Friday, July 18

TANGISAN MENGIRINGI KEPEMERGIAN MH17



Innalillahiwainnailaihirajun... Alfatihah

Ketika kesedihan belum lagi berakhir
Ketika air mata masih membasahi pipi
Ketika misteri MH 370 belum lagi terungkai
Kita sekali lagi didatangi khabar duka

MH 17
Penerbangan Amsterdam – Kuala Lumpur
Membawa 295 penumpang dan anak kapal
Telah ditembak dan terhempas
Jatuh menyembah bumi Ukraine

Hanya 4 bulan
Selepas tragedI MH 370
Tragedi pengangkutan udara kembali berulang
Musibah apakah ini
Sehingga kita diuji sebegini rupa

Tangisan mengiringi kepemergian MH 17
Satu tamparan hebat
Buat seluruh rakyat Malaysia 
Luka tragedi MH 370 berdarah kembali

MH 17
Sepatutnya pada 18 Julai 2014
Pukul 6.10 pagi
Pesawat dijangka mendarat di KLIA
Namun semua itu tidak akan berlaku
Perjalanan ini 
Sudah pasti tidak akan tiba

MH17 : HIJRAH 6 SEKELUARGA KE MALAYSIA TAK KESAMPAIAN.....



sekali lagi malaysia dikejutkan dengan berita duka...
Innnalillahhiwailahirajiun... pergilah denggan aman..
moga kalian syahid dalam perjalanan.. aminnnn....



Sayu, keluarga 6 beranak yang menaiki pesawat MH17 
dikhuatiri turut maut dalam insiden pesawat terhempas itu.

Pasangan Ariza Ghazalee dan Tambi Jiee bersama 4 orang anaknya
 dikatakan kembali ke Malaysia setelah bermastautin di Kazakhstan
 selama lebih 2 tahun. Keluarga mereka berasal dari negeri Sarawak.

Gambar bagasi yang dimuatnaik oleh Ariza dikongsikan 
oleh ramai pengguna media sosial.

"17 July 2014, starting our new hijrah, Alhamdulillah...." -Tulis Ariza

Mungkin sahaja Hijrah mereka 
sekeluarga ke Jannah... Aminn...
Adik kepad Ariza dalam komen gambar 
tersebut mengesahkan pemergian mereka.




Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan setiap mereka tergolong 
dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
 -TengokTvOnline

Thursday, July 17

KENAPA KAU TAK NAK KERJA BERT?



Boleh kan pertanyaan sahabat dijadikan tajuk cerita?
Boleh kan aje.. Setiap persoalan pasti ada jawapan...

Tak nak kerja sebab sudah penat.... Eh.. Buat kerja
Apa tak penat kan? Semua kerja memenatkan...

Ok macam ni kisahnya..........

Sejak dari kecik minat berniaga tu sangat mendalam..
Pernah tolong mak niaga dari rumah je..
Sesape jiran2 saya yang terbaca blog ni tau la hehe..
Jual aiskrim, jual kerepek, semuanya mak saya buat..

Sampai lah spm.. Niat di hati nak amik kos bisnes..
Tapi tak sangkut.. Yang sangkut kos diploma bangunan masa tu..
Di uitm perak.. Pegi dan redah ajelah walau tak tau ape2 pun..
Tapi sayang tak minat sekali kos itu.. Lagi2 ada drawing..
Perghhhhh.. Benda paling tak sukeeee!! Mencikk!
Tapi yang suke sebab ada pakwe haha yang dah jadi
Laki sekarang ni.. Hikmahnye bertemu jodoh jela kot hihi..

Belajar tak nak habiskan.. Baik saya quit segera dan apply
Untuk tukar kos.. Nak tukar kos bisnes laaa.. Tak lulus..
Bincang punya bincang.. Oklah saya quit dari uitm
Masuk kolej islam antarabangsa dan mintak kos bisnes..

Benda dah minat.. Buat apa pun suka.. Memang happy la..
Maintain 3 pointer dan beberapa kali dapat anugerah dekan..
Betul lah orang kata.. Gagal sekali tak kan gagal selamanya..
Habis belajar saya dapat tawaran kerja kat maxis..
Lain suasana bekerja dengan bangsa lain.. Yang membuatkan
Bangsa melayu di situ automatik akan jadi rajin serajinnya...

Sejak abih spm dah macam2 kerja buat..
Lepas spm ada sekejap jadi baby sitter..
Lepas abih uitm kerja sementara di klinik abang..
Dah sambung belajar ada buat part time jadi
Receptionist kat kolej tempat belajar tu..

Abih kolej, kerja kat maxis.. Pastu pernah kerja
Jadi cikgu tadika.. Pastu kerja klinik abang balik..
Lepastu duduk dengan mak di kampung.. Kerja
Jadi cikgu sandaran di sekolah sains kuala pilah...

Lepas jadi cikgu, kerja kat klinik kakak plak sebab
Baru bukak di batu kikir.. Last kali kerja di swis resources
Kat subang jaya... Dah kawen pastu berhenti lalalalalala...

Apa kerja saya buat sekadar nak kutip pengalaman jadi pekerja..
Sebab cita2 saya nak jadi tokey sendiri di perusahaaan sendiri..
Dan sejak kawen impian sudah tercapai.. Nak jadi surirumah berduit..
Bukan ngabih duit laki je kehkeh.. Tapi nak bantu ekonomi keluarga
sendiri.. Boleh kan? Tak salah kan? Seronok woo kerja sendiri..
Uruslah sendiri perniagaan sendiri rumahtangga sendiri dan
Jugak keluarga sendiri.. Kalau dah minat buat apa pun jadi kan..

Maka dengan rasminya di tika ini.. Saya suka kerja saya..
Berniaga dari rumah.. Berniaga di kedai tu tak tau lah lagi
Untuk perancangan akan datang.. Ada rezeki adalah..
Tapi ntah sekarang ni minat kerja dari rumah.. Senang..

Terjawab sudah pertanyaan sahabat.. Sori la gang..
Panjang lebar jawapannya haha.. Jangan bagi aku bebel..
Semua cerita nak cerita.. Cerita yang best jela..
Cerita tak best simpan sendiri dan buang jauh2..
"Pengalaman telah mendewasakan.. Mematangkan fikiran"
Kata dalam lagu ameng spring.. Cam gitulah gamaknya hihi..











Monday, July 14

BELAJAR TEKNIK PEMASARAN ONLINE PALING BERKESAN!!!




DVD ni milik saya... sukaaanyaaa!! dah dapat dah..
saya selaku penjual bisnes online memang patut belajar
cara marketing online yang berkesan... ramai yang mengeluh..
kawan2 saya pun mengeluh susah.. mereka buat bisnes..
jual bisnes yang terlalu banyak persaingan macam baju dan tudung..
tapi cemana nak sale yang meletop2... akhirnya tutup kedai...
tanak jual dah.. sebab tak laku.. stok pakai sendiri je.. sedih kan?

tapi bila saya tonton video ni... baru lah otak saya terkembang dengan 
takjubnya betapa bagusnya kalau berniaga dan ada ilmu marketing..
tak kira lah anda jual apa pun kalau tak kene gaya marketingnya
memang susah nak buat sale.. betul tak? lain lah kalau anda
orang fofular... retis.. selebriti.. public figure.. ramai follower..
memang senang nak bisnes ape pun.. ada je orang beli kan hehe..

maka saya dengan bangganya nak bagitau anda sebagai 
penjual online wajib ada dvd ni dan tuntutlah ilmu dengan 4 sifu ni..
mereka memang sifu yang hebat2 belaka.. memang glamer dan 
ramai sudah menjadi anak didik beliau yang berjaya menjana
pendapatan sehingga 5,6 angka setelah berguru dengan mereka..
dalam dvd ni ada 5 slot.. saya baru khatam 3 slot.. tinggal 2 je lagi.
memang untung beli sebab seminar ni dari pagi sampai petang...

kita tonton dvd kat rumah je ikut kelapangan diri kita sendiri..
sambil baring2.. sambil tergolek2.. sambil kunyah popcorn pun 
pun boleh tengok video ni.. dan anda akan teruja dengan perkongsian
ilmu dari 4 sifu ni.. saya yang tonton pun salin dalam note8 untuk
simpanan dan rujukan sendiri.. memang hebat!! tak rugi saya beli woo!!



Siapa mereka dan apa yang mereka share dalam DVD 4SIFU ini ?

Jamal Sifu FBAds
=============
Beliau sememangnya seorang pakar yang tak asing lagi
dalam pemasaran menggunakan facebook ads. Beliau
sendiri konsisten menjalankan jualan 6 angka sebulan.

Yang bestnya dalam DVD ni beliau bukan mengajar ilmu
basic tetapi beliau kongsikan banyak teknik yang advance
dalam pengiklanan fb ads. Teknik saka, teknik hantu raya
yang beliau share memang mampu memujuk prospek anda.
Rugi kalau anda tak dapatkan perkongsian beliau ni!

Cikgu Hafis
=========
Seorang pakar pemasaran internet di Malaysia dan siapa
kata tak boleh meniaga tanpa produk sendiri? Beliau dah
buktikan sememangnya boleh dan dapat hasil lumayan
hingga 5 angka sebulan.

Bukan tu jer beliau jugak kongsikan lubuk pembekal
beliau dalam pemasaran online selama ini. Produk yang'
sememangnya HOT didedahkan beliau.

Ahmad Humaizi
============
Selama ni orang yang menjalankan bisnes takaful &
unit trust hanya buat secara Offline dan banyak cabarannya.
Tapi beliau ni buat takaful dan unit trust 100% guna online.
Prospek yang call beliau nak jumpa dan nak dapatkan
polisi takaful dan beliau share bagaimana beliau lakukan.

Hasilnya pendapatan beliau yang konsisten 5 angka setiap
bulam dengan kos pemasaran yang rendah.
Pendedahan kali pertama beliau dalam DVD ni!

Najib Asaddok
==========
Beliau mula menjalankan perniagaan internet selepas mengalami
jatuh bangun dalam perniagaan konvensional. Bermula dengan
modal yang rendah beliau memulakan perniagaan di internet
 menggunakan kaedah pemasaran yang efektif dan mampu
membantu beliau menjana pendapatan 5 angka setiap bulan dengan
 konsisten. Banyak yang beliau kongsikan dalam DVD 4SIFU ni
terutamanya berkaitan Email Marketing…

Anda wajib tonton perkongsian beliau!


DVD ini baru sahaja dilancarkan dan saya nak beri anda
TAWARAN menarik sempena pelancaran, TETAPI ia TERHAD untuk
30 orang terawal sahaja. Miliki DVD ini sekarang dan 
anda akan mula menguasai teknik pemasaran berkesan

Klik segera >>>> DVD 4 SIFU HEBAT!!

InsyaAllah saya jamin kandungan DVD ni sangat berkualiti dan
advance ilmunya. Dapatkan segera untuk rujukan anda 
dan  membantu menaikkan jualan anda segera!
ape lagi... dapatkan dvd ni sementara stok terhad!


Friday, July 11

AWAS : JANGAN BELI AYAM PASARAYA!!!



cubaan untuk memanjangkan kisah... jumpa gambar ni dalam FB..
bila tengok kes macam ni teringat kisah dahulu.. meh saya ceritakan...


ha tengok sendiri.. sebab ni jugak la saya memang tak beli ayam
kat pasaraya... pernah satu tika dahulu jeng jeng jeng..

nak makan ayam di satu tempat yang dirahsiakan...
baru nak makan.. sekali ternampak leher ayam tebuk..!!
alamak... terus rasa loya mual2 dan pening lalat..
bila tanya pada pembuat makanan tu beli kat mana
dia kata beli kat pasaraya tuuutt.. ooh ok.. tengok leher dia!

pembuat makanan tu pun terkejut.. lalu berkata 'tak payah makan la'
lama dah masa tu tak silap tahun 2002... sejak tu kalau nak beli
ayam memang tak nak beli pasaraya.. beli kat pasar je terutama
penjual melayu.. kalau bukan melayu saya tengok sendiri
memang takkan sembelih pun.. hehe.. bunuh aje kiokk..

kalau makan kat kedai makan pun kadang2 sangsi.......
pernah gak tengok orang melayu kita beli ayam banyak2 kat 
pasaraya untuk tujuan meniaga di kedai makan.. katanya 
ayam kat pasaraya murah.. hmm memang murah pun...
kalau dah RM4.90 je sekilo.. time promosi la katakan...
hati-hati ya peminat ayam.. sila panjang2kan kisah ni...


Wednesday, July 9

AWAS : SILA BERHATI-HATI DENGAN PENJUAL DAN PEMBELI ONLINE PENIPU



Dalam keghairahan orang kita nak berniaga
secara online khususnya, apa yang penting 
kepada pelanggan sila berhati2 dengan 
penjual2 bisnes online... banyak kes penipuan
melibatkan dunia bisnes online tanpa sempadan..

Kenapa? Jangan tak tau... bulan2 puasa ni pun
Ada yang amik kesempatan berniaga secara haram..
Amik produk orang.. jual sendiri.. dah dapat duit
Cabut lari.. kesian pada buyer yang tertipu..

Kalau anda ada akaun instagram boleh tengok di
#kamibencikakitipuonline boleh baca post daripada
Masalah pembeli dan penjual online yang kene tipu..
Ada buyer penipu.. kata dah bayar buat resit palsu pastu
seller tertipu.. macam2 jenis manusia boleh tengok situ..

Saya selaku penjual bisnes online dan pembeli barang online
kene hati2 jangan sampai terpedaya dengan buyer penipu
dan seller penipu.. sila cek betul2 selagi boleh cek..
Sebagai penjual, selagi takde payment barang niaga
tak boleh proceed.. kalau jadi buyer, cek dulu seluruh
maklumat dari seller tu, kalau betul2 diyakini
contohnya tengok feedback pelanggan ke baru boleh
berurusniaga dengan seller yang jujur.. 

Bawah ni contoh kes penipuan bisnes online..
Kredit gambar daripada #kamibencikakitipuonline



Bila dah terdesak tak kira apa cara halal haram pun
tak kisah dah.. janji ekonomi sendiri terbela
meskipun dapat secara haram.. walhal banyak je
cara nak dapatkan duit melalui bisnes online..
nanti dah tertangkap sapa yang malu?
Mereka dan keluarga mereka laaa hehe..


Semoga kita tak tergolong dalam golongan ini.. aminn








Monday, July 7

KISAH SEBENAR VIDEO ADIK : BUKU KE BELACAN? hmm sedihh...




Jumpe gambar ni dalam fb.. mohon share pada tuan
Yang printscreen komen yang membuatkan anda
Terpaku dan berfikir untuk gelak2 kan adik itu....

Klik kasik gemok sikit kalau tak clear ya

Memula tengok video ni tersenyum manis tu ada juga
Nak gelak cam tak rase budak ni buat lawak sebab
Macam nampak lurus je budak ni... takdela heran
Sangat pasal video ni.. tapi bila terjumpa komen tu..
Hmm terus rasa bersalah sebab terbit juga sengihan
Di mulut ni tersenyum simpul. Hehe.. tapi... *malu*

Nak share sebab terkenang ada seorang hamba Allah ni
Sama la masa beliau sekolah rendah beliau gunakan 
Buku lama abang dia untuk belajar dalam kelas...
Bila cikgu nya dapat tau, terus dibuangnya jauh ke
 lantai dan marah2 dengan begitu bengis sekali...
Sekaligus membuatkan adik itu malu dengan kawan
Sekolahnya... sedangkan cikgu tu tak tau yang beliau
Adalah anak orang susah.. tapi sekarang beliau dah
Berjaya menjadi graduan dan berjawatan tinggi..
Susah tak selamanya susah kan..... hmm T____T

Cikgu... anda membuatkan adik ini dapat malu... 
Anda dah malukan adik ini dan bagi anda 
Inilah lawak antarabangsat yang anda cipta..
Tak lawak okey.. tak lawak langsung...
Susahnya beliau anda tak fikir janji anda
Ketawa gelihati rianghati sukasuki..
Kalau anak cikgu sendiri yang kene macam ni
Apa perasaan cikgu ya? Moga cikgu insaf
Dengan perbuatan cikgu.. jadi pengajaran buat semua

Kalau lah saya mak pada anak ni.. mesti saya nangis
Anak dimalukan, digelakkan orang walhal tak tau
Hakikat kesusahan orang lain... orang ketawa 
Sedangkan yang alami merintih sedih... tak adil kan?

Psstt : saya doakan moga adik syafiqah ni berjaya 
Di dunia dan akhirat suatu hari nanti dan buktikan 
Beliau akan disegani walau pernah diejek dahulu..
Insyallahhhh.. aminnnnnn....

Updated : Dari sumber yang dipercayai, kes ni dah
selesai.. guru tersebut sudah meminta maaf 
pada keluarga adik syafikah ni.. harap tak jadi
lagi kejadian seumpama ni... yang baik jadi 
Tauladan.. yang buruk jadi sempadan.. sekian..


Saturday, July 5

ALFATIHAH : DATUK SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA.....



INNALILLAHIWAILAIHIROJIUN..


Al fatihah buat Biduanita Datuk Sharifah Aini yang telah 
meninggal dunia jam 1.26 pagi ini di Pusat Perubatan
 Pakar Damansara akibat jangkitan paru-paru.. sumber

Tak tido lagi... nak layan bola malam ni... layan2 Instagram
tengok ramai yang share info pemergian beliau... terkejut!

sama2 sedekahkan Alfatihah moga roh beliau tenang di sana
dan dicucuri rahmat ke atasnya.... alfatihah...



Wednesday, July 2

CARA MUDAH AJAR ANAK BERPUASA



Khas buat ibu bapa yang mempunyai anak 6 tahun ke 
atas khususnya mesti teruja nak mengajar anak
Berpuasa.. ya didikan awal sangat digalakkan
Supaya mereka terdidik melakukan ibadah dari muda..

Ada beberapa cara sebenarnya nak ajar anak
untuk latih berpuasa.. suka saya nak kongsikan..
Supaya bila anak saya dah mencecah 6 tahun nanti
Boleh saya praktikkan jugak kan hehe..


1. SECARA BERPERINGKAT
Bagi anak yang nak mula belajar berpuasa benarkan mereka
Berpuasa secara berperingkat.. contohnya kalau minggu
Pertama tu sampai jam 10 pagi je.. sehinggalah ke
Minggu seterusnya sampai waktu berbuka pula.. cuba2..

2. SABAR
Banyakkan sabar.. mesti anak itu banyak kerenah pada
awalnya.. dahagalah.. laparlah.. jangan cepat marah
Atau memaksa mereka berpuasa.. 

3. KERAP BERCERITA
Ceritalah pada mereka tentang kelebihan dan hikmah puasa,
Walaupun nampak macam tak paham ke takpe..
Sekurang-kurangnya mereka boleh dapat gambaran
 awal dan menyimpan maklumat itu dalam memori..

4. BUAT AKTIVITI
Buat aktiviti yang boleh melekakan mereka supaya
Tak teringat pun pasal lapar dan dahaga contohnya
Membantu menyediakan juadah berbuka,
Baca Al-Quran, main komputer, baca buku dan lain2
Aktiviti kegemaran mereka yang bermanfaat..

5. MAKANAN KEGEMARAN
Sediakan makanan kegemaran mereka dengan
Bertnyakan dahulu pada mereka apa yang mereka
Nak makan sebagai juadah bebuka puasa agar
Mereka rasa dihargai dan bersemangat nak 
Berpuasa lagi pada esok harinya...

6. UPAH
Kebanyakkan ibu bapa merangsang anaknya untuk
Berpuasa dengan memberi upah seperti duit raya
Dan apa2 hadiah yang diminta sebagai ganjaran
Sekiranya mereka berpuasa penuh.. 

Selamat berpuasa dan selamat mencuba.. 
Kredit info dari pa&ma











SAKIT MATA TENGOK GAMBAR BREAST BERULAT A.K.A BUNGA MATAHARI TU.. GRRR


Jalan2 kat fb.. scroll sampai bawah.. alamakkk!!
Panggg campak ensett atas katil empuk fuhhh!!

Alahaii ada lagi ke orang share gambar tu..
Adduu gelii.. teringat dulu dalam tahun 2009
Kalau tak salah.. ramai gila umat2 fb duk 
Share gambar tu kononnya kalau pakai coli
Tak basuh nanti berulat cam gitu.. perghh!!
Tapi sekarang dah tau kan tu gambar matahari..
( tak tengok gambar tapi terbaca hihi)

Tengah taip ni pun duk teringat2... bila ternampak
Mesti garu2 satu badan macam beruk makyeh..
Dah2 latu.. sian la sikit kat orang fobia macam 
Saya neh.. saya tau ramai orang pun geli ada juga..

Ingatkan saya sorang je geli.. ada sorang lagi rupanya!
"Ayg tengok tak gambar ulat dalam rongga ape ntah.."
Tak sempat abis laki ai cakap cenggitu terus saya jerit
"Arghh jangan cakap.. geli2.. nanti teringat!"
Haaa sama rupanya.. rupanya kami lakibini pun
Geli benda2 macam tu.. sama2 naik bulu roma hahaha..

Ohoi gatal tahap kronik kalau tertengok..
Kompom bermandi bedak dan bergaru dengan sikat..
Nak hilangkan fobia mari lupakan dengan tengokk
Benda2 lain yang lebih indah agar terlupa seketika..
Saya dah buang umat2 yang share benda camtu..
Harap maaf dipinta.. hehehehe.. tata..




Tuesday, July 1

ADEGAN BIKIN MALU DI BULAN PUASA (18SG)



Kisah ini terjadinya semalam....
Sepasang laki bini yang jenis kuat bergurau..
Ikuti kisah ini dan jadikan tauladan ya!

mereka inilah yang saya nak ceritakan

Selesai berbuka di rumah mentua mereka pulang
Ke rumah mereka untuk bersiap2.. sewaktu menaiki
Tangga menuju ke rumah (kuarters guru bertingkat2)
Cubaan si isteri nak menyakat si suami yang mengekori
Dari belakang.. tiba2 si isteri ternampak sosok2 tubuh
Berwarna putih berdiri tegak di atas tangga...

Si isteri memberhentikan sakatan pada suaminya..
Yang lucu, suaminya pun tak perasan ada orang
Sedang memerhatikan kami pasangan ini.. 
Si suami pula menyakat isterinya sambil menaiki
Beberapa tangga sahaja lagi untuk sampai ke rumah..

Dan terpaku juga si suami apabila dia pun  ternampak
Sosok2 tubuh berdiri tegak memerhatikan kami..
Dengan segera si suami membuat aksi 'cover line'
Supaya tak nampak sangat perbuatannya itu..

Mereka tersipu2 dan tersengih2 memandang wanita
Bertelekung itu yang merupakan jiran mereka dan segera
 ke pintu rumah sambil menahan ketawa gelihati sukahati..
Masuk aje ke dalam rumah.. kahkahkahkahkah
Pecahlah perut mereka berdua tergelak2 akibat malu
 hamat sangat.. haaa tulaa nak bergurau tak kene tempat!

Mereka bukanlah membuat aksi tidak senonoh
Di tempat awam, tapi sekadar bergurau lakibini aje..
Tapi tak manis lah kiranya kalau orang tengok..
Tak sangka ada orang.. tu yang malu sangat hahaha..
Moralopdestorimori nak bergurau pandang kiri kanan
Kalau rasa tak sesuai bergurau dalam rumah la oi.. haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...