Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung ketika menuruni
Genting Highlands petang ini. Utusan Malaysia, dalam SMS berita terkininya,
pada jam 5.26 petang ini menyebut sehingga ini 10 mayat ditemui manakala
15 mangsa cedera kini dirawat di Hospital Selayang
Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula,
pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira
jam 2.48 petang. Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke
tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat. Manakala
ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau
dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika
kejadian itu berlaku petang ini.

AP pula memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata
pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam
30 meter ke dalam gaung. Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas
di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku
kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak.

4 comments:
Kasihannya. Harap tak ramai yang terkorban. Kena hati-hati kalau nak pegi genting kan.
aihh. ni yg rasa seram nak ke genting. -_-
ramai yg terkorban...
takziah dan alfatihah buat mereka...
marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk mereka yang terkorban..
Post a Comment