Bukan Blog Kamu: 8P untuk suami isteri

Friday, September 3

8P untuk suami isteri


1. PUJI
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua
aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi
pertolongan.

2. PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain
sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh
kasih sayang.

3. PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4 . PERHATIAN
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan
pasangan terasa diabaikan.


5 . PERSEFAHAMAN
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6 . PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang
lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu
seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7 . PERCUTIAN
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang
jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8 . PERMOHONAN
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami
isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

0 2 ORANG KATA:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...