Monday, May 11

KEPENTINGAN BABY CAR SEAT



Masih ramai ibu bapa di Malaysia masih lagi tidak sedar 
akan kepentingan penggunaan baby car seat untuk bayi 
dan anak semasa travel bersama keluarga. Di negara-negara 
Barat memang ada undang-undang mengenai penggunaan
 baby car seat sehingga anak mereka berumur 7 tahun. 
Semua ibu bapa wajib perlu tahu akan kepentingan 
baby car seat ini demi anak tersayang.

Baby Car Seat memang penting terutamanya semasa travel,
 tak kiralah perjalanan jauh atau dekat. Kita bukannya boleh
 jangka apa yang akan berlaku semasa di dalam perjalanan. 
Sebaiknya kita mengambil langkah berhati-hati
 supaya anak kita sentiasa selamat.

Banyak berita berkenaan kejadian Bayi atau anak
 tercampak dari kereta semasa kemalangan. 
Tidakkah kita mahu ambil iktibar dalam perkara ini??

1. Bayi Maut Tercampak Dari Kereta - Sinar Harian

2. Dua anak tercampak keluar dari kereta - Sinar Harian

3. Bayi lima bulan maut tercampak keluar
 kereta dalam kemalangan di Dungun - Astro Awani

4. Anak Nabila tercampak dari kereta - Harian Metro

5. Budak maut tercampak dari kereta - Utusan

Antara kepentingan Baby Car Seat semasa travel adalah:

1. Keselamatan baby
Semasa ibu bapa sedang memandu, digalakkan meletak anak
 di dalam baby car seat demi keselamatan mereka. Cuba 
bayangkan bapa sedang memandu dan ibu memangku baby 
yang tengah tidur. Ibu pun tidur sekali. Kalau baby 
kita jatuh bagaimana? Kalau tiba-tiba kemalangan bagaimana? 
Tidak ke nanti baby kita akan terlepas daripegangan ibu? 
Sekurang-kurangnya, tali pinggang pada baby car seat tu dapat
 menahan baby kita dari terhentak atau tercampak ke mana-mana.

2. Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri
Bila kita sudah biasakan baby kita duduk dalam car seat, akan
 memudahkan kita memandu seorang diri. Tidaklah baby kita 
meragam semasa kita memandu. Kita juga yang stress ketika 
memandu nanti. Pada mula pengenalan mungkin ada sedikit 
kesukaran melatih anak. Lama kelamaan, anak kita akan biasa.
 Biar anak menangis di dalam baby car seat tetapi
 jangan kita menangis di kemudian hari.

3. Dapat mengajar baby untuk tidur sendiri
Apabila baby kita dah kenyang dan lampin sudah disalin, mereka 
mesti selesa dan tidak mempunyai masalah untuk tidur dengan 
nyenyak dengan sendiri. Dengan letak mereka di dalam 
baby car seat sebenarnya boleh mengajar anak kita untuk 
tidur sendiri. Kebiasaannya, memang berkesan sebab 
gegaran kereta semasa kita memandu membuatkan baby kita
 lebih mudah untuk tidur. Secara tidak langsung ianya
 juga dapat membuatkan anak anda berdikari.

4. Mengajar anak tentang rutin di dalam kereta
Budak-budak memerlukan rutin yang sama supaya mereka 
tidak keliru. Kejap buat boleh, kejap buat tak boleh, 
mana satu yang betul nie? Jadi, kita kena buat satu rutin 
dalam kereta juga, iaitu masuk kereta mesti duduk di 
car seat masing-masing. Dari yang baby sampailah yang dah
 besar pun. Kalau baby kita nak menyusu je baru kita angkat
 sebentar dan susukan. Lepas tu, letak semula di car seat. 
Baby kita selesa, kita pun selesa semasa perjalanan.

Pentingkan baby car seat untuk perjalanan kita? Demi keselamatan
 anak-anak kita, diharapkan ibu bapa sekalian labur dalam
 membeli baby car seat untuk anak-anak kita. Tak perlu tukar
 setiap tahun pun kalau kita beli yang betul-betul elok dan selamat.

Macam mana nak pilih baby car seat?

Kita pilih baby car seat bukan macam kita pilih baju. Suka pakai, 
tak suka buang. Baby car seat nie bukannya murah tau. Sebab tu la
 kena pilih betul-betul supaya tidak membazir duit yang kita ada.

Pilih baby car seat bukanlah berdasarkan harga dan brand, 
pilihlah yang menepati ciri-ciri keselamatan untuk anak-anak.
 Padding kena cukup tebal untuk hadapi hentakan, tali pinggang 
kena cukup kuat untuk menahan anak dari jatuh atau tercampak.


sumber : email

1 comment:

Unknown said...

Ramai ibu bapa yang tak ambil peduli tentang kepentingan car seat ni..dah terantuk baru tergadah...hurm...

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...