Seawal setahun bila anak saya dah tumbuh gigi saya
dah mula ajar anak berus gigi... tak semudah yang disangka..
mula2 memang la susah.. kita suakan berus gigi dia buat
gigit2 pulak.. dapat berus bahagian depan pun dah ok..
sebab gigi belakang pun tak tumbuh lagi masa tu...
Tak dinafikan lagi mula2 memang la nangis tak suka..
tapi bila dilatih setiap hari maka dia dah tau.. tiap kali
mandi mesti kene berus gigi.. bila usia dia dah mencecah
2 tahun lebih kini dah takde masalah nak gosok gigi..
tambahan pulak gigi beliau dah penuh satu mulut tu.. hihi..
Bila dia tak gosok gigi tak cantik giginya...
kadang2 ada sisa makanan.. sisa makan coklat...
jadi maknye mesti jugak gosok gigi dia setiap hari..
walaupun kadang2 ada masa2 terlupa jugak...
meh saya sharekan Tips ajar anak berus gigi...
info ni saya dapat dari Pa Ma yaaaa....
1. AJAR ANAK CARA YANG BETUL
* Gunakan berus gigi yang betul kena dengan usianya...
berus yang lembut dan pemegangnya besar..
macam saya pilih berus gigi untuk anak boleh tengok
pada label tu ada bagitau usia yang sesuai untuk berus tu..
Pilih ubat gigi yang diformulasikan tanpa florida
untuk gigi susu tanpa gula. Contoh yang saya pilih
ubat gigi kodomo lion.. Perisa buah-buahan yang wangi
serta berus gigi yang berwarna-warni dengan gambar watak
animasi kesukazxannya akan memberikan keseronokan
dan keterujaan mereka untuk memberus gigi setiap hari...
2. BERI KEBEBASAN MEMILIH
Bagi kebebasan mereka untuk memilih berus gigi dan
ubat gigi pilihan mereka sendiri.. dan ajar anak untuk
meletakkan sendiri ubat gigi pada berus giginya...
Selain tu.. sebagai galakkan letakkan berus dan ubat gigi
mereka ke dalam bekas yang comel dan mudah mereka capai..
3. BERUS BERSAMA-SAMA
Jadikan rutin berus gigi bersama-sama... Kalau tak sempat
pagi boleh cuba sebelah malam sebelum tidur..
4. BAWA BERJUMPA DOKTOR GIGI
Biasanya anak2 ni lebih mudah mendengar nasihat orang
asing dari ibubapa sendiri.. bawa anak anda jumpa doktor gigi..
Biasanya, doktor akan menerangkan pada si manja anda
status gigi mereka dan memberi nasihat yang berguna...
bawalah berjumpa doktor sekurangnya 6 bulan sekali..
5. CIPTAKAN LAGU ISTIMEWA
Ciptakan lagu berirama ceria yang berkaitan dengan langkah demi
langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya
mudah. Contoh :“Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat,
gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat.
Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”.
Ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih seronok!!
ok tu saja nak share.. moga bermanfaat untuk anda.. sekian..