Bukan Blog Kamu: "Tahanla nafsu sikit dalam berpantang.."

Sunday, June 14

"Tahanla nafsu sikit dalam berpantang.."


Perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal.. kata orang kan...
Dalam berpantang ni kene mesti wajib la menahan salah
satu nafsu yang membuak-buak iaitu nafsu makan...

Bila masuk tempoh berpantang lepas bersalin ni..
alahai.. bukan semua boleh dibedal.. tak pantang kang
merana badan, bentan, bengkak, sakit2 badan dll....
Makan la lauk2 orang pantang.. terutamanya yang panas2..

sehari lepas saya balik dari hospital kene jugak penyakit
sembelit.. ee paling tak suke kalau kene sembelit..
Sebab ape kene? Kat wad saya diberi makan iberet..
ubat tambah darah yang power sebab HB saya rendah..
saya pun makan jela.. ingat takde pape.. makan jugak
ubat cairkan najis yang diberi dek spital tu.. tapi tak jalan..

terkena jugakla sembelit.. hmm pasrahh.. dah tak tahan
saya bedal la betik hampir sebijik! Dalam pantang memang
pantang la makan buah2 sejuk macam betik ni..
saya bagitau mak, tak kisahla badan sakit sekejap..
janji sembelit ni boleh dihalau jauh2.. sape penah kene
sembelit waktu berpantang ni memang siksa badan woii..

Esok paginya, berjaya jugak atasi masalah sembelit..
enema jugak guna sebagai bantuan.. dah riang gembira
sebab betik itu membantu.. tapiiiiiiiiiiiiiii... mata dan ngantuk
semula.. tetiba badan mengigil kesejukan dari dalam...
selimut badan pun tak mampu panaskan badan..
datang si emak diminta bantuan.. mak buatkan susu kambing
panas2.. siap terus hirup sampai sudah.. kebah la sekejap..
makan lauk orang pantang yang berlada hitam tu
maka surutlah sudah kesejukan tahap dewa tu.. perghh

takpe tak nyesal badan sakit sekejap.. janji boleh
lawas dengan bangganya hahha.. ok sebab tula
tak boleh langgar pantang.. badan sakit jiwa merana..

duduk rumah mak ni cuma mampu tengok jela lauk2
sedap2 yang dimasak.. kita makan jela lauk orang pantang..
Cik laki ai kuat menyakat.. semalam ada lauk siput sedut..
Dia punya pinggan penuh lauk2 yang tak boleh saya makan..
Dia gelak bahak2 sebab lauk saya limited edition.. cizzz!!
sedappp je dia menyedut siput sedut tu slurpp slurpp
kuat2 sebelah telinga saya grrr.. nak ku terai kang takut
kegatalan.. maka tengok ajela dengan tertelan air liyo..

tengah pantang nila tengok makanan yang tak boleh dimakan
tu sangat sedap dan menyelerakan.. cuba kalau waktu2 biasa
mesti tak heran langsung kan.. eee saboooo ajelaaa....
menahan nafsu makan yang bergelora nak itu ini begitu begini..








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

1 2 ORANG KATA:

eMMe said...

Assalam Bert..Pantang jgn tak pantang... mmg kalo salah makan, sakit perut... anak lak cirit.... tapi tu semua kesan sementara, masa 44 hari la betul2 pantang... nak cantik nak sihat, haaa..pantang laaa... bab sembelit tu same laa..akak pakai enema je la yg boleh membantu... takde la mkn betik, tak brani...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...