Friday, August 30

Petua Merawat Sihir Pemisah Rumahtangga


Tanda-tandanya:

a. Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang
buruk, sakit kepala ketika melihat pasangan atau datang perasaan
 benci bila bertemu tetapi bila berjauhan datang rindu.

b. Sering bermimpi melihat binatang
atau berada di tempat tinggi.

c. Sakit pinggang, dada dan kepala
 pada waktu asar ke atas.

d. Lemah tenaga batin dan tidak
 bernafsu tetapi fizikalnya sihat.

e. Sering bertengkar pada waktu petang dan malam
kerana hal yang kecil/remeh-temeh.

f. Sakit di bahagian ari-ari.

g. Sikap berubah dengan mendadak.

h. Panas baran.

Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam rumahtangga
dan mempunyai kebanyakan simptom-simtpom tersebut,
maka sahlah anda terkena sihir pemisah rumahtangga
di mana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai.

PETUA :

1. Sediakan 4 botol besar air mineral
 dan buka penutupnya.

2. Orang yang sihat/waris terdekat
pada mangsa sila bacakan:

Al Fatihah - 1kali,

Al Baqarah 102 - 3kali,

Al A`Raf 117-122 - 3kali,

Yunus 81-82 - 3kali,

Thaha 69 - 3kali
3 Qul 1kali.

3. Tiup 10 saat pada air tersebut, pesakit suami isteri itu
perlu minum secawan air tadi pada air tersebut,pesakit suami
 isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar
dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.

moga kita dilindungi dari gangguan orang jahat dan syaitonnnn




Thursday, August 29

SAYA NAK BAGI HADIAH.......


saya nak kasik hadiah laaa... kat sape??
ada sesapa nak hadiah?? hihihi.. ishh sape tanak yetak hihi...
bekerut2 usus besar saya piikir apekemende hadiah nak kasik..
hmmm............ nak bagi ape yeee???

4 september rabu depan ada tarikh special sikit...
besday cik laki saya... konon nk buat seprais jugak..
tapi ntah nak buat ape pulak tahun ni ye hihi...
saya tokey coklat takkan nak bagi coklat
sape pulak nak makan nanti... muak dah aihhh...

tak lupe juga epi besday untuk FIL saya hari ni yang ke 55 tahun..
moge dipanjangkan usia, sihat tubuh badan dan luas rezekinya..

* x sabar tunggu nawfal setahun.. besdaynya raya haji nanti.. hehe


Wednesday, August 28

Apabila Isaac Nawfal Diretrokan.......






bila mak dia dah tade keje dalam kereta bosan tunggu daddy 
nawfal masuk kedai beli barang... maka anak jadi mangsa gambar..
 heh heh heh heh 




pakai baju retro.. dengar lagu retro la.. tapi........................




Tuesday, August 27

AKU BOS AKU JUGAK KULI

seronok!! bila kita bekerja kita yang uruskan masa sendiri.
pengalaman 10 jenis pekerjaan yang lalu jadi 'guru' untuk saya..
mindset saya tiap kali bekerja dulu mesti saya akan cakap...
 'ni hanya kerja sementara dan saya akan berniaga sendiri
 satu hari nanti.. kita carik pengalaman dulu!!'

minat meniaga ni dari kecik lagi.. dah biasa menjual2 barangan
tolong mak ayah dari rumah... pengalaman meniaga macam2 ada...
6 bulan je baru sudah terjebak dalam bisnes online ni...
dan ramai jugak kawan dan sedara yang bertanya...

"eh cemana boleh dapat idea buat bisnes coklat ni?"

niat nak buat bisnes online ni dah lama sangat dah..
dah lama sangat mencari dan terus mencari apa yang sesuai..
dan akhirnya terjumpa, mencuba dan terminat.. maka teruskan..

walaupun saya belajar sendiri je menerusi internet ok jugak..
sebulan jugak 'study' dan 3 bulan pertama 'try and error'
takde cikgu... pengalaman dan kajian sendiri hanya menjadi cikgu..
nawfal dah besar sikit boleh la saya berguru dengan guru bertauliah..











berminat? pm saya kat FB atau email.. chocobert84@gmail.com
banyak lagi gambar kat facebook boleh cek ya...
atau kat blog.. cuma kat blog ni lambat sikit updatenya heh heh

Monday, August 26

Tips Atasi Rasa Jemu Dengan Pasangan




Kalau tak jemu2 lagi pun boleh amalkan tips ni jugak kan?
bagus ni untuk kesejahteraan rumahtangga kita bersama hehe...
 selamat mencubalahhh :)))


Thursday, August 22

Isaac Nawfal Main Mercun

Choyyy!! salah tajukk kawww.... sori2... sori2....
main bunga apilaa.. raya di negeri sembilan ni...
sedara mare kezen2 dia main bunga api jam 12 malam...
kami pun sesak jugak teman budak2 ni main bunga api...

nawfal tengok je diorang main... mungkin dalam hati tu teringinnn..
maka dengan cekal hati saya yang dukung dia pun kasik dia pegang..


mula2 beliau pegang dan tengokkkk je api tu... kagum dan jakun barangkali..
mesti beliau tertanya-tanya apakah benda ini.. menyala2 dan panas...


dah banyak kali pegang baru nak mula tersengih...
dah selesa kot.. dah mula suka dengan cahaya yang menyinar...
habis je nak lagi.. habis je nak lagi.... dah suke letteww...


Bila dah selesa barula ketawa mengekek2...
baru je nak gelak bahak2... terbantut plakk.. habis dah api haha...
risau betul masa bagi dia pegang.. boleh pulak dia pusing2 
kan bunga api tu macam kezen2 dia buat.. takut jugak 
kalau kene muka dia.. maka saya pegang tangan dia hihi...

ok tuje nak cite... babai....


Wednesday, August 21

BAS JATUH GAUNG TURUN DARI GENTING..



Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung ketika menuruni
 Genting Highlands petang ini.  Utusan Malaysia, dalam SMS berita terkininya, 
pada jam 5.26 petang ini menyebut sehingga ini 10 mayat ditemui manakala 
15 mangsa cedera kini dirawat di Hospital Selayang 




Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula,  
pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira
jam 2.48 petang. Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke
 tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat. Manakala 
ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau
 dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika
 kejadian itu berlaku petang ini.






AP pula memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata 
pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam
 30 meter ke dalam gaung. Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas 
di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung. 
Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku 
kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak.




Gambar Raya 2013 - Negeri Sembilan







Balik kampung saya raya kedua... sampai pagi raya ketiga
syok jalan tengah pagi buta tade jem langsung..
cume kene tahan ngantuk sikitlah.. hehe....

kat sana beraya bertemakan putih pulak dah..
masa jenjalan carik baju raya.. cik asben berkenan baju putih..
saya tamo... tamo... susah nak jaga baju putih ni kan???
tapi dia nak jugak... kite ikut jela... pastu saya bebel2...
mesti tade baju putih untuk baby... sekali carik jumpa daaa.. belambak!
ok baru puas hati hehehhehe.....

yang ralat sikit tak dapat nak bergambar di pagi raya hari pertama
sebab ramai yang balik masa tu.. alaaaaaa muke saya tadeee.....
ok pasrah jela.. tempek la sikit kat sini gambar raya kami yekk.. tata



Tuesday, August 20

Isaac Nawfal 10 Bulan


 Dah masuk 10 bulan ini baby 15hb yang lepas.. dah 5 hari dah pun hehe..
belum jalan lagi tapi dah mula nak berdiri.. asyik nak berdiri je...
sampaikan rambut ommanye ni pun ditarik untuk dia berpaut nak berdiri..
bertuah punya budak.. terlolong2 maknye rambut kene tarik hoho...

dia dah tak kuat makan macam mana dia makan mula2 dulu..
risau jugak takut dia lapar ke... bila suap ada la sesuap nasik gitu..
pastu dah tanak.. nak menyusuuuuu je manjang nak kasik perut kenyang..
dah mengurus dia sikit bila dah mula lasak ke sana ke mari tamo diam,...


cukup tak gemar langsung ape yang nak dipakai atas kepala.. rimas katanya..
nak pakai songkok macam atas ni alahaiiii.. asyik dicabuttttttt ajeee....
nak kene umpan ape2 barang yang boleh dipegang barula nak pakai...

tak ingat lagi nak update ape pasal budak nopal ni...
yang penting dia kuat menjerit.. eee geram betul kalau dia menjerit..
mak dia pun ikut sama jerit.. lawan sape jerit paling kuat haha...

pagi ni cik  laki ajak pegi raya kat jabatan kerajaan sini...
kene pegi checkup kat KK budak nopal ni untuk 10 bulan...
pastu boleh pegi pasar hari selasa ronda2 pasaraya hihihi...

autopublish.. tata...


Monday, August 19

Layan Gambar Raya 2013 di Perak

Setelah sekian lama tak update blog... nak carik mood blog balik alahai...
kita warm up dulu dengan gambar raya untuk tahun ni... bulan raya lagi ni..
tahun ni lakibini dan anak baru yang dah 10 bulan ni raya di perak dulu
kampung cik asben.. gilir2 lah gitu ye tak.. tahun lepas kampung saya hihi..

beberapa gambar raya di perak nak selit kat sini.. maleh nak upload sume..
bosan pulak kang tengok banyak2... entry mendatang update gambar raya
di kampung saya kat negeri sembilan pulak yeh...

tema di perak Kelabu Asap VS Gang Oren Api Membara gitu..
yang laki pakai kelabu yang pompan pakai oren.. kontrassss gitu haha...
saje buat tema pelik2.. tema raya jarang2 orang jumpa kan.... layan jela..









ok tuje la dulu ye...
selamat hari raya maaf zahir batin...

#selitkan doa untuk sedara kita di Mesir ya....

Friday, August 2

Selamat Jalan....Selamat Beraya Sakan...



Nak raya sibuk la sikit dengan persiapan raya dan tempahan raya...
yang tempah lasminit pun ada.. harap maaf la terpaksa tolak..
sayang sungguh tapi apakan daya tak mampu maka tak dapatlah..

ramai dah mula cuti mulai esok.. termasuk la asben saya sampai 18hb nanti..
sekolah lain pun sama la jugak kan ehhe... tahun ni saya raya di perak dulu
dan barulah balik ke negeri sembilan raya kedua nanti...

ok selamat hari raya maaf zahir batin dari saya dan chocobert...
hati2 dalam perjalanan.. selamat beraya sakan...
moga bertemu lagi ramadhan yang akan datang insyallah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...