Tuesday, December 20

mahukan keluarga bahagia??? psstttt.....




untuk pasangan yang sedang membina keluarga macam saya...

marilah sama-sama kita mempelajari tips manalah tau

jika keluarga anda sedang bergolak mungkin boleh diguna pakai...

terima kasih pada pengirim email saya juga dikenali sebagai spam hoho..




1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,

keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.


2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada

di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.


3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa

mahu berseronok dengan isteri.


4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan

suaminya berada di rumah bersama-samanya.


5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika

untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.


6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni

dan tenang dalam rumah tangga.


7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali

kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.


8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri

mengandung dan melahirkan anak.


9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu

dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar !

dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin

suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).


10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana

sekiranya rumah tangga menghadapi masalah,

ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.


11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada

dunia luar berbanding keluarga sendiri.


12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,

seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau

terlibatt dengan jualan langsung.


13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan,

layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.


14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya

berbanding apabila keluar rumah.


15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.


16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu,

tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.


17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.

Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.


18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.

Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas,

isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,

manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu

sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.


19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan

sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.


20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan

kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang

sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.


21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan

jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan,

pelajaran dan tempat percutian.


22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat

berjemaah bersama-sama ahli keluarga merapatkan

hubungan dan kemesraan.


23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal

atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan

membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.


SELAMAT MENCOBA BERSAMA-SAMA


2 comments:

Unknown said...

:) bagus ni

aamalinaazman said...

waaaa
bagussnyeee
persediaaan utk sy yg bakal berkhwin
hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...