Tuesday, July 2

WAHAI PENIAGA ONLINE.... TOLONG BACA SINI...


Kita berniaga dengan manusia.. kita penjual dan mereka pelanggan..
Apabila kita pulak yang membeli automatik kita akan jadi pelanggan..
Tatkala kita jadi pelanggan kita nak semuanya yang terbaik kan?..
perkhidmatan, produk, harga dan cara layanan yang diberi..

Bila beli barang murah, tapi kita dilayan macam sampah..
mesti kita rasa serik nak beli lagi kan? 
Tapi bila kita beli barang mahal, dilayan macam 'raja'..
harga yang mahal pun tak terasa sangat mahalnya..
begitulah sebaliknya... ada paham??

Rata-rata peniaga online sekarang ni guna FB untuk berniaga..
memang sangat mudah dan marketingnya sangat berkesan..
selain daripada blog dan website turut juga membantu kan..

Dalam masa yang sama... ada peniaga online ni 
menggunakan FB untuk meluahkan rasa segala2nya..
kalau yang baik dan positif tu baguslah.. seronok je bila baca..
takde masalah sebenarnya nak luah rasa tu..tapi berpada-padalah 
kalau nak meluahkan rasa tak puas hati, kecewa, dan geram tu
di FB dan pelanggan tu sendiri yang baca.. mesti la terasa kan?

"oo aku dah beli barang kau.. tapi kau kutuk aku balik"
kata hati pelanggan yang sedih dengan peniaga itu..
Apa perasaan kita sendiri bila kita beli barang atau perkhidmatan
dan kita pulak yang dikutuknya.. sakit hatikan?

kalau rasa tak tahan dengan karenah pelanggan toksah berniaga la..
memang kerenah pelanggan ni macam2 ada.. kalau yang tak banyak
ragam takdela masalah.. kalau jumpa pelanggan yang cerewet?
nak atau tidak kita kene la layan dia sehabis baik..

sakit hati, geram dan kecewa tu tak payah la pamirkan kat umum..
simpan sorang2 sudah.. kalau tak tahan pun, cerita dengan teman ajela..
jangan jaja kat umum.. elok2 ada pelanggan minat dengan barang kita,
alih2 bila baca di wallnya asyik merungut dengan pelanggan terus tak jadi beli..

Cerita sedih ini bila saya sendiri jadi pelanggan.. dan sedih dengan peniaga2 itu
yang merungut dengan saya yang banyak ragam ni hahaha... yang sakit hatinya
bila kita yang baca.. pelanggan ni rezeki kita... kita kutuk pelanggan maknanya
kita kutuk la rezeki yang datang tu.. betul tak?

Jadi bila saya sendiri jadi peniaga online..biar ape pun pelanggan yang datang
saya cuba buat sehabis baik.. kita layan kan aje ape yang mereka nak..
setakat ni takde yang banyak ragam.. semua pelanggan saya baik2 belaka..
apabila kita mudahkan dan buat mereka gembira, Insyallah Allah mudahkan..
rezeki nak datang pun mudah takde la tersekat-sekat.. 
kita berusaha yang tentukan rezeki hanya DIA.. sekarang ni terserahlah...

Jangan bersedih dan merungut geram dengan pelanggan...
mereka datang dan mereka akan pergi.. mereka datang lagi bila mereka
rasakan kita peniaga terbaik untuk mereka... 


Seterusnya, kita lihat pula etika perniagaan Islam secara ringkas, 
mudah-mudahan boleh dijadikan panduan untuk kita semua. 
InsyaAllah. Islam telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diikuti
 oleh para peniaga atau usahawan Islam, di antaranya :

1. Peniaga perlu mengelak dari berniaga benda haram.
2. Peniaga perlu mengelak dari berlaku permusuhan atau pergaduhan.
3. Peniaga perlu mengelak dari bersikap sombong.
4. Peniaga perlu mengelak dari menjual barang yang tidak ada atau penipuan.
5. Peniaga perlu elak dari bersumpah bohong untuk menyakinkan pembeli.
6. Peniaga perlu mengelak dari perbuatan khianat.

Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu 
terdapat dalam arena perniagaan. Justeru, apabila kita menceburkan diri
 dalam dunia perniagaan, kita perlu mematuhi etika perniagaan Islam.

*nasihat untuk diri sendiri jugak agar tak terlajak dan sentiasa beringat*

3 comments:

baizura said...

sokong sangat entry nie...pastu bising rezeki tak sangkut.... camne rezeki nak datang asyik merungut aje...
Lapang-lapng singgah laa blog kite yeaa http://warneewarnii.blogspot.com/

neorise said...

berhemah itu bagus


Assalamualaikum tuan/puan,
KOPI KEMUDIK, SUSU KAMBING, KOPI NANDUK/BIO-ASLI, TANAH LOT
Assalamualaikum tuan/puan,
Mohon pasarkan Kopi KEMUDIK .
Penghantaran melalui pos.
Pembayaran secara bank-in atau cek.
Kopi KEMUDIK
Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/Sik Kedah Berhad
5 dalam 1

( Gula Halus , Krimer Bukan Tenusu , Kopi Segera , Habbatus Sauda , Fiber )

Kebaikan Fiber / Serat :

memudahkan proses pencernaan , memperbaiki pembiakan mikroflora yang baik , mengekalkan kesihatan saluran dalaman tubuh dan membantu mengurangkan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan tubuh, khususnya organ dalaman.

Kebaikan Habbatus Sauda :

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

RM 20 for 20 sachets

Postage cost : RM 10
Total cost : 30

To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com

Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/2013/05/kopi-kemudik.html
http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/

SUSU KAMBING / KOPI SUSU KAMBING / GOAT MILK / GOAT MILK COFFEE
RM 22 for 20 sachets

Postage cost : RM 8
Total cost : 30
To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com

Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/susu-kambing-kopi-susu-kambinggoat-milk.html

Kopi Nanduk GOLD
http://www.bio-asli.com/?id=neorise
www.bioasli.com/?id=neorise
www.tvbioasli.com/?ref=neorise
www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/kopi-nanduk-gold.html

TANAH LOT
Assalamualaikum tuan/puan,
Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah
Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
Sesuai untuk tapak rumah dan bangunan
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html

http://kemudikberhad.blogspot.com/2012/10/koperasi-permodalan-melayu-wilayah.html
http://kelasenglishdewasakorporatveteran.blogspot.com/

Paishgraphic said...

that true , attitude !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...