Korang pernah rase sakit pale kan... tipula kalo cakap tak pernah.. tak kira la sakit pale yang amat sangat ker ataupun sakit pale ala kadar ker janji korang sakit pale... same ader sakit sebab tertekan, mengantuk, atau ader masalah kesihatan.. Selain korang carik panadol atau menonyohkan minyak angin kat pale korang ader jugak cara lain yang boleh hilangkan rase sengal2 di kpala korang itu... cemana???
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.
ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik.....!
CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi.. Selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.
No comments:
Post a Comment