1. Waktu
Terbaik Melakukan Hubungan Seksual:
Adalah
penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui
tentang
masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu
pada
waktu wanita subur (masa pengeluaran telur atau ovulasi).
Sekiranya
anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi
lebih baik berbanding selepas ovulasi.
2.
Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:
Tidak
ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan
berapa
kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.
Ada
wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada
juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.
Bagaimanapun yang
paling penting ialah “berapa kerap” anda
melakukan hubungan
pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda
melakukan hubungan banyak
kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri)
subur, potensi
untuk
mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3.
Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa
ketika seorang
wanita mencapai orgasme yakni klimaks semasa
hubungan kelamin,
akan membentuk suasana alkaline pada vagina
yang mana sperma
suka
keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda
mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau
sesaat sesudah
pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma
untuk
selamat sampai di servik – rahim – lebih
tinggi.
4. Posisi
Hubungan Seksual:
Posisi
suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil.
Letakkan
sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga
Pinggul
anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama
15
minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama.
Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke
dalam rahim.
Jangan menggunakan bantal yang besar dan
terlalu tinggi, kerana ia
akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang
rahim sahaja dan ini
akan menyukarkannya untuk berenang dan
bergabung dengan sel telur,
yang
akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
5. Jangan
Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:
Tidak
ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak
selepas hubungan akan meningkatkan potensi
untuk hamil. Sebenarnya
sperma
sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi.
Namun
adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma
berenang ke servik seperti yang diterangkan
sebelumnya. Anda juga
diingatkan
agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan
pembersih vagina setelah melakukan hubungan
seksual kerana
cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic
untuk sperma.
6. Buat
Para Suami:
Para
suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang
terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana
ia akan menurunkan
kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan
kawasan testis
7. Relaks:
Setiap
pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam
menghadapi apa jua stress atau tekanan. Ini
kerana tekanan terhadap
sesuatu
masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga
Kesihatan Anda:
Menjaga
kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh
anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa
wanita yang sihat
akan
lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan
yang berlebihan atau kurang.
NOTA: Petua ini diharapkan dapat membantu anda
untuk
meningkatkan
kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30%
sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan
telur di dalam rahim
akan
berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal
walaupun
anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus
menunggu
dan mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya
sehingga
1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting
untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor
pakar untuk
dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang
terbaik.
Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama