Thursday, September 30

Syawal 2010 - part 1

Orang lain dah berkurun cter pasal rayer.... dah abih dah pon... ni baru terhegeh2 nak cte pasal rayer.... relevan lagi kah?? ketinggalan zaman sungguh... takesalakan.. janji dalam bulan syawal lagi per... hii hii...

Di satu syawal yg lalu.... ektibiti biasa di pagi raya mestila bangun dari tdo dulu supaya boleh dimandikan dengan mandian sunat ari raye... ye.. masih single lagi belum ader suami tapi masih ader tunang.... insyallah taun dpan blehla beraya berdua bersame riang gembira di hari raye dengan beriye2...

Akibat tido yg agak lewat maka tahap kemengengantukan tu agak tinggi... maka.. tidaklah bersembahyang raye di pagi raye... *malu* ....tapi tetap juge ke masjid.. dapat la dengar kutbah di pagi raye serta alunan zikir rayer yg mendayu...

lepas bersalaman di pagi raye di dalam masjid (tiada didalam gambar) maka disajikan pula dengan sket jamuan raye di sebelah masjid ni terdapat sebuah kemah terbentang luas dipenuhi dengan meja yang berwarna putih dihiasi dengan makanan2 & air minuman yg berbilang bangse....

lepas sahaja acara mengisi perot dengan beberapa jenis makanan yang terhidang... maka rombongan pula jemaah masjid ke kubur berhampiran juga di masjid kampung bayai ini....
kelihatan pengunjung2 memenuhi ruang di tanah perkuburan kg bayai....
nampaknyer semakin ramai pengunjung sudah tiba..
untuk meimarahkan lagi bersame2 membaca doa...
lekas2 duduk.. imam dah mula nak baca doa...

di kubo ayahnda saya..
sedang mencabut rumput2 yg tebal lagi menebalkan....

berdoa agar roh ayahnda kami ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman... aminnn.....

*motif?*


sekiyan cerita di pagi syawal pertama babak satu... itulah sebab saya lewat untuk mengadakan cerita raya di belog saya yg tak berapa nak endah ni kerna banyak sangat babak perlu disunting dan di susun atur... kita sambung lagi di lain ketika di babak kedua beraya bersama saya dengan beriye-iye...



Tuesday, September 28

Tahukah Anda? - siri 4

1) Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

2) Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

3) Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

4) Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

5) Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.



Tahukah Anda? - siri 3

1) Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

2) Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

3) Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

4) Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

5) Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.



Tahukah Anda? - siri 2

1) Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

2) Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.

3) Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark , Dominica , Djibouti , dan Republik Dominica .

4) Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

5) Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.



Tahukah Anda? - siri 1


1) Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

2) Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

3) Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

4) Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

5) Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.


Rahsia Tahi Lalat


Bahagian badan

Firasat

Bibir atas kanan

Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri

Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan

Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri

Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan

Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri

Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah

Tercapai cita-cita

Biji mata kanan

Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri

Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan

Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri

Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan

Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri

Malas dan suka duduk

Betis kanan

Suka berhibur, boros

Betis kiri

Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan

Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutt kiri

Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan

Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri

Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang

Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan

Cerdas dan cekap

Kening kiri

Cerdas, sopan santun

Tengah kening

Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan

Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri

Suka berpoya-poya

Ketiak kanan

Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri

Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan

Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri

Kehendak kuat

Batang hidung

Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung

Banyak rezeki

Dagu bawah kanan

Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri

Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri

Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)

Bakal beristeri 2

Tumit kanan

Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri

Baik budi

Alis kanan

Suka menolong, baik hati

Alis kiri

Ramai yang suka

Pangkal peha kanan

Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri

Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan

Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan

Suka menolong

Jari kaki kiri

Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan

Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri

Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan

Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri

Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan

Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri

Menepati janji dan rajin

Pipi kanan

Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan

Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri

Ramai teman

Ubun-ubun

Kurang jujur

Pusat

Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan

Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri

Beroleh kemliaan

Pinggang kanan

Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri

Disayang pasangan hidup

Dada kanan

Dapat mengatasi masalah

Dada kiri

Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan

Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri

Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan

Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri

Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan

Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri

Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan

Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri

Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan

Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri

Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam

Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam

Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar

Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri

Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan

Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas

Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas

Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah

Agak malas

Kelopak mata kiri bawah

Agak bodoh, kurang bijaksana

Sila lah telek2 tubuh anda & kaitkan dengan firasatnya… baca boleh percaya jangan yer…selamat menelek… ehhehee…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...