melawat mereka di Hospital Ampang di sini beliau berkata, semua mereka berumur antara sembilan dan 33 tahun.


Sementara itu semasa merujuk kepada kesukaran wartawan mendapat maklumat tepat mengenai tragedi terutamanya ketika berlaku bencana dalam skala besar, Rosnah berkata keadaan itu berlaku disebabkan keadaan yang kelam-kabut susulan kejadian.


"Pihak hospital terpaksa menumpukan perhatian dalam merawat pesakit sehingga tidak mempunyai masa untuk menyalurkan maklumat kepada wartawan," katanya dan menambah perkara itu akan diperbetulkan supaya media mendapat maklumat tepat untuk disalurkan kepada orang ramai.


Kejadian tanah runtuh kira-kira pukul 2.30 petang semalam itu sehingga kini mengorbankan 16 nyawa.


Seorang mangsa yang terselamat, Mohd Alauddin Shafie, 14, yang ditemui di wad khas hospital itu semasa bercerita mengenai kejadian itu berkata ia berlaku dengan pantas, semasa dia bersama tiga lagi rakannya sedang menyusun kerusi di bawah khemah berhampiran rumah itu.


"Saya tengah susun kerusi, dan sedang mencari lagi rakan untuk membantu semasa saya nampak tanah dari lereng bukit jatuh menghala ke arah saya. Saya cuba berpusing tetapi pintu berhampiran tak boleh dibuka, tiba-tiba saya dihempap kerusi dan papan putih mengakibatkan tangan kiri patah," katanya.

sambungan di BERNAMA

2 comments:

Hanis Azla said...

rasa sebak sgt tgk gambar pelajar2 tu.. semoga roh mereka yg telah pergi tenang di sana..

BERT said...

aminn yer hanis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...