Ketika kesedihan belum lagi berakhir
Ketika air mata masih membasahi pipi
Ketika misteri MH 370 belum lagi terungkai
Kita sekali lagi didatangi khabar duka
MH 17
Penerbangan Amsterdam – Kuala Lumpur
Membawa 295 penumpang dan anak kapal
Telah ditembak dan terhempas
Jatuh menyembah bumi Ukraine
Hanya 4 bulan
Selepas tragedI MH 370
Tragedi pengangkutan udara kembali berulang
Musibah apakah ini
Sehingga kita diuji sebegini rupa
Tangisan mengiringi kepemergian MH 17
Satu tamparan hebat
Buat seluruh rakyat Malaysia
Luka tragedi MH 370 berdarah kembali
MH 17
Sepatutnya pada 18 Julai 2014
Pukul 6.10 pagi
Pesawat dijangka mendarat di KLIA
Namun semua itu tidak akan berlaku
Perjalanan ini
Sudah pasti tidak akan tiba
3 comments:
Walaupun sedih, sekurang-kurangnya kita tahu apa kesudahan penerbangan ini :'(
al-fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam.. semoga mereka tenang di sisi PenciptaNYA
Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga
Post a Comment