Friday, June 28

BOTOL BERSUDU - Mudah digunakan untuk bayi


ada kisahnya pasal botol sudu ni...
waktu nawfal ditahan wad selama 5 hari di hospital
beliau disuap susu guna botol sudu..
saya pun ditahan.. hari keempat lepas bersalin barula dapat
duduk dengan anak sendiri di wadnya.. sedih sangat masa tu.. 
hari kedua baru dapat jumpa anak.. hari2 pegi tengok dia kat wad
dan cubaan untuk menyusukan dia tak berjaya sangat pun..
5 hari saya cuba untuk menyusukan dia memang susah sangat..
sebab dia dah biasa disuap dengan botol sudu..

lepas keluar wad.. saya dah gelabah.. cemana nak bg susu pada nawfal..
dia takmo BF langsung.. terus saya ajak suami cari kedai baby nak
cari jugak botol sudu ni.. dalam pantang tu bejalan la jugak.. sakitnye lahai..
dah cari 2,3 kedai jumpa la jugak kat  butik Anakku jenama Nuby RM48.00
terkejut gak tengok harganya... dah takde amik jela..

beli sekali dengan breast pam.. untuk pam susu dan masukkan dalam botol ni..
biasa la awal2 ni takde la susu banyak sangat beli jugak susu FM untuk bekap..
pakai jugak sekali dua bila nawfal macam tak kenyang je...
tapi setelah berusaha keras lepas balik dari wad.. barula nawfal nak menyusu..
pakai botol ni ada la dalam sehari 2 je.. macam membazirkan...?

bila dapat BF direct sepenuhnya.. memang simpan la breast pump dan botol ni
tapi bila umur dia dah 6 bulan dah boleh makan, saya guna balik botol ni
 untuk suap makanan kat dia... memang sangat mudah dan senang sangat..
tak caya tengok video ni saya suap makan kat dia guna botol sudu ni..
botol ni bukan sebarang botol.. tapi dia boleh picit kat tengah2 
sebab badan botol ni bergetah sebenarnya...

Nawfal nanti dah tak pakai leh pas batton kat adik dia plak nanti heh heh heh



k babai..



Thursday, June 27

POS LAJU MEMANG TAK LAJU KAN???


Ringkas je bebelan hari ni.. dah lama pendam harini nak luahkan....
awal2 saya berniaga online dulu saya gunakan khidmat pos laju..
murah kononnya.. lagipun dekat dengan rumah.. maka jimat minyak..

untung nasib bila saya pos coklat pakai pos laju.. sehari je boleh sampai..
ada masa tak baik.. pernah coklat saya sampai dalam 5 hari tau!!!
bukannya saya pos ceruk kampung ke atau kawasan hutan belantara..
semua kawasan bandar.. bila cek kat website pos laju banyak 
plak tempat persinggahhannya memang takkan sehari la sampai..

nasib baik coklat yang dihantar tu bukan coklat tempahan...
tapi coklat hadiah untuk peraduan yang saya buat untuk chocobert..
kalau dah 5 hari takkan selamat lah! abih rosak dan cair coklatnye..
tapi diorang makan jugak dan kata sedap jugak walaupun dah tade rupe..

dengan hati yang ada rasa bersalah.. saya ganti baru coklat2 tu...
takpelah.. walaupun di luar kuasa saya, saya ganti lah untuk kepuasan
orang yang menerima dan hati saya sendiri nak tengok orang gembira
makan coklat yang elok rupa paras dan rasanya...

3 kali saya terkena dengan pos laju.. maka saya kene usaha untuk ubah!
saya pun mula buat kajian dan perancangan untuk tidak buat coklat
saya rosak.. tiap kali tempahan atau ada hadiah yang saya nak pos
hati saya mesti berdebar2.. takut sangat kalau coklat saya tu bermasalah..
sebab tu la saya sangaat rajin buat peraduan.. untuk mengetest diri atau 
orang panggil try n error cara2 pembungkusan dan penghantaran coklat ni..

saya takde guru nak ajar.. saya belajar coklat pun dari internet je..
usaha la sendiri untuk majukan diri.. pengalaman adalah guru terbaik saya!
akhirnya saya dah jumpa courier service yang agak baik setakat ni..
saya guna perkhidmatan GDEX.. tapi jauh sikit dari rumah la..
ada setengah jam gitu kalau nak sampai sana dalam keadaan merempit kereta.. 
kalau berjalan2 je mau 40-45 minit jugak.. jauh tak jauh sangat la hehe
dan yang paling penting harganya lebih murah dari pos laju ya.. !

contoh saya bagi ya.. saya pernah pos kotak besar beratnya 7kg..
harga di pos laju termasuk cukai RM54.50 tapi kalau gdex nak tau?
harganya baru je RM29 je mana lagi murah? kualiti penjagaan
dan penghantaran coklat dah tentunya terbaik dari courier service..
bakpe saya nak pakai pos laju? mongok la saya kalau guna pos laju haha..

setakat saya dah pakai GDEX ni Alhamdulillah keadaan agak baik..
ada kurang sana sini dari kelemahan saya harus wajib patutlah saya baiki..
untuk kepuashatian pelanggan dan kepuashatian saya jugak..
bila kasteme hepi saya pun hepi dapat buat diorang hepi..
bila ada ralat yang berlaku maka saya sedih la sepanjang hari..

saya berniaga baru je 4 bulan gitu.. banyak lagi benda saya nak belajar kan..
apa yang kurang saya tingkatkan.. apa yang bagus saya mentenkan..
gitulah lumrah orang berniaga.. tapi saya sangat hepi dan seronok 
dengan kerjaya baru ni.. suka sangat kale2kan coklat tu.. 
suatu saat nanti saya nak pegi belajar betul2 dengan tok guru..
untuk mantopkan lagi pembuatan coklat saya.. doakan saya okeh!!

TAK RINGKAS PUN?? haha sori kalau dah bebel takkan dapat 
pendek2 punya mesti nak panjang lebar baru puas hatiku.. hoyeah!!


Wednesday, June 26

Selesai la bulan June hehehehe













Sambungan entry lepas gambar2 coklat tempahan Mei-June
selesai sudah semua coklat2 yang kene saya buat untuk bulan ni..
menyusul akan datang untuk tempahan bulan 7 yang menanti...
sempat ke tak saya nak buat kuih raya bertemakan coklat jugak ni?
raya nanti dah mula dah dapat tempahan untuk raya plak..
nak carik duit raya jugakkk wuwuw.. harap ada rezeki untuk raya nanti..

Thursday, June 20

Nak tengok TV pun kene ada nafsu ke?

ntah!!! dah tade minat plak nk tengok tv.. tade nafsu langsung nak tengok..
hidup saya seharian nguruskan rumah, laki, anak dan bisnes coklat..
maka babai lah tivi.. kadang2 jeles plak tengok kawan2 duk update
cerita2 kat TV terutama tang drama2 tu hihi.. dulu saya pun kaki drama gak..
kalau dah tertengok mesti nak terlayan sampai habis... skang tade..

ada niat nak tengok kat TONTON.. baru je cerita tu bukak sesaat dua
dah tutup.. asyik2 tengok notification kat facebook.. pastu saya edit2 gambar..
dah tade buat ape baru la bukak blog.. dah layan tenet kene layan nopal jugak..
maka tak payah layan tv.. kalau ada pun malam je tu pun kalau cik abey bukak
tapi dia suka movie dan rancangan sukan tu.. tak minat plak nak tengok.. hmm

bukak tivi hanya untuk bukak katun je untuk si nopal.. kalau dia tak tengok
saya bukak radio untuk layan jiwa di kala online.. dah buat bisnes on9 ni
maka kene selalu la on9.. sambil buat keje pun leh tengok2 jap..
masa sangat padat.. tengok tv di kala bosan je tu pun kalau ada cerita..
atau time internet kene potong lambat bayar baru la tengok TV hihihihi...

motif entry : jangan tanya saya pasal rancangan TV tak tau la..
tanya saya pasal coklat je pandai la saya jawab kang hihi...


Wednesday, June 19

WW # Bulan Mei / June Punya!!














Setakat yang dah hantar.. 5 set coklat lagi akan dihantar minggu depan..
sibuk lagi la hujung minggu ni.. oh moga2 dipermudahkan...

selain tu saya jugak penjual biskut raya.. nanti saya promot hihi...
kalau berminat nak makan coklat saya leh roger2 saya kat email
chocobert84@gmail.com atau kat FB lagi senang... CHOCOBERT..
kalau nak merasa coklat free sekarang ni hangat saya buat cabutan 
bertuah.. LIKE page saya dan tengok pada gambar cabutan bertuah tu ya..


Tuesday, June 18

Penjelasan isu vaksin - Ketua Pengarah KM dan Jakim



Sambungan entry lepas... isu vaksin yang saya publishkan..
ISU VAKSIN TAK HALAL
Entry ni panjang ye.. yang berminat nak tau teruskan membaca...



KENYATAAN AKHBAR BERSAMA

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN

KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PENJELASAN TERHADAP KERAGUAN SUNTIKAN VAKSIN (IMUNISASI)

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.

2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi. Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.

3. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti. Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.

4. Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Vaksin-vaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya (efikasi).

5. Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan.

6. Sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa.

7. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau sebarang kesan sampingan selepas imunisasi, masyarakat boleh membuat laporan kepada mana-mana ahli profesional kesihatan atau terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan melalui talian 03 - 7883 5400 atau emel ke bpfk@bpfk.gov.my.

8. Dari aspek pandangan syarak pula, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah Usul Fiqh iaitu سد الذريعة .

9. Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.

10. Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

11. Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

12. Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح (Menolak Kerosakan Adalah Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan) kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal. Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan.

13. Islam memang pada dasarnya menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram”.

14. Walau bagaimanapun, dalam keadaan dharurat di mana tiada ubat lain yang boleh digunakan secara berkesan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dicegah dan dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan nyawa, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah adalah diharuskan selama mana tiada ubat lain dari sumber yang halal ditemui dan ianya dilakukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

15. Berdasarkan ketetapan dan panduan syarak tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak dari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum yang berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam, antaranya Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam, Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus Dan Polio, Ubat Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela), Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam, Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya, Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) dan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Maklumat-maklumat mengenai keputusan tersebut boleh diperolehi melalui Portal e-fatwa (www.e-fatwa.gov.my).

16. Sukacita pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM menasihatkan seluruh masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan berita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, eloklah merujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama ini tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tarikh: 15 Jun 2013

SUMBER BERITA


Monday, June 17

Isaac Nawfal - 8 Bulan

*muka mintak pelempang*

Tak sabar nak tengok dia berlari, berjalan dan bercakap..
dah pandai duduk, menonggeng tapi masih mengensot..
tengah belajar nak merangkak baru setapak 2..

dah boleh panggil kita mak.. kadang2 mama.. mummy lum reti lagi..
syoknye bila dah panggil kita 'mak' baru la terasa best jadi mak..
sebelum ni sembang ngan anak buah je.. maktam maktam..
bila borak dengan anak sendiri pun cakap maktam jugak.. haha terlajak..
tapi dia budak manja daddy beliau.. ok fine.. mummy mu merajuk...

bagi mainan kejap je main.. lagi suka main benda lain..
minat sangat main dengan tisu, kertas, wayar, dan benda2 rumah
yang jarang dia tengok.. amik barang semua nak masuk mulut..
kawasan dia lepak mesti selalu kemas.. hanya ada mainan sahaja..
kalau ada benda lain terutamanya benda2 kecik alamatnya tercekik la nanti..
semua benda nak diterai masuk mulut..penah dah nak tercekik tutup botol..
sebaek apaknya nampak.. kalau tak... alahai... tocokek la budak nopal ni..











Sunday, June 16

Kesihatan Bayi Melalui Warna Najis


 Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu
semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning
disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik
(susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik
 (susu dari payudara belakang ibu).

 Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia
 menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul
(yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana
 pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap
susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai
 kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini
menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian
belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap
 selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian
 belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.

 Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini
mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap
semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak,
 maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari.
 Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan
lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus.
 Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera
mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan
terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.

Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik,
kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan
mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu
sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.

Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya
 pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam
sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap
 susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan
 ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal
 jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.


Saturday, June 15

11 Tips Percepatkan Sembuh Luka Ceasarean


Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean,
penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah
 pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan
 memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya
 lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk
memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas
menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan
penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.
Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan
akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku.
Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau
 jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan
 yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak
selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan
kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan
yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan
dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral.
Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin.
Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan
sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains.
Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi
antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh.
Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya
 meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan
percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air
boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang.
 Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan
 proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan
 tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit.
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang
boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan
kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.
Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh
memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu
sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional
 yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu
 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah
menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan
 ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan
 suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap
hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan
tempuh pemulihan anda.

6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan
 mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak.
 Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk
memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin
yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan
 risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai
 yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital.
Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang
 pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut
sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang
ubat tanpa saranan doktor kerana boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu.
 Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya
semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana
 ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong
mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada
tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan
berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan
 anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan
aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting
semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan
 daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya
 perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar.
Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini,
eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...