Wednesday, January 26

Asal Usul Perkataan Celebrate

Semasa British menjejak kaki ke Johor,

sebuah kampung sedang mengadakan pesta keramaian

bagi meraikan hari keputeraan ketua kampung yang ke 59.

Pegawai British yang sedang mengkaji adat budaya

orang melayu ini pun pergilah hadir ke majlis tersebut.


Semasa majlis sedang berlangsung ada 3 orang pemuda

yang 3 suku akalnya (mereng) telah membuat kacau di majlis tersebut

dengan mengadakan tarian separuh bogel di hadapan ketua kampung.

Pegawai British yang baru tiba terkejut dengan suasana huru-hara

sambil menjerit-jerit (macam parti omputih).


Lalu pegawai British itu bertanya kepada salah seorang penduduk

" Apa yang mereka lakukan?(slang omputih)".

Orang itu mempedulikan pertanyaan omputih

tetapi berkata pada dirinya sendiri

" Selebet betul la mamat-mamat 3 suku ni,

rosak majlis ni...heee...heeee...slebet betul."


Maka tahulah omputih itu bahawa

majlis keramaian macam itu dipanggil selebet.

Lalu di'slang'kan omputih jadilah celebrate.

Sebab itulah bila omputih selebret je apa-apa,

mesti ada tarian separuh bugil.



Heheheh aper macam.. boleh pakai tak citer nih…hihiih



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...