Monday, October 28

Satu perjalanan yang panjang....

pinjam gambar dari adik ipar... tak sempat betul nak snap gambar baby..

Bulan lepas kami dapat cucu... bulan ni kami dapat anak buah baru..
tahniah buat abang suami saya dengan kelahiran baby girl 22 oct yang lalu..
Jumaat lepas terus ke subang nak tengok baby... tiyut miyut si 
Nur Damia Syaza (camtu tak silap ejaan nama dia)....

Sabtu saya ke nilai jumpa mak dan kakak saya yang baru balik dari
Padang, Indonesia jalan bercuti kat sana... ok jeleess tak dapat ikot huhu..
takpelah dapat ole2 dari sana pun kira ok la ye tak.. tq tq tq acikk...

Lepas nilai ke bangi pulak.. oh yang tu tak melawat sedara..
tapi shopping kat situ sebentar sambil makan2... lepas makan,
ikut jalan dalam singgah di putrajaya melawat adik ipar di Pr 9...
makan lagi sampai kembung perot... dah makan ke subang balik..
niat di hati nak balik sabtu malam ke perak... tapi apakan daya..
letihnya berjalan ke sana ke mari macam nak  pengsan dah...

rehat dulu ok.. pagi ahad kami terus balik perak... tidur dalam sejam
bangun balik dan sesiap menuju ke ipoh sebab ada game bowling...
lawan antara sekolah sarjana, mrsm parit, mrsm pasir salak & sabda,
ha nanti2 boleh update pasal game 4 penjuru tu ya kalau teringat hehe..

maka harini rasa cam nak pengsan lagi letih yang amat2....
tapi kene masuk kerja petang nanti la kot.. nak buat tempahan coklat
untuk minggu ini...oklah harap semuanya baik2 aja ini hari...
sekian..mahu berehat sebentar sebelum meneruskan misi untuk hari ni..

Friday, October 25

Sekarang ni sesiapa sahaja boleh dibunuh.....




Seorang pegawai bank ditembak dari jarak dekat dengan pum gun
 di kepala. Pagi-pagi mesti dia pergi kerja sama seperti isteri-isteri 
orang lain juga. Mencari secupak rezeki dengan kerjaya yang tidak 
berbahaya sepatutnya. Siapa tahu, beliau mati ditembak dalam satu
 rompakan. Motifnya rompakan dan ia rambang. Isteri saya jika ada di
 tempat itu maka yang ditembak itu akan jadi isteri saya.

Mungkin sedang kita memandu van menghantar air mineral, 
boleh kita dilanggar dan ditikam berkali-kali sampai mati dengan
 motif rambang.  Jika saya yang dilanggar ketika itu, 
maka saya juga yang akan ditikam.

Ia boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Hari ini kita cool kerana 
yang ditembak itu isteri orang lain yang kita tak kenal. 
Yang kena tikam pun bukan orang yang rapat dengan kita. 

Jangan tunggu perkara itu jadi pada kita baru kita nak 
berdiri berkokok mengajak orang berjuang sama. 

Now, everyone can get murdered!

Semalam, jiran sebelah kita laksana HUDUD. 

Saya tak perlu habiskan ayat.......  - SAIFUL NANG

*sekadar memanjangkan luahan rasa apa yang saya rasa setuju....
jenayah di mana-mana... dah memang tak aman kan..?
siapa cakap Malaysia ni aman saya nak marah.. boleh?.... :(

Tuesday, October 22

Happy Birthday Isaac Nawfal!!



Lambat lah mak ko ni update..dah lewat seminggu dah ni ha....
dah seminggu budak tonet ini berumur setahun jagung..
ni pun curi masa kejap sebelum sambung buat tempahan minggu ini...

moga jadi anak yang soleh, bijaksanesini, sihat walepiyat dan terus
membesar bagai johan.. mummy n daddy sentiasa doakan yang terbaik
untuk anak bujang sorang ni yang sentiasa menggeletek hati kami...

setahun kejap je dah berlalu... dari bayi kini bergelar budak..
baru melangkah 2,3 tapak... masih belum berjalan penuh lagi...
esok ada checkup setahun dan cucuk sekali..siapla ko nopall.. hihi..

sedikit sedutan sambutan besday nopal comel-comelan..
masa hari kejadian kedai tutup so takde nak beli kek bagai...
sambut sekali dengan adik bongsu suami yang sambut besday sekali..
lokasi di rumah MIL yang dekat aje dengan rumah hehe...



ok sekian cerita hari jadi budak setahun jagung...


Monday, October 21

Seronok kan bila jadi tokey....??


jadi tokey besar memang la seronok... goyang kaki duit masuk hari2..
itu kalau cerita pasal  tokey besar.. untung besar... syarikat besar..
tapi bermula dari kecik... tokey kecik..  untung kecik.. syarikat kecik..

tokey kecik pun boleh untung besar walaupun syarikat kecik... kan?
janji kene rajin usaha dan tak boleh putus asa walau ape pun terjadi..

saya dapat gelaran baru... semenjak jual coklat handmade ni,
kawan-kawan yang berurusan atau jadi pelanggan saya panggil saya tokey..
tokey kecik aje.. saya la tokey... saya la kuli... so jadi la TOKLI...  haha..

semenjak jadi tokey ni... blog kecintaan ini pun agak sikit terabai...
setiap hari dan waktu saya bekerja... surirumah berniaga macam nilah kan..
nak cerita pun malas... paham kot ye? hehe... 

Bermula Oktober ni sampai la Disember nanti tokey akan sibuk...
biasalah cuti2  sekolah nak mula ni.. orang kawen.. orang tunang...
baby nak aqiqah.. sambut besday lagi... campur anniversary bagai..
ramai yang berminat nak tempah coklat... minat jugak?
meh pm tokey kat pesbuk.. hehe atau email chocobert84@gmail.com


Tuesday, October 8

Seronok kan bila dapat naik pangkat??





hai mesti la seronok kan.. kalau naik pangkat ke jawatan lebih tinggi
dah tentu gaji naik bertingkek-tingkek he he.. dan jgn lupa tanggungjawab
pun bertingkek-tingkek... tapi  saya naik pangkat ape pulak?
mana ada suri rumah naik pangkat?? ishhhh adeee ape pulak takdeee...
tengok bawah ni.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

taraaaaaaa.......


yeayyy ini dia... lahir sudah cucu saya yang pertama...
pertama mestila eksaitet kan hehe... maka saya naik la pangkat menjadi
nenek kepada cucu saya ni bila anak buah saya melahirkan
baby girl wan nur raudhah pada 27 september yang lepas hehe...
anak buah panggil saya maktam makanya kalau gitu
nenda campur maktam jadiklah nentam... haha... tak sedap langsong!!

ok tu je nak cerita... sekian kisah hari selasa....

Monday, October 7

Malaysia memang luar biasa kan?

Luar biasa negara ini
Kehilangan senjata berguni-guni
Ketua Polis Negara amat meyakini
Senjata hilang dilautan dalam sukar diselami


Luar biasa negara ini
Amalan rasuah dijadikan seni
Cedok sana cedok sini
Kalau boleh sampai ke perut bumi



Luar biasa negara ini
Rakyat bawahan dianggap kuli
Pak Menteri kerjanya suka membuli
Sapu duit sampai Bertroli-troli...



Luar biasa negara ini
Anak Menteri minum todi
Pak Menteri tokey Judi
Ini semua salah Machai Bangang Abadi



Luar biasa negara ini
ada menteri takut bini
Tapi dengan K-pop sayang sekali
Kalau boleh nk jemput lagi...



Luar biasa Negara ini
Mempunyai rakyat berstatus machai abadi
Fikirannya serupa orang mabuk Todi
Elok tadah dahi bagi gerudi



Luar biasa negara ini
Amalan membazir dianggap mini
Semuanya untuk keuntungan kroni
Apatah lagi kalau bukan untuk Bini...



Luar biasa negara ini 
Bila harga minyak dinaikkan lagi
Dibilang cuma kurangkan subsidi
Disuruh diam disogok BR1M dua kali



Luar biasa negara ini
Bila BR1M diberi heboh sana sini
Jumlahnya boleh dihitung dengan jari
Bila tiba PRU diminta balas Budi..

#pesbukopipes

Sunday, October 6

Kebaikan Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin


1. Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan,
 bukan isteri sahaja malah suami juga. Kehadiran suami di sisi
isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri.
 Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain
.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang
ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang
 isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila
 melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha
 memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak,
 bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan,
boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi
 dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai
 keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga
kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang
ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang

ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita. - sumber




Cara Menanam Uri Anak


SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!

Antara tanggungjawab penting suami perlu
tahu dan pelajari ialah menanam uri.


Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah
 teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan
 dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh.
Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.
Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut
 pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu
 yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan
 diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh
menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 


Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah.
 Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa
yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam
dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan
cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik
 bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti
plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar
dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang,
yang mungkin akan menggali uri ini nanti. Letak dalam
 kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan
 dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat
 semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat.
Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan
tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang
 boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut
 perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak
dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan
dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana
orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki
membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku,
pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat. - sumber


Saturday, October 5

Penjagaan Diri Selepas Bersalin


Cara Tidur Selepas Melahirkan
1) Tidur dengan bantal tinggi : Supaya darah kotor tidak naik
 ke kepala dan menjauhkan diri dari sakit kepala.

2) Kaki rapat dan lurus : Ini untuk menjaga supaya peranakan
cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula,
 begitu juga luka selepas melahirkan akan cepat sembuh.

Pakaian Selepas Melahirkan
1) Pakaian tebal baju panas lengan panjang : Memakai baju tebal
supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh
 mengakibatkan sakit tulang-tulang di usia tua.

2) Bersetokin : Supaya kaki sentiasa panas dan angin sejuk
 yang boleh merosakkan kesihatan tidak akan masuk ke badan.

Dandanan Rambut
1) Diikat ketat dan tinggi : Supaya angin meroyan tidak naik
ke kepala, jika tidak dijaga ibu-ibu boleh mendapat
 penyakit gila dan mata cepat rabun.

2) Sapu minyak zaitun - Untuk menyegarkan kulit kepala dan
 menghilangkan rasa pening selepas bersalin.




Petua Melegakan Batuk Bayi / Kanak-Kanak Berkahak



a. Selepas mandi pastikan ubun-ubun dikeringkan.

b. Ambil asam gelugor dan tenyeh-tenyeh ke tapak
tangan bersama sedikit kapur makan.

c. Sapu di dada bayi atau kanak-kanak yang batuk.

d. Sapu minyak bawang di dada bayi atau kanak-kanak. 
Cara membuat minyak bawang : Potong kecil2 bawang merah 
dan campurkan dengan minyak masak.


Sumber: ensaiklopedia petua melayu lama



Friday, October 4

APABILA KOS HIDUP KITA MENINGKAT......KITA?


laporan audit negara? benci tau tak!!
tak marah kita bincang keh.. 

golongan marhaen semakin terhimpit dengan dunia pancaroba ini...
yang bekerja tetap mula mencari pendapatan sampingan...
untuk teruskan hidup... yang kaya tak apalah kan...

orang kapir kan ni??.. lagi bagus kepala otak dia kan? malu sungguh!

bila baca laporan audit negara yang menyakitkan hati tu...
alahai.... sesedap rasa je ko bazir2kan duit rakyat ye?
sentap hati mak neh ko bazir2 dengan benda tak berfaedah...
bila pembangkang bagi idea nak bantu rakyat dengan
pendidikan percuma... tol, minyak turun dan ape lagi ntah ko cakap ape...?


negara akan bankrup kan... yang ko bazir camni ape pulak..?
bayar kat kpop tu sampai 1.6juta tu ape cite.. dulu tak ngaku
kata ada badan swasta yang taja.. ni dah kantoi acaner pulak..
ok dah emo pulak dah... sabar bert..sabar... grrr....


bengang betul manusia yang suka bazir2kan duit neh...
duit kerajaan datangnya dari rakyat ye.. jangan tak tau pulak..
baik bagi kat orang yang memerlukan.. lagi banyak pekdah kan?

tak payah banyak cakap la bert..sekarang ni sama2 kita tanggung..
minyak naik... dan segala macamnya naik boleh naik minyak rasanya!
bebel2 pun tak guna..hidup mesti terus ye tak?... bukan ada penyelesaian pun
bebel2 kat sini... macam cakap dengan dinding je.. bebel pastu pantul balik..


Terkejut tengok earning nuffnang.....


blog pun dah mula ada malas nak update.....
makcik bizi nakkkk...  blog coklat lagi lambat update...
bizi sangat dengan duniawi.... padat dengan kehidupan...

tapi dengan bantuan entry2 hal perihal kehamilan dan kebabyan..
maka terselamat lah sikit untuk mementenkan statistik sehari..

dah cashout nuffnnag dan dah dapat ceknya tak silap bulan 3 atau 4 dulu...
dah lame tak cek nuffnang... bila cek... aik... cepat jugak naik...
walupun x byk.. tapi dah boleh cashout balik duit nuffnang ni hihi...
kalau dulu nak  naikk sepoh hengget pun berchentaaa tunggunye...
takpelah kita tabung2 dulu.. kot2 sesak nanti bolehla cashout lagi...
 saya akhiri dengan ucapan terima kasih banyak2....





Thursday, October 3

Bila Nawfal Sakit...............

tu bukan wajah sakit tapi over excited pulak dia haha....

nawfal si tonet ni memang jarang sakit.. boleh dikira kot...
seumur hidup dia yang hampir setahun ni rasanya dia cuma
pernah demam 2 kali dan 3 kali datang selsema...

kejadian 2 hari lepas.... dia muntah-muntah...
masa pertama kali dia muntah ingat muak biasa je sebab muntah susu..
atau mungkin dia tercekik ape2 yang buat dia muntah...

kendian, bawak dia bawah mak mentua saya...
kat sana lagi banyak pulak dia muntah... ish pelik ni!
dari muntah susu dia sampai muntah air je... banyak pulak tu..

lam hati tu dah cuak dah.. pesal lak ni.. apemendde dia makan?
takut sangat dia makan benda bukan2 sebab dia memang suka
kutip ape2 je yang dia berkenan masuk dalam mulut....
sebab tu kene selalu tengok dia.. takut dia makan benda bukan2...

pegi KK kat sini hanya ada M.A aje bah..
cuma dia cakap tengok dulu, kalau teruk baru bawak pegi spital..
contohnya demam ke, muntah kronik ke, pengsan ke...
sebab budak muntah ni perkara biasa je kata si M.A tu...
maka balik semula ke rumah... dia pulak tertidur lembik nampaknye..
tapi terjaga balik.. mungkin badannya tak selesa...

nangis je dia sebab muntah2.. MIL saya pun sapu minyak lepas tu
urut2 perut dia.. dalam 10-15 minit gitu dia pun tercirit..
beserta muntah pakej sekali la dalam sakit dia tuh...

lepas basuh ciritan beliau maka beliau pun tenang...
sehingga la malam lalu tidur macam takde ape pun berlaku...

kesimpulannya saya rasa, dia tak berak rasanya tak silap dah 2 ari kot..
lepas tu tengok perutnye kembung semacam... makan dan susu lagi..
tapi takde pembuangan.. buncit la perut... bila beliau dah melakukan 
ciritan beliau tidak lagi muntah, perut pun dah kempis dan tak nangis lagi...

esoknya sihat walepiyat  dan aktif macam selalu...
Alhamdulillah lega makcik nakk... he he he he he...

lapyu la nopal.. pegi berak la nak oi...
bikin hati cuak dan gundah gulana aje mak ko neh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...