Bukan Blog Kamu: HIDUPKU, SOLATKU, MATIKU : Berjaya buat jutaan penonton menangis!!

Sunday, May 17

HIDUPKU, SOLATKU, MATIKU : Berjaya buat jutaan penonton menangis!!




Tunggu sabtu lepas.. aik kenapa takde drama ni?
oh silap.. minggu ni rupanya drama yang saya tunggu2 ni..
dah tengok iklan.. di IG sharnaaz pun dah war2kan drama
hebat ni katanya.. harinya pun tiba.. jam 10 malam
dah start bukak siaran 135 Maya HD semalam...

Mana saya tau drama ni ramai buat penonton menangis?
tengok kat instagram la.. baca je komen2 penonton
setiap gambar yang diupload.. ingatkan saya sorang
je yang touching tengok cerita ni.. ramai rupanya!! Hehe


Tengok sorang2.. cik asben pun takde dia ada game futsal..
Nawfal pun tak tengok.. sebab tak layan., dia layan katun je,,
dengan penuh perasaan tengok drama 15 minit pertama je
hati dah sebak tengok jalan cerita tentang kesusahan
suami isteri dalam mengharungi rumahtangga yang
serba kekurangan di samping membesarkan anak 2 orang..

suaminya ada penyakit kusta.. susah dapat kerja..
usaha tanpa putus asa akhirnya dapat kerja jadi
penjaga parking di sebuah company cina..
kebetulan dapat majikan yang sangat baik hati,
toleransi dan penuh dengan sifat kemanusiaan


Ada jiran yang suka jadi batu api pada isteri nordin...
hari2 datang rumah kutuk laki orang.. siap tayang2
lagi kononnya dia mewah dengan segala harta
dan emas bagai.. sambil mencucuk isteri nordin
supaya bekerja di luar untuk cari pendapatan sendiri..

mulanya nordin tak bagi.. tapi dah dipujuk2 akhirnya
nordin tewas.. diizinkannya isterinya bekerja...
sejak isterinya bekerja, perangai yang dulunya
isteri yang baik tetiba bertukar watak..

Jirannya yang tolong menjaga anak2 mereka tu pun
bukan lah jiran yang baik.. sedih tengok anak2 mereka
dipukul, dimarah dan tidak dilayan sebagai anak2..
Nasib baik, waktu anak2nya di marah, kebetulan
nordin pulang ke rumah.. kagumnya nordin tak
 Marah pun pada jirannya.. dia angkat anak2nya
dan dibawak ke tempat parking tempat dia bekerja...

alahai.. sebaknya hati... tengok nordin bawak
anak2nya berdukung pegi ke tempat kerjanya..
mujurlah majikannya sangat2 baik hati..
ditolongnya nordin.. Sikap nordin yang jujur,
amanah, rajin, rendah diri tu yang buat majikannya
jadi baik pada dia.. penyakit kulit nordin pun
dibelikan ubatnya.. so suwitt.. hihi..

kisah isteri nordin pulak yang berubah hati...
tambahan lagi ada lelaki tunangan orang yang cuba
mengorat isteri nordin.. dilayan pulak tu... dah jatuh curang..
siap lari dari rumah lagi dengan alasan nordin hantar
anak2 mereka ke rumah majikannya yang berbangsa
cina.. kononnya takut anak2 mereka makan makanan
haram.. sedangkan bibik majikan tu orang Islam
tapi isteri nordin tetap taknak percaya...


Perjalanan drama ni memang dramatik.. tak macam drama
pun ada.. macam kisah realiti je.. tu yang buat hati jadi
sebak.. lagi2 ada anak yang kakinya lumpuh akibat
demam panas masa kecik.. Lakonan mantap primadona
si kecil molek puteri balqis tu yang membuatkan hatini
bagai dirobek2 dengan lakonan dia.. syabas dikk!

rasanya tak silap umur dia baru 7,8 tahun..
tapi pandainya kamu berlakon ya puteri balqis..
tabik spring kat adik puteri...!!




Part akhir lah yang paling2 meruntun hati..
rasa jiwa ditoreh2.. mata berkaca-kaca..
dah tak sebak dah.. nanges terosss haha..
dahla tengok sorang2.. takde orang boleh la
nanges uwa uwa.. tak segan la lap air mata...
ok emosi sungguh nengok drama ni yeah..

bila si isteri tersedar dari kesilapannya..
lalu pulang ke pangkuan suami tanpa sempat
meminta ampun.. anaknya yang lumpuh semangat
bangun nak tunjukkan dia boleh berjalan semula
atas usaha nordin yang selalu mengajar anaknya berjalan..
tapi sayang semuanya dah berakhir.. nordin 
meninggal dunia tanpa sempat berjumpa isterinya
yang sangat2 menyesal dan anaknya yang dah boleh 
berjalan tu.. aduhh! Terbaiklah drama ni.. tu pasal
tak heran dpat trending worldwide twitter malam tadi..

first time tengok drama yang sepanjang masa sedih..
syabass sharnaaz ahmad, fasha sandha dan puteri
balqis yang berjaya membawa drama ni dengan baik..
memang versatile la sharnaaz.. jahat boleh.. baik boleh..
drama yang banyak pengajaran dan iktibar..
kalau tak tengok lagi nanti tengokla ulangann..
mesti tangkap leleh.. sediakan tisu ya nanti.. hehe..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

1 2 ORANG KATA:

eMMe said...

Assalam bert! i'm back, dah rindu nak berblog ni...alaa..rugi la tak tgkkk.. mmg tunggu nak tgk citer ni, camner leh terlupa lak, adeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...