Cerita dongeng rakyat ini aku curi-curi dengar masa orang
tua berbicara kat kedai kopi. Orang kate tak elok nyampok
orang tua nyembang.... tapi aku dengar jer, sumpah tak
pernah nyampuk pun mase diorang bercanda. Sambil
minum air kosong suam+limau+sikit gule=limau suam.
Telinga dipasang sebagai alat untuk mendengar.
Cerita ni memang patut kamu dengar tau! Cerita penuh teladan
yang patut dicontohi kepada manusia-manusia poyo macam
firaun serta konco-konconyer yang mati tertelan air laut merah....
Pada zaman selepas dinosor, saiz binatang2 makin mengecil dan
terbantut kerana kekurangan sumber vitamin dan supplement
seperti Shaklee, Jus Tok Guru dan Susu Hi-Goat. Oleh kerana
ade binatang-binatang lemah dan kuat maka keangkuhan
semakin menular dalam kalangan makhluk yang terer
contohnya macam si ARNAB (jantan) ARNABIAH (betina)
sama naik je 'attitude' kedua-dua gender binatang ni. Hal ini
diperasani oleh sang kura-kura yang dianggap binatang
bangsat dan mempunyai kasta yang rendah.
Sebelum ini sang kura-kura sering menangis kerana asyik diherdik
oleh rakan-rakan yang lain seperti labah-labah, keldai, tenggiling,
dan tuntung...Yang peliknya kura-kura ngan tuntung tu same
jenis tapi kenapa tuntung pun gelak dan mencaci sang kura-kura
tu...Tak sedar diri dan tak sedar diuntung la tuntung ni.
Maka, sang kura-kura pun membuat anjakan paradigma dengan
inisiatif untuk memajukan diri dengan memberi cadangan
mase mesyuarat agong tahunan JKKK untuk melantik
ketua kampung baru di tempat beliau.
Pelbagai cadangan telah diajukan oleh haiwan-haiwan yang
datang ke mesyuarat tersebut termasuklah cubaan nak buat
lawak basi iaitu cadangan ditutup sedangkan upacara
mesyuarat tak habis lagi (lawak arrr??)... Binatang kurang
pandai memang macam tu pun. Malas nak layan.
Ade yang ajak lawan batu seremban! ade ke patut.
Cadangan tersebut dibangkang oleh ikan sekeras-kerasnya.
Ade yang terlebih bijak pulak bagi cadangan main catur
@ dam aji, dah ramai plak yang tak tau main
(cume kuda je yang tau) dan ade gak yang gatal mulut
ajak lawan rumah berhias dan ade gak suruh buat
pilihan raya umum. To make it worst,sang beruang
mencadangkan lawan tido paling lamer, hmmm..semua
binatang bengang dan tak setuju dengan beruang tersebut..
Setelah beberapa jam mereka bermesyuarat maka
dengan rasa egois , Si ARNAB pun lantang bersuara.
"Tuan Pengerusi (Encik Gajah), saya mencadangkan kita
adakan perlawanan lumba lari. setuju tak! sape
menang kita lantik jadi ketua. amacam set??".
Lantaran itu, sang kura-kura yang cuwak dengan idea si
ARNAB pun membantah lalu menyampuk
"Objection your honour! Agak-agak la tuan pengerusi,
walaupun saya ni berkaki banyak tak semestinya
saya boleh berlari laju. confirm kalah punye!
kite buat undian ape macam kawan-kawan??"
Pendapat sang kura-kura langsung tidak mendapat layanan
daripada rakan-rakannya, maklum le kura-kura takde SPM
la kata kan! To make it worst sekali lagi, semua binatang lain
telah menarik diri. Kura-kura tak tahu yang sebelum ni si ARNAB
dah sogok rasuah di mana setiap binatang telah mendapat
sekeping biskut OREO dan sepeket Nescafe 3 in one.
Sang kura-kura akur dengan keputusan mesyuarat dan AJK
tertinggi telah bersetuju dengan cadangan si ARNAB. Tarikh
perlumbaan akan diadakan pada 4 sep 1984 (bersamaan
tarikh lahir penulis) dan masanya ialah selepas sembahyang
sunnat Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1431 masihi.
Perlawanan tersebut telah disertai hanya sang kura-kura
dan si ARNAB jer.....tak adilnye! berat sebelah yang nyata.
binatang punya binatang. common la... sesudah selesainya
solat tersebut, maka perlumbaan pun di adakan.
Crganisasi yang ditubuhkan adalah;
Encik Gajah - Peniup Wisel Mula
Encik Beruk - Marshall
Encik Tiger - AJK Makanan
Encik Kanggaru - Peniup Wisel Penamat
Encik Cipan - Pencari Track Lumba
Wisel mula telah bergema.... lalu si ARNAB dengan pantasnya
berlari tanpa melihat kiri dan kanan sebab track tersebut
memang lurus tapi hanya pada permulaannya jer, pastu banyak
jugak simpang siur nyer. Memang hebat Encik Cipan menyediakan
prasarana bagi pertandingan ni. Sambung balik cerita tadi,
Arnab sampai terpijak cenkerang sang kura-kura semasa
nak starting berlari tadi. Walaupun tak sakit tapi tu namenye
kurang ajar, disgusting tau tak! tetiba penulis plak yang emo.
Sang kura-kura plak dah tau kurang laju kenapa sewaktu
wisel mula ditiup baru la terhegeh-hegeh nak lekat
nombor penyertaan. Ni yang cepat jer aku nak marah!!
Tapi sebenarnye aku misunderstanding. Sebenarnya tu hanyalah
psikologi sang kura-kura untuk membiarkan si ARNAB
yang eksen tu berlari sehingga dia alpha bahawa tenaga
yang digunakan terlalu banyak sehingga ianya pancit.
Bijak betul sang kura-kura, sungguh tak disangka-sangka.
Tapi kura-kura tu lembab, semua pembaca risaukan
kura-kura jer. Dah asyik nak pikir jer bila nak berlarinyer....
pembaca tak nak kura-kura kalah dan hanya berangan
saje macam mat jenin. betul tak pembaca!??!!
Setelah si ARNAB telah jauh meninggalkan pesaingnya dengan
begitu jauh, bak saujana mata memandang... kura-kura yang
berkonsepkan pelan-pelan kayuh baru jer nak memulakan larian.
walaupun tak laju tapi kura-kura ni maintain jer, tak
penatkah kura-kura itu? bentak hati penulis.
Kita pegi plak kepada larian si ARNAB, dia ni terlupe nak
breakfast pagi tadi. Oleh disebabkan itu jugak la dia pun mula
pancit dan ngantuk... Setibanya di satu simpang selekoh maut
si ARNAB yang keletihan berhenti dan berehat. Dia tidak kisah sangat
tentang kura-kura kerana dia budget dia ialah johan menunggu.
Lebih-lebih lagi dalam kotak pemikirannya tertulis "ala kura-kura
jauh lagi, esok kot baru sampai kat garisan penamat...ciutciutciut"
ketawa si ARNAB dengan angkuhnya. dengan beralaskan kotak megi
'sedappp' dia pun tidur dengan nyenyaknya... siap berdengkor plak tu,
sampai sang cengkerik pun tak senang nak menyanyi.
Sang kura-kura yang maintain meneruskan langkahnya, dan
setibanya di selekoh maut tersebut, dia terpandang si arnab yang
nyenyak berdengkur sambil kakinya mengelap air liur mencurah
di pipi, kura-kura menghampiri si arnab lalu menyelimutkan
si arnab dengan daun keladi untuk tujuan menambahkan
lagi frequenci kenyenyakkan si arnab.
Melalui tindakan luar kawal, si arnab menarik daun keladi tersebut
rapat ke dadanya bagai manusia menarik selimut tika hujan
renyai-renyai menyimbah atap rumahnya. Perlakuan si arnab itu
menambahkan lagi keyakinan kura-kura bahawa si arnab kompom
akan tido sampai pagi esok dan dia dapat menghabiskan
perlumbaan dengan tenang dan penuh konpiden.
Akhirnya, kura-kura sampai ke garisan penamat dengan gayanya
yang macho sambil tengkoknya dikalungkan dengan kalungan bunga
yang direnjis air mawar. Mereka semua rakyat jelata meraikan
kemenangan kura-kura dengan gilang gemilang sambil meminum
air kelapa muda dan makan buah betik madu. Kedengaran juga
bunyi letupan biji getah dan buah letup umpama letupan
mercun seludup di malam aidilfitri.
Masuk hari ke dua keraian ,kehilatan si arnab sampai di garisan
penamat dengan rasa bangga dan menganggap dia telah memenangi
pertandingan tersebut. Tetapi kehairanan terpancar di raut wajah
si arnab apabila dia ternampak kura-kura dijulang oleh dua ekor babi
atau dengan name manjanya iaitu baby pink sambil melaungkan
kemenangan dan bersorak-sorak mengejek si arnab.
Tapi yang menjadi pembaca plak pelik kenapa binatang haram
tu turut terlibat, adakah cerita ni versi dongeng cina kot! Oleh itu,
dengan rasa malu dan terhina, si arnab lantas melarikan diri ke
dalam hutan sekuat hatinya dan tidak kembali lagi ke kampung
halaman sehingga ke hari ini. Sebab itulah kita lihat pada masa ini,
si arnab tidak ada lagi di dalam hutan, sebaliknya dia tinggal
di rumah-rumah manusia dan dipelihara oleh manusia disebabkan
dia sudah hilang skil untuk tinggal dan mencari makan di hutan...
sekian....
Moral daripada cerita ni adalah jangan memandang kaum
yang lemah dengan pandangan saujana mata memandang ok..
selain itu jugak, jangan sesekali sentuh benda haram,
dosa tau!.selamat beramal...
tata...blub..blub..blubb
sumber cerita : Kisah ini ditulis dan ditokok tambah oleh
seorang penulis yang suka berimaginasi tinggi...
saya copy semula dari blog beliau untuk dipublishkan
semula... penulis yang saya maksudkan ialah
suami saya sendiri haha lama dah dia tak tulis blog..
ada lagi cerita dari beliau nanti saya post lagi.. tungguu!
No comments:
Post a Comment