Tuesday, June 30

Program Menarik Dengan Hadiah Lumayan di Jambatan Kedua Pulau Pinang



ok sedikit promosi program menarik di pulau pinang..
anda nak join dan nak memenangi hadiah lumayan?
teruskan bacaan anda ke bawah dan dapatkan maklumat
mengenainya.. jangan lepaskan peluang okeh...

Program di Jambatan Sultan Abdul Halim 
Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) 

 Pada yang tak tinggal kat belah utara, atau belum pernah
 lagi melancong kat Pulau Pinang terutamanya,
 inilah masanya nak merasai sendiri pengalaman
 menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam 
Shah atau orang dok sebut Jambatan Kedua Pulau Pinang. 

Biasanya pun, kalau orang nak guna jambatan ni, kena guna 
kenderaan sama ada motor kaa...kereta kaa...lori kaa...but ade 
satu acara yang membolehkan korang guna jambatan ni naik 
basikal...hehehe... Citer dia lagu ni haaa.... 

Pada tahun ini, ada dua event yang akan di organise oleh 
Jambatan Kedua Sdn Bhd. Pada yang suka acara yang menguji
 ketahanan mental dan fizikal, boleh la join Merdeka Hunt yang
 akan berlangsung pada 29 Ogos 2015 ni nanti... 

Pada yang suka pada aktiviti berbasikal santai bersama 
keluarga, boleh pulak join pada 20 Disember nanti... 
Meh aku nak story satu-satu.. 

Merdeka Hunt - 29 Ogos 2015 

Aktiviti Merdeka Hunt ialah acara Treasure Hunt yang diadakan
 bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini. 
Pada yang suka aktiviti macam ni, boleh dapatkan borang 
penyertaan dengan klik di sini. Yuran penyertaan ialah 
RM 300 untuk satu pasukan di mana minimum pasukan
 seramai 2 orang dan maksimum 4 orang. 

Hadiah best menanti pemenang iaitu : 
Tempat pertama : RM5,000 
Tempat Kedua : RM 3,000 
Tempat Ketiga : RM2,000 
Saguhati (4th-10th place) : RM 250.00 

Memang berbaloi melabur RM 300 pastu dapat hadiah ribu riban... 
nak tengok media release berkenaan event ni..? Klik sini.. 
Kalau ada syarikat korporat yang sudi nak sponsor, 
boleh emel kepada (syuhada@jambatankedua.com.my)



JKSB Ride - 20 Disember 2015
 JKSB Ride ialah acara berbasikal santai bersama keluarga
 dan rakan-rakan. Program ni sebenarnya adalah untuk mengutip
 dana untuk Tabung Bencana Alam Yang Dipertua Negeri 
dan Pertubuhan Kebajikan di sekitar Negeri Pulau Pinang. 

Tapi kena ingat tau.. Acara ni bukan pertandingan.. Jangan racing 
atas jambatan pulak sebab ni acara santai bersama keluarga.. 
Yuran penyertaan ialah RM 95 sahaja dan penyertaan adalah untuk 
yang berusia 12 tahun ke atas. Untuk menyertai program ni, 
daftar kat sini. Yang ni pun kalau ada sesapa pihak korporat yang 
berminat nak taja, emel kepada syuhada@jambatankedua.com.my 

Kalau nak baca media release berkenaan event ni, leh tgk sini.. 
Ok..kalau nak tau maklumat lanjut, boleh ke JKSB website, 
http://www.jambatankedua.com.my atau "LIKE" facebook di


 Pas join dedua aktiviti ni, boleh la jenjalan kat sekitar Penang.. 
Penang best wo..cari Nasi Kandar, Char kuey tiaw... 
MARVELLOUSSS...!! Ok tu jaaa nak habaqqq..!! 

sumber iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...