Saturday, December 31

Percaya padaku....



Rasenya ni lagu baru.. kalo dah lama pun tak la lama sangat..

Egois tanak ngaku kadang-kadang ada jugak lagu sedap dari seberang..

Kononnya pernah buat pengakuan bajet mutlak…

“takkan suka dengan lagu-lagu dari seberang.. sebab lagu2 kita

Orang Malaysia pun sedap-sedap jugee!!”


Tapi tu dulu… zaman lagu-lagu dulu yang masih sedap..

Tapi zaman makin berubah.. selera pun ikot berubah…

Lagu-lagu dari Malaysia ni tak macam dulu sedapnya kan??

Tak berhantu macam dulu.. dengar 2,3 kali pastu terus muak kan..

Bila karok nyanyi lagu lama.. bila dalam kereta dengar lagu lama..

Tak tau la bila nak muaknya…


Ada satu lagu seberang yang baru saya nak suka

Dan mungkin dah basi pada orang lain kot hahaa..

Ha lagu ni.. percaya padaku dari Ungu.. boleh la layannnn….

Dah muak besok tukar lagu lain plak hehehehehe…





Friday, December 30

kalau sudah jodoh tidak akan kemana....30.12.2011


30 december 2011.. genaplah 8 bulan kami menikah

Bukan di sempadan tapi di tepi masjid dalam dewan

Batu Kikir Negeri Sembilan lepas asar..


Jika sudah jodoh takde la pegi kemana-mana…

Bercenta bagai nak rak bertahun-tahun tapi jika dia bukan jodoh kita

Takkan jadi juga.. tapi jika berkawan dan bergaduh sekalipun

Jika beliau jodoh kita akhirnya akan sampai juga tanpa halangan lagi…


Pernah suatu saat dimana perbualan saya dengan cik asven…

“Andai manusia tahu jodoh mereka.. tak perlu la susah2 nak cari kan..

Kalau ayang tau abang ni jodoh ayang, rasa nak aje berkenalan, berkawan

Bercenta dan berkawen sejak bayi lagi… haha boleh centu bang??”

Kita tahu dia jodoh kita, kita bercinta dan terus kawen tanpa prejudis lagi..

Tak perlu buang masa, tenaga, wang hengget pada boipren atau gelpren

Yang bukan jodoh kita itu…buang masa kan?


Cinta monyet vs cinta sejati.. pernah saya dengar segmen radio

Mempersoalkan tentang cinta monyet hingga ke jinjang perkahwinan…

Ramai yang telepon bercerita tentang pengalaman

Berkawen dengan cinta monyetnya.. biasanya cinta monyet ni cinta

Dari sekolah la kan tak kira sekolah rendah mahupun menengah…


Saya ramai jugak kawan atau kenalan yang berkahwin dengan

Cinta monyetnya.. sangat kagum woo… bercinta dari sekolah

Sampaila ke jinjang pelamin.. paling hebat dari sekolah rendah lagi…

Dah jodoh kan?? Takkan kemana jua..


Pernah satu ketika saya berbahas dengan cik asven tentang segmen ni..

“dasyat kan diorang.. bercenta dari sekolah pastu boleh kawen..

Tak muak ke diorang tu berkawan?? Dah jodoh kan hehe”

“ish tipu je kot.. ala benda boleh reka-reka..kalau camtu abang pun

Boleh gak tepon radio kata saya dah berkawen dengan cinta hati

Saya sejak tadika lagi kami berkawan.. alaaa nama pun cinta monyet..

Karutlah.. bagi abang cinta monyet ni semua mengarut.. sekadar suka2 aje..

Dah tak suka boleh pergi carik lain.. cinta sejati jugak yang betul”

“ada la.. kawan2 orang ada jugak yang dah kawen dengan cinta monyet diorang”


Tapi soal jodoh pertemuan semuanya dah menjadi ketetapan Illahi…

Ada orang jodohnya cepat.. ada orang jodohnya lambat..

Dan ada juga takda jodohnya di dunia.. kerana jodohnya Allah

Sediakan jauh lebih baik di Syurga sana….Wallahua’lam…


Sekali je la bercenta masa di tingkatan 3 dulu…

Cinta monyet la kununn.. phuiiii… 2,3 bulan abeh sudahh..

Pastu tade dah main-main cinta.. sampailah saya terberkenalan

Dengan cik asven di usia 18 tahun terus berkata dalam hati..

“aku rasa dialah jodoh aku.. serasi je bila bersama.. banyak persamaan

Dan banyak juga pro and contranya…berkawan, bercenta, bergadoh,

Bertunang dan akhirnya berkawen juga… Alhamdulillah..”


Bulan januari sudah tiba.. ada sesuatu di dalam bulan ini…

Ulangtahun percentaan sudah kembali…

Tak sabar menantikan kemunculannya bersama-sama beliau…

Sekian entry bosan centan centon saya untuk diri sendiri…


Thursday, December 29

Selamat datang tahun baru 2012


Tahun 2011 pun nak melabuhkan tirainya tak lama lagi…

Sekejap sungguh masa ni berlalu…dah nak masuk 2012 pulak dah..

Azam baru?? Tak abih-abih tiap kali naik tahun baru cite pasal azam kan..



saya tak minat nak share azam baru atau wishlist saya pada orang…

Mungkin malu.. segan.. sebab biarlah saya sorang2 je tau apa yang saya mahu..

Selama ni pun saya tak pernah share apa wishlist saya tiap2 tahun…


Nak cite nak beli itu ini.. nak pegi sane sini.. nak capai itu ini..

Oh rasanya sangat menjelekkan kalau saya nak cerita..

Mungkin pada orang lain tade hal la nak sharing segala bagai…

Saya malu laaa… awww malunyaaa.. awww maluuu yuuu..


Jika dapat apa yang diingin.. Alhamdulillah…

Jika tak dapat apa yang dimahukan… mungkin ada rezeki lain

Yang lebih baik.. hanya Allah sahaja yang tentukannya…

Cuma sentiasa ingin berubah ke arah yang lebih baik…

Dunia hanya sementara… hanya akhirat kekal abadi…

Tahun depan naik umur lagi ke dua puluh lapan…

Hohoh.. rase sungguh tua sudah.. rasa macam baru darjah 5 je..


Okay.. selamat tahun baru… semoga tahun depan ada sinar baru

Untuk anda semua dan juga saya… semoga tercapai apa yang dicita…


Wednesday, December 28

bila dah ada sesuatu jangan bangga sangat!!


YOUTUBE : aku ade semue bende yang org nak teng0k..


GOOGLE : aku ade semue bende yang org nak cari ..


FACEBOOK: aku boleh buat org kenal sesame sendiri..


SKYPE : aku boleh bagi org call di seluruh dunia..


INTERNET : tanpa aku , korang semua tak de tau!!


ELEKTRIK : ko pon same internet , tak de aku , kau mcm boleh hidop?


PEKERJA ELEKTRIK : korg boleh diam tak?? kang aku tak betolkan

tiang elektrik ni, smue hilang .. bising jer!!!


haha saper yang lebih kuat sebenarnyaaa???


Tuesday, December 27

hati-hati ketika memberak atau mengencing


nak membuang tengok-tengok sikit ye.......

iyyyewwwwwwwwww.....

biasanya kat tempat rekreasi ataupun tandas-tandas awam...

tandas awam dalam klcc mungkin lah takde kot...

terbantut segalanya bila nak buang nampak kelibat beliau ini...

mungkin juga boleh pengsan haha... carilah tandas awam yang bersih..

insyallah selamat untuk digunakan dan dibuangkan segala isi perot..

sekian.............

Friday, December 23

Lawaknya hahahaa.... tapi fikirkan semula!!!


salam jumaat yang berbahagia.....
sekadar berkongsi seswatu.......................



Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik....


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:


"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....


Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macam mana??

adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas?? selain terhibur anda fikirlahlah...

....................................................................................................


" Lawak kan... dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "


" Lawak kan... berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak kan... ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawak kan,.. ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam al Quran"


"Lawak kan... berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak kan... kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Lawak kan ??? tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan luangkan masa membaca? berapa banyak????


wallahuaallam... renung2kan selamat beramal,......


Wednesday, December 21

Family day 2011 - melaka kami serbuuu....


Bermula hari ahad bersamaan 25 disember ini

merangkap hari krismas itu yang bukan untuk kami sambut,

Saya dan cik asven akan ke melaka untuk mengikuti

Program hari keluarga anjuran sekolah cik asven saya

Di air keroh melaka... aiseh.. melaka??

Napa bukan negeri lain.....?? ehhehe...


Dulu saya pernah duduk di melaka dan bekerja di sana..

So sangat-sangat lancar perjalanan dan situasi di sana...

Takpelah ikot jelah.. ni bukan program saya pun..

Takkan nak banyak soal plak kan..

Kasik can la nak sambut hari keluarga untuk pertama kalinya

Bersama cik asven terchenta.. melaka pun melaka lah...!


Hmm mesti saya segan kepialu dan menjadi pendiam macam selalu...

Kalo tak kenal memang saya ni pendiam aje.. ehhee..(TDDMKA)

Tapi kalo dah mesra alam sayalah orang paling bising sekali.. hoho..

Berkepitlah saya dengan cik asven aje dan susah saya nak campur

Dengan rakan-rakan sejawat beliau....

Adakah program ini akan membosankan saya ataupun sebaliknya...


2 hari je pun tak lama.. lepas tu singgah negeri sembilan rumah mak...

hari selasa la balik.. nak balik isnin? oh tak sanggup nak hadap jam..

28 haribulan kene ke hospital teluk intan ambik keputusan medical check-up

cik asven untuk penjawatan beliau...harap tade penyakit kronik macam saya.


undangan perkahwinan kawan2 cukup banyak...

sampai bertindih-tindih.. yang sesalnye.. kawan2 yang kawen tu

semua datang masa kenduri kawen saya yang lalu...

cam tak besss je kalo saya pun tak jengah kenduri mereka kan kan kan....

mungkin tak dapat nak pergi.. kalo tade aral kami sampai ye...

kalo tak sampai harap mahap dipinta... doa ku panjatkan buat kalian,...


Tuesday, December 20

mahukan keluarga bahagia??? psstttt.....




untuk pasangan yang sedang membina keluarga macam saya...

marilah sama-sama kita mempelajari tips manalah tau

jika keluarga anda sedang bergolak mungkin boleh diguna pakai...

terima kasih pada pengirim email saya juga dikenali sebagai spam hoho..




1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,

keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.


2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada

di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.


3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa

mahu berseronok dengan isteri.


4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan

suaminya berada di rumah bersama-samanya.


5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika

untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.


6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni

dan tenang dalam rumah tangga.


7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali

kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.


8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri

mengandung dan melahirkan anak.


9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu

dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar !

dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin

suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).


10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana

sekiranya rumah tangga menghadapi masalah,

ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.


11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada

dunia luar berbanding keluarga sendiri.


12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,

seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau

terlibatt dengan jualan langsung.


13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan,

layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.


14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya

berbanding apabila keluar rumah.


15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.


16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu,

tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.


17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.

Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.


18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.

Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas,

isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,

manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu

sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.


19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan

sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.


20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan

kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang

sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.


21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan

jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan,

pelajaran dan tempat percutian.


22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat

berjemaah bersama-sama ahli keluarga merapatkan

hubungan dan kemesraan.


23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal

atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan

membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.


SELAMAT MENCOBA BERSAMA-SAMA


Sunday, December 18

OSBON saingan BOBOY... siapa bakal juara MLM?

dari minggu ke minggu banyak peserta dah menunjukkan belangnya..
ada yang makin meningkat ada plak yang menurun...
kalo awalnya saya suka sangat kumpulan boboi...
tapi hati dah beralih arah pada osbon....

hanya tinggal 5 peserta sahaja dan minggu yang kesembilan ini
akan bersiaran langsung di MBJB johor sane...
sape lagi yang akan tersingkir dan sapa plak yang akan tercicir di final?

meskipun MLM tak menyengat macam ML dulu..
tapi okaylah.. boleh la layan sehingga ketawa terkehek-kehek...
pada osbon kekal kan kelawakkan anda...
jika anda tak lawak.. boboi akan mengatasi anda semula...

banyak2 minggu saya paling suka lawak osbon yang di bawah ini..
memang lawak gilak.. layan banyak kali pun boleh gelak lagi haha...

"jawa pun jawa lah janji rock!!"


selamat hari jadi amma

Selamat hari jadi buat amma saya yang kini berada di bandung

Yang sedang bercuti bersama adik, bakal adik ipar, kakak serta kawan adik.

Walau di hati ini sangat jeles dengan pemergian mereka yang sedang

Bercuti itu tapi apakan daya saya tidak dapat mengikut mereka itu.. wuwuwu


Sambung balik... selamat hari jadi amma saya yang ke 64 tahun..

Semoga amma saya sihat dan dipanjangkan usia...

Daulat ammaku... daulat ammaku....


Sesungguhnya saya memanggil beliau dengan panggilan emak...

Amma sekadar panggilan ketika saya cuba bergurau aje hehe...


Okeh semoga kalian segera pulang dengan selamatnya

Serta jangan lupe ole2 untuk kami yang ketinggalan untuk mengikutnya..



Friday, December 16

Gantung Tak Bertali - Kejam!

entry pemanas badan untuk hari jumaat yang mulia...



oh mengapa mereka disiksa begini...

memaut bukan pada talinya....

sehingga meregang ketiak mereka..

agak2 aper kesalahan mereka

sehingga mereka dihukum sebegini...

wuwuuuwuwuwu




Thursday, December 15

Jumpa beliau di pasar... oh tiddakkk..

jalan2 di pasar selasa pada hari selasa yang lalu di kampung gajah....
kami bersarapan nasik lemak dulu di "nasik lemak tepi sungai"
camtula nama gelaran untuk kedai makan nasik lemak itu....

selesai makan lalu kami menuju ke pekan kampung gajah...
sedang gigih mencari parking di sana sini...
sedang enak kami mencari... tiba2 dengan tak semena
kami terlihat beberapa orang hamba Allah yang kami cam la jugak...
cik asben pun bersuara,...

"adakah ayang juga nampak"
"ye ayang jugak nampak"
"abang nampak mak beliau sorang"
"dia pun ada la...tak pasan ke?"
"tadelah mane ade"
"adela... tak pasan ek..."
"tah tak pasan... tengah fokus.. nampak sorang je"
"hahah tak cam dah ke?"
"dah lain kot.. tak pasan pun"
"oh mungkin jugalah...memang nampak lain
harap2 beliau tak perasan kita kihkihkih"

lalu kami pun ketawa bersama-sama dengan penuh makna.....

lalu kami pun dapat parking...
lalu kami pun berjalan dan mencari barang ape2 yang patot..
setelah membeli belah.... kami pun menarik nafas lega...
sebab kami tak bertembung bertentangan mata.....

siapakah beliau yang kami maksudkan...
biarlah rahsia,... ahha boleh centu...??



Wednesday, December 14

rase dungu tanpa beliau!!

dah biasa internet sentiasa di sisi selama beberapa tahun kebelakangan ni..
alih2 cuti bulan disember ni akibat gangguan teknikal dan siaran
maka aktiviti online secara sukasukilakiakula telah terganggu...
oh bosannnnnnnnnnyaaaaaaaa... sekali sekala je dapat curik2 online...
hmmm jadilahhh.... harap tahun depan semuanya berakhir...
kami bercadang nak pasang stemek la dan matikan hayat si berokbeng
yang sudah habis di mamah usianya akibat kehabisan limit... poddah la kamu..



Tuesday, December 13

anda layan RM1,000,000 moneydrop ?

anda-anda tengok ke rancangan ni??
kami tersuke jugak dengan rancangan ni...
bila kalah kami menjerit arghhhhhhh...
bila menang kami menjerit yeahhhh sambil tepok2 tangan...

syok betul layan rancangan ni...
nak lagi best kita main sekali dengan pemain dalam tivi itu...
kita main online mereka main betul2...
tapi nak bersaing dengan ribu riban manusia yang main tu...
fuhhh dasat... perlukan ketangkasan dan kecekapan...
secara tak langsung dapat jugak belajar sesuatu dari soalan2 yang diberi

tuje nak cite.. hehe sempat nih curi2 online... larikkkkkk



Wednesday, December 7

W W # : jawa pun jawa lah janji rock!!!

sekarang musim orang kawen...
macam2 pesen bagai... rindu jadi peranten... kehkehkeh



Tuesday, December 6

Koleksi : gambaran sebenar di kenduri kahwin


gambar curi lagi... kredit pada casazara@photography

ingat lagi ENTRY INI?? tade gambar kan???
kemera sendiri sudah dilupai.. dah tak bawak pulak masa kenduri itu..
mengharapkan mane2 potogape mengetag di FB untuk meraih simpati
dan dijadikan bahan bukti bahawa saya pun turut hadir
dalam majlis perkahwinan pengapit saya ini hehehee.....

akhirnya saya sudah di tag.. yeahhh!!! mekaseh pada beliau..



ketika ini saya baru sahaja tiba.. nasib baiklah mereka ini
masih belum pulang lagi... dapat juga bergambar dengan kawan2 sekolah...
terlalu kecik.. carik saya di mana.. heh heh heh...

aktiviti wajib menghadiri kenduri kawen..
mesti bergambar dengan pengantin sebagai kenangan....

(ayoooooooo napa saya kelihatan begitu rendahhhh??) ahhahaha


2 sahabat baik dan lama saya.. misyu korang2.. maria dan hidayati...

tahniah dekma.. moga bahagia hingga ke sorga....
kamu sangat cantek di hari bahagia kamu.....

terasa diri ini mau bersanding lagi dengan cik asven
bila tengok pelaminnya dan bajunya yang shantekkkk!!!

opsss terselit gambar masa kami photoshoot sama2 di putrajaya dulu...
lebyu dekma...!!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...