Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu
semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna
kuning
disebabkan
bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik
(susu bahagian
hadapan payudara ibu) dan hindmik
(susu dari payudara belakang ibu).
Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia
Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia
menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara
tidak betul
(yang dihisap oleh bayi hanya foremik).
Keadaan ini berlaku kerana
pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi
kerap menghisap
susu
bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai
kandungan gula dan laktosa tetapi rendah
lemak. Hal ini
menyebabkan
bayi cepat lapar semula dan susu bahagian
belakang
yang mengandungi banyak lemak akan dihisap
selepas foremik habis, sedangkan hindmik
bahagian
belakang inilah yang menjadikan najis berwarna
kuning.
Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini
Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini
mungkin
datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap
semasa
proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak,
maka najis akan berwarna hitam dan berlaku
selama sehari atau 2 hari.
Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi
sendiri, kemungkinan
lain
adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus.
Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan
pemeriksaan doktor.
Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera
Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera
mendapatkan
pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan
terdapat
gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.
Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik,
Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik,
kemudian
sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan
mungkin
juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu
sepenuhnya
berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.
Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya
Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya
pada minggu keempat dan kelima yang pertama.
Biasanya dalam
sehari
bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap
susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang
najisnya bahkan
ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang
ini adalah normal
jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.
2 comments:
aahh.. cm anak buah..kerap gax buang air besar :) lam sehari ^^
Doktor pernah bgtahu Nur, penyakit org tua pun boleh dikesan memalui najis...
Post a Comment