Ada gak dapat soalan ni.. cemana nawfal dengan adik dia?
Dah nak masuk 3 minggu nawfal jadi abang long..
setakat ni... hmm.. mula2 dia memang tak amik kisah pun...
Tiap kali waktu melawat di wad dia dengan kehidupan dia..
tapi bila dah balik rumah.. mula2 dia memang pelik..
masa saya susukan nafisa, ditarik adiknya..
ada keganasan sikit berlaku.. tapi berjaya di halang
oleh akak saya yang ada masa tu.. fuhh.. risauu!
Kendian, diajarin nawfal untuk cuba sayang dan cium
adik dia si nafisa.. memang la dia cium.. sambil gelak2..
Malu2 alah.. haha.. tapi harus diawasi pergerakkannya..
dah 2 kali la setakat ni cubaan abangnya nak membuli..
mula2.. dia golekkan adik dia sampai tertiarap..
nasib baik ada depan dia.. sempat menjerit je..
nasib baik atas tilam yang atas lantai... kalau atas
katil? Mau jenuh tergolek bawah katil.. ee ngerii..
kali kedua, di cium adik dia sambil menonyohkan
muka dia dengan muka adik dia., sakit kot..
Menjerit budak kecik tu.. alahaii abang long..
ape cium adik ganeh sangat.. pastu gelak2..
dan setiap kali kalau maknya berkepit dengan adiknya
sebab nak menyusu, atau tidurkan dia, mesti
dia buat cubaan nak menyelit kat mak dia..
sian dia.. bukan tanak layan.. tapi terpaksa layan
si baby dulu sampai tido barulah leh layan abang long..
kalau dulu tak berapa kisah, sekarang ni dia kisah..
asyik nak mintak manja dan suka nak berkepit..
nampaknya beliau cemburu dalam diam...
sebagai amak beliau kenelah adil dan saksama
supaya abang long tak jeles dengan adik dia..
dan yang pasti, mereka tak boleh dekat berdua..
takut pulak dibuli adiknya dalam diam.. oh tidak..
1 comment:
Nawfal masih mentah sangat Bert.
Tapi tunggulah bila adik dah mula senyum bila diagah-agah dia akan sayang lebih dari yg lain. Masa tu kalau ada yg cuba kata nak ambil adik pun dia boleh meraung tau. Tunggulah sikit masa lagi - darah daging tetap darah daging kasihnya utuh.
Post a Comment