Wednesday, January 26

Asal Perkataan Ayam

jom layan cerita zaman purba hehehe


Ketika Parameswara menobatkan pemerintahaannya di Melaka,

berjalan-jalanlah beliau sambil memerhati keadaan sekeliling

kampung untuk bertanya khabar dengan orang-orang kampung.


Semasa beliau berjalan-jalan ternampaklah beberapa ekor ayam

lalu tanyalah parameswara kepada pengiringnya

" Kalao disini, binatang seperti burung itu dipanggil appa?".


Pengiring itu tidak tahu kerana berasal

dari negara yang sama dengan parameswara.

Ketika mereka terpinga-pinga untuk mencari jawapannya,

maka lalulah seorang budak yang sedang membawa kuih

yang dikirim maknya untuk dihantar ke rumah jiran.


Lalu parameswara bertanya

"Hoi Budak..binatang seperti burung tu kalau disini dipanggil appa?".

Budak itu berkata "Kejap tuanku saya ada hal ni".

Budak itu pun terus mengetuk pintu rumah jirannya.


Parameswara bengang dengan kelakuan budak itu

kemudian bertanya buat kali kedua

"Hoi aku tanya ni. Apa nama binatang itu?".


Budak itu ketakutan sambil menjerit

" Makcik Yam..ooo makcik Yam, ni mak hantar kuih ni.

Cepat sikit, tuanku ada depan umah makcik Yam ni."
Parameswara masih belum puas hati,

kali ini tempiknya sangat kuat

"APA NAMA KAU CAKAP TADI?"


Budak itu terkejut sambil melatah

" mmmaakkcik Yammm...yam..".

Puaslah hati parameswara kerana sudah tahu namanya.

Binatang itu dipanggil makcik yam sehinggalah baginda mangkat.


Kemudian ditukarkan ke Ayam kerana makcik Yam telah

mengemukakan saman malu terhadap budak tersebut.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...