Tuesday, April 2

Tips Penjagaan Laptop



Laptop masih digunakan lagi meskipun banyak gadget2 terbaru 
 di pasaran.. tapi kalo tak dijaga dengan baik, nanti mudah rosak.. 
aper kater anda cuba tips ni.. mana tau laptop anda boleh bertahan lama. 
nak beli bukannya sepoh hengget.. beribu2 harganya... so, ikut tips ni.. 
mudah2an laptop anda bertahan lama..

1. Bateri - Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan
 menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus
 sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan
 keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak
menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan
 terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita
tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari
 yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.


4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.


5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection
(tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan 
mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.


6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

sumber : dapat dari email





4 comments:

Qhaifa Nur said...

kalau dijaga dengan elok panjang hayatnya ya tak...

Anonymous said...

tq gd share ni

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

good sharing bert

Miss N™ said...

apa2 benda kalau pandai jaga mesti tahan lamakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...