Thursday, May 7

CARA MULAKAN BISNES PRE ORDER




Pernah tak tengok iklan dari sesetengah peniaga
menjual barang dengan menyatakan PRE-ORDER??
Salah satu cara untuk mulakan bisnes dengan modal
yang minima ialah dengan cara bisnes pre order...
tapi jangan hentam kromo.. ada teknik dan cara
yang terbaik boleh dijadikan panduan untuk anda
mulakan bisnes pre-order.. moga tips ni bermanfaat...



Apa yang Tuan Jamaluddin Bahari (Pakar pemasaran
 Facebook) kongsikan ini boleh dimanfaatkan 
oleh usahawan yang baru bermula.

Iaitu kaedah membina bisnes tanpa perlu
 memiliki produk terlebih dahulu.

Cara memulakan bisnes versi pre-order.

Kaedah ini dikenali sebagai pre-order.
Langkah2 yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut:

1) Pre-order bermaksud kita menerima wang daripada
 pelanggan, sebelum mengambil produk.

2) Kita menetapkan satu jangka masa tertentu supaya 
pelanggan tahu bila mereka akan dapat produk.

3) Sebaik sahaja wang yang dikumpulkan menepati kuota
 yang kita tetapkan, baru kita lakukan tempahan produk.

4) Cara selamat dan memudahkan urusan kedua-dua
 pihak peniaga dan pembeli adalah caj pembeli
 pembayaran deposit sahaja.

5) Apabila produk sudah sampai di tangan mereka, 
baru minta bayaran penuh.


Strategi bisnes yang berkesan untuk 
peniaga yang kesempitan modal.

Cara ini sangat berkesan untuk bisnes-bisnes yang
 kekurangan modal. Serta bisnes yang mahu melakukan 
pengesahan bahawa produk yang mereka ingin 
jual, ada permintaan atau sebaliknya.

Cadangan deposit yang terbaik adalah melebihi 50% daripada
 harga produk. Supaya peniaga tidak perlu menampung 
sebarang kos produk, penghantaran dan sebagainya.

Perkara paling penting adalah memberitahu pelanggan tentang:

1) Bilakah tarikh mereka akan dapatkan produk.

2) Bagaimana mereka boleh berhubung dengan 
kita jika terdapat sebarang pertanyaan.

3) Memberitahu perkembangan produk dari semasa ke semasa.


ok selamat berniaga.......



2 comments:

Unknown said...

Terima kasih...perkongsian yg sgt bermanfaat. Kebetulan saya pon baru nk memulakan perniagaan secara pre order...

Unknown said...

Assalamualaikum, kalau boleh bagitahu, mana saya nak cari supplier handphone? Saya baru sahaja nak mula berniaga thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...