Friday, May 17

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI DALAM PANTANG


1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari
tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian
dengan merebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri.
 Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun
ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa
daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan
air suam untuk mandian isteri (bagi yang takde water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas
 solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda… Kalau boleh,
tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan
 yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..
Pasti isteri anda rasa amat dihargai…

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda
masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan
 baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah
 isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya
 dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia.
Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah
ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan.
Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga
anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan
bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan
 seperti makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh,
berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala,
bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk elak boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa
 yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil
 untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan
televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas.
Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian itu.
Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan
 harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan
menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri
 tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh
 dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan
oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri.
Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan.
Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa
 sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah.
Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun
 menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya
 memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah
 masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Share dan tag pasangan anda. :)



2 comments:

Miss N™ said...

Nice tips.. :)

Unknown said...

Tips2 yg penting untuk menjaga isteri ketika berpantang

1. 0530 suami bersiap2 untuk pergi kerja.

2. 0600 suami begerak pergi bekerja.

3. 0630 suami masuk baris untuk mula bekerja sampai jam 1800 tidak balik rumah untuk makan tengahari.

4. 1800 suami bersiap untuk pulang kerja.

5. 1830 suami sampai rumah n bg suami res dan main2 dengan anak serta membantu si isteri menguruskan anak dalam segala hal dan ingatkan suami solat maghrib.

6. 2000 suami masuk tidur selepas solat isyak.

7. 0100 anak tak tidur atau perlukan suami kejutkan suami dengan lembut dengan memberikan salam. Kejut samp bangun. Si suami akan buat kerja rumah membasuh dan menjemur baju atau mengemas rumah sampai jam 0500 pg dan terus laksana rutin harian bekerja.

Mohon para isteri boleh terima jadual waktu suami yg bekerja awal mcm tu. Kalau sabtu ahad biasanya akan menguruskan hal2 rumah pergi beli ikan atau mengemas rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...